Afya dah 4 tahun!

Afya!!! Melahirkan Afya baru Ummi sedar rupanya Ummi kawin dengan mamat kpop versi jawa. Hehehe 😂

Melahirkan Afya buat rasa trauma nak bersalin. Walaupon sakit contraction sekejap je tapi nak melahirkan Afya sakit sangat ya rabbi.

Push-push tak keluar. Terpaksa dengan bantuan nurse gelek-gelek perut bantu baby keluar sampailah doktor nampak kepala baby push-push masih tak keluar. Terpaksa gunakan vacuum.

Alhamdulillah… “Saya dah agak dah…”kata Dr Laila. 2 sebab je samada baby terbelit atau baby pandang atas masa nak keluar. Tu yang payah & awak rasa sakit sangat.

Rupanya Afya pandang atas masa nak keluar. Normal baby akan pandang ke bawah seolah-olah berenang ketika melahirkan. Yang Afya ni dia relax berenang pandang atas huaaaa my sunny side up baby!!

Alhamdulillah baby sihat sempurna. Lepas lahir kat lif nak masuk bilik barulah Zyzool bagitau..

“Ayah ada nama best untuk baby kita..”

“Wah apa sayang..” sebab sepanjang pregnant tak jumpa nama untuk baby

“AFYA”

Wah rare nya sayang!!
Ok 4 huruf sedap nama tu!!

Maksudnya tenaga, kekuatan.. sihat!!

Semoga Afya membesar dengan sihat!! Berjaya dunia akhirat!! Ummi, Ayah, Ayra & Aafy love u so much sayang!!

Happy Birthday Afya!!

5 1 vote
Click a star to rate.
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments