[VIDEO TEASER] : Alhamdulillah. Terima Kasih Brunei!

Alhamdulillah selesai sudah pengembaraan kami di Brunei Darussalam, iaitu sebuah negara yang juga dikenali sebagai “Serambi Mekah” selain negeri Aceh.
 
Walaupun negara Brunei bukan negara pilihan buat pelancong Malaysia tetapi seronok untuk saya kongsikan Brunei merupakan pilihan destinasi yang menarik untuk dikunjungi keluarga bukan sahaja buat pelancong Muslim malah sesiapa sahaja yang berminat untuk melawat sebuah negara Islam yang moden dan toleransi.
 
Pada setiap hari Jumaat, semua perniagaan akan tutup ketika waktu solat Jumaat sebagai tanda hormat. Ini termasuklah shopping mall, kedai & restoran sekaligus memberikan satu pengalaman unik tentang amalan umat Islam Brunei dalam menjalankan ibadat seharian.
 
Malah di Jerudong Park, setiap permainan akan di tutup 30 minit setiap kali waktu solat.
 
Brunei merupakan sebuah negara yang aman harmoni, bersih & penduduk yang ramah-tamah.
 
Pelbagai makanan yang sedap & menarik untuk dirasai dengan serendah $1 sahaja!
 
Walaupun makan di pusat beli belah, harga tetap pasar malam.. hihi
 
Pengalaman yang menyeronokkan buat kami sekeluarga.
 
Insha Allah pasti kami akan ke Brunei lagi jika berkesempatan.
 
“Only boring people get bored…”
 
 We do love & enjoying our stay in Brunei!!
 
p/s: Nanti mira kongsikan tips & itinerari kami sepanjang di Brunei
 
 
 
 
 



0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments