Princess Ayra 5th Birthday Bash

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-5 buat anakanda Ayra binti Azizul! 13 Ogos 2013 merupakan detik kami bergelar UMMI & AYAH. Tak terucap dengan kata-kata pengalaman yang berharga ini. Alhamdulillah thank you Allah kerana memberi nikmat menjadi ibu & ayah. Jom kami kongsikan sambutan Princess Ayra 5th Birthday Bash untuk tahun ini.

Princess Ayra 5th Birthday Bash

Alhamdulillah Majlis Sambutan Kelahiran Ayra ke-5 iaitu “Princess Ayra 5th Birthday Bash” pada 10 Ogos yang lalu berjalan dengan lancar. Ayra memilih tema Disney Princess dengan menggayakan costume Princess Belle dari Beauty & The Beast kali ini. Jenuh ummi rancang persiapan untuk Princess Ayra 5th Birthday Bash. Next entry Mira kongsikan Tips & Checklist Persiapan Sambutan Hari Jadi Anak ya.

Jenuh ummi belajar camana nak ikat rambut ala Belle dari youtube. Gigih tak kita? Haha

Majlis bermula jam 8 malam. Jadi lepas je solat Maghrib Mira terus start dandan rambut Ayra. Nasib Afya bagi can ummi nak gayakan rambut kakaknya. Hihihi

My Princess Belle
Lebih kurang lah kan? hihi Sumber : Google

Baju Princess Belle ni kami beli sewaktu bercuti di Tokyo, Jepun tahun lepas. Kalau korang nak beli baju karektar anak yang original belilah time bercuti di sana. Memang sangat murah & berbaloi harganya. Zyzool terus grab 2 helai untuk Princess Ayra sebab jauh sangat lebih murah dari harga pasaran Malaysia.

Princess Ayra Belle

Kalini persiapan untuk Birthday Ayra macam preparation anak nak kawin pulak rasanya. Wakakaka. Semua bertemakan Disney Princess. Fancy Cookies berbentuk Princess Dress & Beauty & The Beast, Mira order dengan Narys Kitchen. Dari dulu order dengan Miza memang tak pernah mengecewakan. Thank you Miza!!

Cookies Dress Belle la yang Ayra suka sangat. Hihihi peminat Princess Belle betul Ayra ni.

Fancy Cookies Stick ini pula Mira order dengan Sutina eShoppe. Yang ni pon sedap! Baru 1st time try alhamdulillah budak-budak pon suka biskut stick ni!! Thank you!!

Cupcake ni pula dari zaman bertunang sampai sekarang memang setia ambil dengan kak Ct. Kalau tengok kat facebook Mira nama akak tu Siti Haminah Jait. Mira just minta cupcake ikut tema warna dress princess. Yang topper tu buat asing.

Stationery Set & Colouring Book ni pula gift buat Prince & Princess yang datang. Harap semua Prince & Princess yang datang haritu dapat ya!

Disney Princess for Princess & Transformers for Prince hihi

Yang wrap coklat ni Mira design sendiri. Hihi setiap coklat ada 1 character Disney Princess. Ada 7 karektar disney Princess yang Mira buat. Rapunzel, Ariel, Aurora, Snow White, Belle, Jasmine & Cinderella.

Yang ni karektar Rapunzel, Cinderella & Aurora
Yang ni Belle & Ariel

Yang subscribe blog Zyzool Mira Travel ni nanti Mira kongsikan printable untuk tema Disney Princess ni. Kalau belum subscribe jangan lupa subscribe taw. hihihi

Botol Air pon tema Disney Princess
Chocolate Stick

Yang Chocolate Oreo stick ni pula dari Eyza’s Kitchen. Bila gigit ada Oreo dalam dia hihihi. Pon ada karektar Disney Princess.

Potong Kek Princess Ayra 5th Birthday Bash

Nilah acara kemuncak hihihi semua dah tak sabar nak nyanyi lagu & potong kek. Ayra nervous ramai Prince & Princess datang memeriahkan majlis. Terima kasih banyak-banyak!

Ok semua dah ready nak nyanyi lagu birthday for Princess Ayra
Princess Ayra bagi gift kat kawan-kawan
Thank you all for coming!!

Terima Kasih Semua!

Terima kasih semua yang sudi hadir ke Princess Ayra 5th Birthday Bash! Kami sungguh berbesar hati & terharu dengan kunjungan semua kenalan & rakan-rakan. Terima kasih juga bagi hadiah untuk Ayra. Mohon maaf ada yang tak sempat nak bergambar!

Thank you Princess Aira & Azra!!
Thank you Prince Nuqman & Nuh
Thank you Princess Aca Elsa
Princess Ayra Belle & Princess Aca Elsa
Thank you Princess Anna
Terima Kasih Prof Dr Mohd Shahrizal Sunar sekeluarga
Terima Kasih Arif & Ain sekeluarga
Terima Kasih En Shamsul Azli & Kak Jue sekeluarga
Terima kasih Cikgu Rokiah sekeluarga
Terima kasih Cikgu Zainal
Terima kasih Amri & family!!
Thank you Mina & Mama!!
Thank you Umu & family!
Thanks Sue!!
Thank you Dzul & Su sekeluarga!!
Thanks Salihin & Athirah sekeluarga
Kami ex-student SMKTUN bersama Cikgu Zainal
Thanks Wawa & Jiha
Thanks Nurin & Mama
Thank you Ikin & Normah sekeluarga!!
Thanks Mita & Marsitaliana sekeluarga
Thank you Shima sekeluarga!
Thanks Seri!
Thanks Muni sekeluarga
Bersama student tuition form 5
Thank you semua!!

Pemenang Sporting Costume

Untuk pemenang tetamu paling sporting jatuh kepada….. Tahniah Nizam!! Hihihii pastu Uno Chocolate ni hilang tak tau gi mana so kita ganti dengan Sunsilk Aurora. hihihi

Aiman pula jatuh hari jadi sama dengan Ayra. So here you are!! Thank you datang!

Terima kasih semua ibu bapa yang sporting!!! Princess & Prince yang hadir semua!! Terima kasih kerana memeriahkan sambutan hari lahir ke-5 Ayra!

Selamat Hari Jadi Ayra binti Azizul!

Untuk Ayra…
Ummi & Ayah doakan..
Semoga Allah swt panjangkan umur Ayra
Kurniakan Ayra kecerdasan akal dan kesucian hati
Permudahkan segala apa yang Ayra kerjakan
Semoga Ayra membesar menjadi anak solehah
Dan insan yang berguna kepada masyarakat.

Kepada kita berdua sayang..

Semoga kita dapat mendidik anak-anak kita sebaiknya

Agar mereka berjaya di dunia & akhirat

Semoga mereka taat kepada kita & Allah swt

Ayra Azizul

Anugerah Terindah Dalam Hidupku

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments