Day 8 Kembara Bangkok | Marvel Experience & Terminal 21

Hari kelapan kembara Bangkok kami dipenuhi dengan superhero di The Marvel Experience Thailand, sebelum menyambung jalan-jalan ke Terminal 21 Asok. Bagi peminat Marvel, kisah penuh pengalaman kami ada di posting Marvel Experience Thailand yang berasingan.

Kemaskini November 2026

  • The Marvel Experience Thailand dah ditutup pada 29 Januari 2019, kira-kira tujuh bulan selepas dibuka. Terminal 21 masih ada.
  • Wajib isi TDAC (Thailand Digital Arrival Card) secara online dan percuma dalam 3 hari sebelum tiba, termasuk bila masuk melalui darat atau keretapi.

The Marvel Experience

Harini melayan Captain Malaysia Zyzool di The Marvel Experience Thailand. Dari MTR kemudian menaiki BTS ke Udon Sok Exit 5 & mengambil Free Shuttle Bus ke The Marvel Experience yang terletak bersebelahan Ikea terbesar di Asia Tenggara
.
Tiket dah siap-siap beli online. Sementara nak tunggu masuk jam 3 petang kami ke Marvel Super Store.. Adeh masuk sini dah rambang mata. Doakan duit dalam poket kami selamat. Nak bawak balik takda ruang dah oiii nak sumbat dalam backpack.

Marvel Super Store sementara tunggu jam 3 petang

Keluarga di The Marvel Experience Thailand
Dah sampai The Marvel Experience Thailand!
Marvel Super Store
Iron Man di Marvel Super Store
Iron Man pun ada
Cuba baju di Marvel Super Store
Rambang mata tengok baju
Captain Malaysia Zyzool di Marvel Super Store
Captain Malaysia Zyzool

Misi di The Marvel Experience

Bersama Hulk di The Marvel Experience Thailand
Bersama Hulk
Patung Thanos di The Marvel Experience Thailand
Thanos pun ada
Bersama Groot di The Marvel Experience Thailand
I am Groot!
Zyzool dan Mira di The Marvel Experience Thailand
Zyzool dan Mira
Taman permainan Captain America
Taman permainan Captain America
Gelongsor di The Marvel Experience Thailand
Gelongsor merah
Wheee!
Kolam bola
Avengers Cafe di The Marvel Experience Thailand
Rehat di Avengers Cafe
Ayra di Avengers Cafe
Ayra dengan cawan Avengers
Pingat selepas misi The Marvel Experience
Misi selesai, dapat pingat!

More on The Marvel Experience Thailand: Read Here!

Terminal 21

Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami ke Terminal 21. Menarik sungguh pusat membeli-belah ini yang bertemakan lapangan terbang. Setiap aras berlainan negara. Kiteorang pergi ambil gambar tandas di setiap tingkat. Hehe memang cantik dan rare sungguh. Tandas tersebut bertemakan negara yang diwakili setiap aras. Kemudian kami singgah ke 7 Elevan untuk menghilangkan haus di tekak dan seterusnya menghubungi grab dan pulang ke hotel tempat penginapan kami. Maklumat kedai dan waktu operasi terkini ada di laman rasmi Terminal 21.

Zyzool Mira sekeluarga di depan bas London bertingkat di Terminal 21 Asok, Bangkok
💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

This Post Has One Comment

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.