Bas YOYO dari Johor Bahru ke KLIA / KLIA2

Kiteorang dah pernah try pelbagai cara pengangkutan dari JB ke KLIA/KLIA2 sebelum terbang ke destinasi luar negara. Kalau dapat tiket flight murah lagi cepat off course la naik kapal terbang kan dari JB ke KLIA/KLIA2! Selain tu kiteorang pernah juga drive kereta ke KLIA dan parking di sana. Caj parking ikut berapa hari kita letak. Antara semua rasanya yang paling jimat naik BAS YOYO ke KLIA/KLIA2!!

Tahukah korang yang kat JB ni ada perkhidmatan bas yang boleh terus sampai ke KLIA/KLIA2??

Mesti dah tahu la kan? Ya dari Terminal Bas Ungku Tun Aminah korang boleh terus je ke KLIA/KLIA2. Mudah je kan? So tak yah serabut nak kena drive ke? Tiket flight JB – KLIA mahal ke? BAS YOYO kan ada!!

Nak beli ticket BAS YOYO kat mana?

Korang boleh beli tiket BAS YOYO di:

  1. Atas talian (online)
  2. Kaunter bas di Terminal Bas dan Teksi Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru
  3. Kiosk tiket YOYO di aras G, KSL City Mall.

Berapa harga tiket BAS YOYO ni?

Oklah harga ni terus sampai KLIA/KLIA2 tak yah pikir nak bayar duit tol, duit minyak kete ke KLIA/KLIA2 pastu duit parking harian lagi 😂 Lebih jimat menggunakan perkhidmatan BAS YOYO ni. Tapi kalau korang dapat free seat tiket flight, beli yang tu lagi cepat sampai ye dok? hehehe

Selesa ke BAS YOYO ni?

Alhamdulillah bagi Mira dah cukup selesa. Kerusi luas. Legroom pon luas siap boleh adjust! So takdelah lenguh kaki kita 4 jam dalam bas kan? Driver akan berhenti sekali biasanya untuk rehat ke tandas di hentian Machap atau Pagoh.

Seawal 6:45 pagi kami dah ke Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah. Ni masa nak ke Gold Coast Australia. Nanti masa korang letak luggage kat bawah bas tu kan pakcik driver akan letak tagging di bag korang samada KLIA atau KLIA2. Sebab bas ni akan ke KLIA dulu lepas tu baru ke KLIA2

Haa nampak tu kawasan kaki selesa. Hihihi Ayra dah ready nak tidoo hehehe. Sementara nak tunggu bas gerak haruslah amik-amik gambo kan buat kenangan hihihi

Sebenarnya setiap kali bercuti, Mira bukan risaukan Ayra sebab Ayra memang behave dan pandai bawa diri. Tapi Mira risaukan budak kecik nih. Anak no 2 kan lain sikit. Tapi alhamdulillah masa dah start nak berjalan tu dia pandai pulak behave hehehe. Sayang Afya!! So boleh cuti lagi okey! Ahakss

Kakak Ayra dah selamat dibuai mimpi. Hihi yang sorang nih senyum-senyum ajak borak pepagi. hehehe ok Afya ummi layan tapi cover perut tu dulu k. hik hik hik

Alhamdulillah, selamat sampai KLIA 2. Kiteorang memang suka datang awal walaupon flight jam 4 petang. Tapi jam 11 dah terpacak kat KLIA2. Hihihi ada anak nih korang kena pikir kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. So ambil langkah datang je awal ke airport ok! Alhamdulillah tak pernah tertinggal flight dan semoga Allah terus permudahkan perjalanan pengembaraan kami & korang semua pembaca setia blog Zyzool Mira Travel!!

4 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments