The Capital Residence Suites, Brunei

Pada awalnya Zyzool suruh Mira cari penginapan kami di Brunei, Mira pilih hotel lain yang dalam within bajet kami iaitu RM150 semalam. Tapi selepas Mira baca-baca info mengenai Brunei rupanya susah betul nak dapat pengangkutan awam di sana. Katanya bas memang ada tetapi tak mengikut waktu yang ditetapkan. Kadang tunggu lama untuk bas sampai. Uber & Grab pon tiada di Brunei. Al-maklumlah penduduk Brunei semua berkemampuan mempunyai kenderaan. Oleh yang demikian pengangkutan awam mereka sangat jarang nak nampak di jalan raya. Malah teksi pon boleh kira kalau nampak di jalan raya. Maka Mira cari punya cari, jumpa lah dengan The Capital Residence Suites ini. Apa yang menarik minat Mira adalah perkhidmatan FREE SHUTTLE ke semua destinasi menarik di Bandar Seri Bagawan. Ini sangat-sangat menarik!!! Mira terus propose kat Zyzool untuk menginap di sini. Walaupun agak mahal iaitu RM200 per malam, namun begitu pengangkutan kami di sana kami tak perlu pikir dah.

ITS TOTALLY FREE!!

The Capital Residence Suites

Bergambar di pintu masuk The Capital Residence Suite

Lepas kami confirm booking penginapan kami, Zyzool terus emelkan details flight & masa kami akan tiba di Brunei untuk pihak The Capital Residence Suites aturkan airport shuttle untuk pick up kami. Alhamdulillah, sebaik kami tiba di Airport, staf mereka sedia menanti kami untuk di bawa ke penginapan kami. Boleh semak hotel ini di search box di bawah:

 

Di ruang lobi The Capital Residence Suite

Sewaktu kami check-in, kebetulan General Manager hotel iaitu Tuan Abdul Rani ada dan menyambut ketibaan kami. Beliau telah upgrade bilik kami secara PERCUMA dari Standard Room ke Junior Suite. Alhamdulillah seronok sangat dapat bilik yang “beyond our expectation”! Sangat cantik & luas untuk kami yang travel ala backpack hihi.

Thank you The Capital Residence Suites!!

Free Shuttle!!

Ni yang paling best and win untuk pengunjung yang menginap di The Capital Residence Suites!! Korang just inform kat staff di lobi jam berapa untuk minta di hantar ke destinasi pilihan korang. Untuk pengetahuan anda penghantaran & pengambilan akan di buat selang 2 jam iaitu bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

9 pagi > 11 pagi > 1 tengah hari > 3 petang > 5 petang > 7 malam > 9 malam

Zyzool maklum pada staf mereka untuk arrange untuk hantar kami ke tempat menarik di Brunei

Sarapan Pagi Percuma!!

Sarapan pagi juga disediakan secara percuma di The Capital Residence Suites. Bukan sarapan pagi yang basic tahu. Tapi makanan yang disediakan di sini sangat sedap dan pelbagai. Memang kami sangat berpuas hati menginap di sini.

Dan upon request anda boleh minta chef, omelette atau scrambled egg! Yummy!! Mira siap minta extra cheese taw. Hehehe Alhamdulillah makanan di Brunei sangat sedap & menyelerakan. Sesuai dengan tekak kita.

Thank you chef!

Pekerja mereka ramah-tamah. Pada hari Jumaat, mulanya Zyzool rancang nak solat jumaat di Masjid Omar Ali kerana berdekatan dengan penginapan kami namun dipelawa oleh pihak hotel untuk turut serta bersama mereka ke Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah untuk mengerjakan solat Jumaat. Zyzool berkesempatan mengambil gambar kenangan bersama Tuan Abdul Rani iaitu General Manager The Capital Residence Suites.

Zyzool bergambar bersama Tuan Abdul Rani

Sementara tunggu Zyzool balik dari solat Jumaat, Mira & Ayra menikmati Nasi yang kami beli di hotel ini. Hanya $0.50 sahaja! Kalau convert MYR dalam RM1.50 okey la kan?

Bila malam relax di bilik pon korang takkan boring sebab rancangan tv di hotel ini ada menyediakan bukan hanya siaran Brunei namun begitu siaran TV3 dan Astro Ria juga disediakan. Best kan? Seperti berada di rumah hehe

The Capital Residence Suites ini terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan dan berdekatan dengan Royal Regalia, Masjid Omar Ali, Tamu Kianggeh, Kampung Ayer dan banyak lagi. Korang boleh jalan kaki sahaja untuk ke tempat ini. Selebihnya boleh minta pihak hotel aturkan pengangkutan korang. Senang kan?

Kami pasti akan menginap di sini lagi jika berpeluang ke Brunei kembali.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh layari website rasmi mereka di sini!

Terima Kasih THE CAPITAL RESIDENCE SUITES!

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments