Unicorn Planner Harga Tak Logik

Ramai ternanti-nanti kisah Unicorn Planner nih kan? Hehehe Mira baru berkesempatan nak kongsikan dengan korang harini. Baru ada mood nak menulis nih. Sebenarnya Mira tak sangka boleh dapat Unicorn Planner Harga Tak Logik ni!!

Jadi haritu Mira ada buat undian di instagram story “Nak dengar cerita ke pasal buku unicorn ni?” Jadi hasil dari undian, 94% nak dengar Kisah Unicorn Planner nih. Yang lagi 6% undi boring tu, kalau korang baca nih mesti tersedak kan?

Unicorn Planner Harga Tak Logik

Sebenarnya tak de cerita gempak sangat pon kisah unicorn planner nih hahaha. Ceritanya Mira nak cari goodies untuk birthday Ayra next month. Jadi i google la patut bagi apa.

Yang tahu kisah tahun lepas, i bagi Disney Princess Stationery Set dalam Box. Harga hasal RM13 satu box i dapat dalam RM1.83 per box. Macam tak logik kan? I pon rasa tak logik gile. Masa nak bayar tu tanya banyak kali kat cashier betul ke harga tu. Alhamdulillah betul. So borong la i semua stok kat situ wakakaka. Mira ada kongsikan persiapan hari jadi Ayra tahun lepas. Boleh tekan link di bawah ya

Kisah Unicorn Planner
Goodies Birthday Ayra tahun lepas

Jadi tahun ni i pikir punya pikir nak bagi apa eh. I tengok Unicorn Planner nih cun gile tapi mahal la pulak ok cari lah lain. RM35 tu satu planner. Beli 10 dah RM350 wakakaka ok tengok benda lain lah.

Tengah belek-belek cari barang apa sesuai sekali ternampak Unicorn Planner yang sama RM35 tu tapi seller ni jual RM2.69. Ko biar betul?? Tah-tah dapat pen tu je kot. Baca banyak kali details dia apa yang include dengan harga tu. Katanya set Unicorn Planner. Laju je Mira terus order 15pcs. Nak order banyak takut pula kena tipu ke apa. Yelah harga tak logik kan? Kebanyakkan seller jual antara RM19 hingga RM40. Tetiba yang ni RM2.69 mahu tak terkejut hahaha Unicorn Planner harga tak logik sungguh1

Unicorn Planner Harga Tak Logik
Ada juga seller jual sampai harga RM70 huhuhu

Esoknya Mira terus la cerita kat adik Mira. Dia pon terkejut & kami sama-sama ketawa bayangkan apa la yang akan sampai nanti dengan harga RM2.69 hahaha. Pastu sementara nak tunggu Unicorn Planner tu sampai, Mira macam ada instinct harga dia akan berubah, jadi Mira terus order lagi 20 set. Hahaha selamba je order padahal tak tahu apa la barang yang akan sampai nanti.

Unicorn Planner Harga Tak Logik
Ni bukti nak tunjuk kat korang yang memang Mira dapat harga tu

Akhirnya Unicorn Planner yang ditunggu-tunggu pon sampai. Berdebar sis apa la yang sis dapat nih. Ya Allah terkejut kita dapat full set Unicorn Planner yang pernah Mira search sebelum ni. Huaaa alhamdulillah. Rezeki yang tak disangka-sangka dapat Unicorn Planner harga tak logik lagi. Rezeki Ayra untuk dikongsi bersama di majlis hari jadinya nanti inshaa Allah

Unicorn Planner Harga Tak Logik
Kedai & penjual yang sama tapi harga berbeza

Balik tu Mira terus cerita kat adik Mira!! Excited la kami! Apalagi terus kami nak order lagi 50 pcs. Hahaha tak agak-agak. Sayangnya harga dah berubah jadi RM23. Rezeki kami dapat harga tak logik sebelum ni pon dah bersyukur. Kalau search lagi memang tak ada dah harga tu. Korang boleh search Unicorn Planner di shopee di link bawah ni:

Yang DM Mira tanya mana Mira beli tu Mira bagitau dapat sponsor sebab ada orang yang baik hati bayarkan & ketika korang tanya tu harga planner dah jadi RM23. Jadi harini baru Mira berkesempatan nak kongsikan kisah Unicorn Planner ni 😊

Alhamdulillah, kadang Mira cerita kat Zyzool, Mira tak sangka selalu dapat harga-harga barang tak logik nih. Zyzool cakap tu pon salah satu rezeki. Rezeki ni kan luas. Pastu kita beli nak kongsikan dengan orang pula tu. “Ummi teruskan je berkongsi dengan orang ilmu yang kita ada… Kalau orang tak hargai takpe.. Tapi Allah ada. Mungkin dari segi macam ni la kita dapat balik hikmahnya.” Huhuhuhu Alhamdulillah.. Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan…

Unicorn Planner Harga Tak Logik

Walaupon kami dapat dengan harga RM2.69 tapi nilainya sangat besar buat kami ❤️ Sekian Kisah Unicorn Planner Harga Tak Logik untuk dijadikan goodies buat Ayra ni. hehehe. Gila murah!!!! Korang yang baca sampai abis ni cuba teka berapa jumlah Unicorn Planner yang Mira dapat dengan harga RM2.69? hehe

Spread the love
  • 4
    Shares

Leave a Reply

Close Menu