Tokyo One Piece Tower, Japan

Kami berkesempatan melawati Tokyo One Piece sewaktu kunjungan kami ke Tokyo Jepun yang lalu. Tempat ini awal-awal lagi Zyzool dah maklum pada Mira untuk masukkan dalam itinerari kami kerana Zyzool adalah peminat anime One Piece. Hehehe Mira ingat lagi dulu time study, kalau ada waktu terluang mesti Zyzool layan anime nih.. Hurmmm so apa lagi moh ler kita ke Tokyo One Piece Tower!!

Klook.com

Taman Tema One Piece ini terletak di Tokyo Tower. So tak sah kalau tak gi One Piece jika anda ke Tokyo Tower dan merupakan pencinta anime One Piece!!

Taman tema indoor ini meliputi 3 tingkat. Terdapat pelbagai tarikan di sini. Masuk di tingkat 3 dan permainan adalah di tingkat 4 & 5. Ayra & Zyzool puas menerokai taman tema indoor ini.

Permainan yang wajib anda main di sini adalah :

  • Luffy’s Endless Adventure
  • Franky’s Ball Run
  • Robin’s Finding Ponegliff
  • Nami’s Casino House
  • Usopp’s Road to Sogeking
  • Zoro’s Soul of Edge
  • Brook’s Horror House
  • Chopper’s Thousand Sunny Tours

Setiap permainan ini ada cop yang boleh anda cop & kumpul di dalam buku Tongari Island Passport. Total cop yang anda perlu kumpul adalah 12 cop. Anda boleh menuntut hadiah di tingkat 1 iaitu di One Piece Mugiwara Store!

Tengok tu muka orang tu happy masuk taman tema anime kesukaan dia hihihi.

Kami satu keluarga juga sangat teruja!! Banyak karektar yang baru Mira kenal. Hahaha selama nih kenal hero dia je, Luffy!

Kami membeli sedikit cenderahati buat kenangan kami di kedai ini!

Ouh ya tiket masuk ke Taman Tema One Piece ini termasuk Tokyo Tower adalah  2900 yen bagi dewasa manakala 900 yen bagi kanak-kanak 4 tahun hingga 6 tahun.

Kita layankan Zyzool. Esok-esok dia kena layankan kami pula hihihi
Terdapat 3 tingkat untuk diterokai di Taman Tema One Piece ini. Jangan ketinggalan setiap aras!
Jangan lupa ke Tingkat 1 jika anda berminat untuk mendapatkan barangan One Piece sebagai cenderahati atau hadiah buat keluarga & rakan.

Untuk info lebih lanjut boleh layari laman web rasmi di butang di bawah ini

Klook.com
Baca lagi info di sini:
4 2 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments