• Reading time:3 min(s) read

Selamat Hari Raya Aildilfitri 2020!

Pejam celik pejam celik puasa eh tahu-tahu dah raya? Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 buat semua pembaca MY Family Travel Blog! Lain benar raya kali ini kan? Sungguh berbeza sekali. Jika sebelum ini kita semua seronok membuat persiapan raya termasuk mengatur rancangan pulang ke kampung yang sudah menjadi tradisi menjelang hari raya, namun begitu Hari Raya Aidilfitri 2020 mencipta sejarah baharu. Kita semua tidak dibenarkan merentas negeri. Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dan tidak melebihi 20 orang mengikut keluasan rumah. Banyak lagi SOP raya yang perlu kita patuhi untuk Hari Raya Aidilfitri 2020 kali ini.

Hari Raya Aidilfitri 2020

Memandang ibu bapa kami berdua dalam daerah yang sama, jadi kami masih boleh beraya bersama. Tak sempat abis lagu balik kampung dah sampai rumah keluarga Mira. Hehe. Rumah parents Mira dekat sangat dengan tempat tinggal kami. Rumah parents Zyzool pula hanya 20 minit sahaja ikut laluan lebuhraya. Alhamdulillah. Kami balik hari ke rumah keluarga kami kerana bermalam dikira melanggar SOP raya.

Read More: Aidilfitri 2019

Awal pagi kami menunaikan solat Sunat Hari Raya dahulu di rumah kemudian baru bergerak ke rumah keluarga Mira. Tahun ini giliran balik raya belah Mira. Kalau ikut perancangan kami akan beraya di Pahang iaitu kampung ayah Mira. Tapi kita hanya merancang. Walaupun raya dalam keadaan PKPB kami masih menikmati raya kami kerana ini adalah raya kali pertama bersama Aafy! Hehe kemain seronok Zyzool sedondon bersama anak lelaki kami kali ini. Alhamdulillah!

Tema Raya Aidilfitri 2020 ini kami pakai warna MERAH! Aduh merah mak ngah! Zyzool la teringin pakai warna MERAH terang benderang ni. Hehe. Memula tak konfiden jugak. Abis satu keluarga Mira ikut warna kami. Tapi rupanya memang meriah! Gambar pun menggambarkan keceriaan kami sekeluarga. Hehe. Ramai pula rakan & kenalan tema yang sama tahun ini. Tema raya corona barangkali. Hihihi..

Hari Raya Aidilfitri 2020

Keluarga Mira memang sporting cakap je nak buat gaya apa, semua mereka layan hahaha thank you semua! Kami juga ambil gambar raya sempena musim Covid-19 ini. Mesti menjadi kenangan nanti ni. Dah puas ambil gambar & menjamu selera kami meneruskan aktiviti raya kami ke rumah keluarga Zyzool pula.

Hari Raya Aidilfitri 2020

Berdegup kencang jantung ini saat tiba berhari raya di rumah mertua. Kedengaran suara cemas adik Zyzool memaklumkan nenek mereka baru sahaja berhenti bernafas. Terus Zyzool memeriksa dan mendapati nadi nenek tiada denyutan. Sejuk di bahagian leher. Namun masih hangat di dahi.

Langit mendung, renyai hujan akhirnya lebat turun.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Salam Takziah buat seluruh keluarga mertua atas kehilangan nenek tercinta Allahyarhamah Hajah Kamsaton binti Sarbini. Semoga roh nenek dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 ini bakal meninggalkan seribu kenangan..

Hari Raya Pertama bersama Aafy,
Hari Raya 5 Beranak,
Hari Raya PKPB,
Hari Raya No Guest Allowed,

Dan,
Di Hari Raya 1 Syawal ini Zyzool kehilangan nenek yang tercinta.

“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fuanha.”

“Ya Allah.. kasihanilah, sejahterakanlah dan ampunilah dosa kesalahan nenek. Serta muliakanlah kedatangannya, luaskanlah kuburnya, bersihkanlah dia dengan air salji dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kekotoran”

Aamin aamin aamin ya rabbal’alamin

Buat semua pembaca setia Zyzool Mira Travel, kami mohon seribu kemaafan jika ada salah silap dari pihak kami yang tidak disengajakan. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 dengan ucapan bila korang akan start travel semula tu? Hihihi

0 0 vote
Click a star to rate.
  • 22
    Shares
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments