Fujiko F. Fujio Museum, Japan

Korang peminat Doraemon? Kami laki bini memang membesar dengan cerita Doraemon. Kecik-kecik dulu ingat lagi tunggu cerita Doraemon kat TV jam 7 malam. Mak bising time solat tengok TV. Hihihi

Kami sangat teruja untuk mengunjungi muzium Doraemon ketika percutian kami ke Tokyo pada September 2017. Muzium Doraemon atau dikenali sebagai Fujiko F. Fujio Museum (Fujiko Museum) merupakan muzium yang dibina untuk menghargai karya kartunis yang mencipta watak Doraemon iaitu Mr. Fujiko Fujio.

Bagaimana nak beli tiket?

Pembelian tiket perlu dibeli terlebih dahulu di Kedai Lawson yang mempunyai mesin LOPPI. Kami beli 2 hari awal di Kedai Lawson berdekatan Sanrio Puroland. Mira suggest korang beli tiket awal untuk pilih masa & hari bersesuaian dengan itinerari korang. Ada 4 slot untuk masuk Fujiko Museum iaitu jam 10 pagi, 12 tengahari, 2 petang & 4 malam. Korang perlu masuk dalam 30 minit dari mula slot korang tu dan berada di dalam muzium tersebut selama mana yang korang suke sehingga tutup jam 6 petang. Untuk makluman korang Fujiko Museum tidak di buka pada hari SELASA!

Mesin LOPPI adalah dalam bahasa jepun, so korang boleh minta staf Lawson untuk assist korang beli tiket Fujiko Museum tersebut.

Klook.com

Berapa harga tiket?

Dewasa ¥1000 yen ~ *RM36

Pelajar Sekolah 12 hingga 18 tahun ¥700 yen ~ *RM25

Kanak-kanak 4 hingga 11 tahun ¥500 yen ~ *RM18

*Tiket tidak ada dijual di muzium. So memang kena beli in advance!

Bagaimana cara ke sana?

Dari Tokyo ke Noborito Station ambil masa dalam 1 jam. Jadi make sure korang plan awal jam berapa nak bergerak. Sampai di Noborito Station turun tangga dan terus nampak ada stesen bus di hadapan. Korang akan nampak shuttle bas Fujiko Museum di situ. Tambang bas adalah ¥210 one-way. Korang boleh guna cash atau menggunakan kad Pasmo/Suica untuk membayar tambang bas.

Pengalaman kami!

Kisahnya kiteorang terbangun lambat taw. Huaaaaa bangun-bangun je dah pukul 8:30 pagi. Kami beli tiket slot jam 10 pagi. Kan dari Tokyo ambil masa dalam sejam. Pastu ko kena sampai sana within 30 minit dari waktu slot korang. Maknanya paling lambat pukul 10:30 pagi dah masuk. Huaaaa

Terkejar-kejar kiteorang siap. Dengan nak siapkan anak-anak lagi. Hahaha.. Berlari kejar train. Alhamdulillah sempat tiba cantik-cantik je 10:30 pagi hahaha. Jangan tiru kami!

Fujiko F Fujio Museum

Muzium ini ada 3 tingkat :

  • Ground Floor : Exhibition Room
  • First Floor : Entrance Hall
  • Second Floor : Fujiko F. Fujio Theater
  • Rooftop : Playground & Museum Cafe
Kami mulakan pengembaraan kami dari Rooftop. Penat terkejar-kejar kan tadi? Hihihi so relax jap sambil bergambar dengan patung Doraemon & rakan-rakan.

Lepas puas bergambar. Kami menikmati kopi panas di Museum Cafe.

Kemudian kami terus menonton short movie Doraemon di Fujiko F Fujio Theater di tingkat 2 di People’s Plaza. Short movie ini tidak pernah di tayangkan di mana-mana siaran. Wajib pergi nih untuk tengok cerita Doraemon.

Ayra pon happy! Afya pon happy! Kami juga happy!! Jika korang juga peminat Doraemon, jangan lupa ke Fujiko F Fujio Museum jika berkesempatan ke Jepun!

Ayra punya Take Copter Hairband sebagai kenangan
Klook.com
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments