11 Tips Persiapan Sambutan Hari Jadi Anak

Seronok rancang majlis hari jadi anak ni. Macam nak buat majlis kawin pula rasanya. Hihihi.. Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih untuk buat Majlis Sambutan Hari Jadi Ayra ke 5 tahun. Jom Mira kongsikan Tips Persiapan Sambutan Hari Jadi Anak kami.

1. Tentukan Tarikh & Masa

Tarikh ni tak semestinya korang buat pada tarikh hari jadi anak korang tu. Boleh juga di awalkan atau di lambatkan sedikit. Ikut kesesuaian hari yang tetamu boleh datang. Seeloknya buatlah pada hari hujung minggu. Jadi mak ayah pon tak da la rasa tertekan esok anak nak gi sekolah. Hihihi.. Maka boleh datang dengan senang hati.

2. Senaraikan Jemputan

Senaraikan tetamu jemputan yang bakal anda jemput. hihihi. Buat senarai untuk sesuaikan dengan bajet makanan korang nanti. So tak de la masalah makanan tak cukup. Huhuhu

3. Tentukan Tema (Kalau korang nak! hehe)

Yang ni terpulanglah. Tapi kalau dah decide awal-awal nak buat tema apa so senang beli barang yang sesuai dengan tema dan warna sahaja. So dekorasi lebih nampak cantik. Tak la cacar merba hihihi.. Masa Ayra 1 tahun kami buat tema Frozen, 2 tahun tema Minnie Mouse, 3 tahun Sofea The First, 4 tahun tema My Little Pony dan yang terbaru 5 tahun tema Disney Princess. Dah besar pandai ni Ayra yang pilih tema sendiri. Hihihi tapi kita boleh tahu apa yang dia minat. Masa umur dia 1 tahun time tu cerita Frozen so selalu dengar lagu Let It Go. Pastu masa 2 tahun selalu tengok cerita Mickey Mouse Clubhouse. Hihiihi secara tak langsung kami tahu Ayra suka cartoon apa. Antara tema yang popular di kalangan kana-kanak ialah:

Tema untuk Anak Lelaki

  • Minions
  • Paw Patrol
  • Ben 10
  • Boboi Boy
  • Spiderman
  • Transformers
  • Thomas & Friends
  •  Didi & Friends dll

Tema untuk Anak Perempuan

  • My Little Pony
  • Disney Princess
  • Sofia the First
  • Frozen
  • Hello Kitty
  • Doc Mc Stuffin 
  • Moana
  • Barbie dll

4. Bajet Majlis Hari Jadi

Kena listkan bajet yang korang ada. Buat kira-kira berapa makanan nak tempah. Berapa goodies nak sediakan? Dekorasi berapa RM? Belon? So listkan supaya dapat anggaran berapa total kos hangus nanti.. Huhuhu alahai anak!

5. Menu Makanan

Tadi korang dah senaraikan berapa tetamu yang korang akan jemput? So sesuaikan berapa pax korang nak tempah makan. Kalau boleh menu makanan tu sesuai untuk ibu bapa & anak. Kalau masak sendiri senang.. Kalau nak order makanan yang ni kena tempah awal sebab risau last minute katering tak nak layan pulak nanti.

6. Kad Jemputan

Nak buat kad jemputan boleh. Nak jimat buat e-card lagi boleh hehe. Kongsikan e-card dalam whatsapp je kepada tetamu anda. So JIMAT!! Jangan lupa follow up nak dekat hari majlis tersebut.

Screen Shot 2018-08-27 at 12.31.38 PM

7. Kek Hari Jadi

Ni antara benda yang paling penting dan jadi tumpuan masa majlis. Tempah ikut tema atau nak lagi senang beli je kek simple pastu letak figurine je atas kek tu. Lebih murah & jimat. Hihihi

8. Goodies

Kalau ada bajet lebih boleh la sediakan goodies buat anak-anak tetamu yang hadir. Kebetulan jumpa goodies yang bersesuaian tema dengan Birthday Ayra. Jadi kami belikan Disney Princess set Stationery buat anak-anak perempuan manakala Transformers untuk anak-anak lelaki. Takkan nak bagi Disney Princess kat boys pulak kan. hihihi

9. Photo Booth

Yang ni last minute tetibe rasa nak buat photo booth jadi tetamu boleh bergambar kat situ. Pastu tak sangka memang photo booth ni menjadi tumpuan tetamu bergambar selain kat meja kek. Kalau korang nak tempah banner untuk Majlis Hari Jadi Anak boleh contact Mira ya 🙂

10. Dekorasi

Dekorasi terpulang la nak deco macamana hihihi. Kat area candy buffet juga sudah memadai. Beli alas meja yang bersesuaian dan susun kek di tengah & makanan yang ditempah di sekelilingnya.

11. Jurugambar

Kalau tak mampu hire jurugamnbar, minta pada adik-beradik atau kenalan rapat untuk capture moment-moment sepanjang majlis berlangsung. Untuk kenangan kita sekeluarga juga nanti.

Ok cukuplah 11 tips ni tapi kalau korang nak buat lagi grand boleh lah hire Birthday Planner seperti saya. Hahahaha ok semoga membantu!!

3.8 4 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments