AEON MALL emoji™ QR Hunt

Minggu lepas kami membawa Ayra & Afya misi mencari baju di AEON untuk dipakai di suatu majlis esok hari. Selepas sudah menjumpai baju untuk Ayra & Afya, kami terus ingin pulang dan bergerak menuju ke kereta. Dalam pada berjalan kami melalui Information Counter dan Ayah Zyzool terus bertanyakan pada staff bertugas mengenai Apa tu Emoji QR Hunt?

Memandangkan pembelian kami lebih dari RM50 harini maka kami layak menyertai aktiviti ini.

Selama ni Ummi pergi Aeon, Ummi nampak je pasal Emoji QR Hunt ni.. Tapi tak ambil pot pon. Oh ummi is so not cool.

Lepas tu Ayah Zyzool ajak kami mencari Emoji ini. Seronok rupanya sambil membakar kalori melangkah dari satu kedai ke satu kedai untuk cari QR Emoji yang tertulis CONGRATULATIONS!! Namun begitu kami hampa kerana yang kami selalu terima hanyalah PLEASE TRY AGAIN.

Demi anak yang memang sukakan aktiviti seperti ini, kami teruskan usaha mencari QR Congratulations! Akhirnya berkat kesabaran Ayra kami berjaya!!! Ayra lah yang paling happy.

Ayra yang paling seronok dapat mug emoji dari AEON Bandar Dato’ Onn

Malam nak tidur tu terpikir.. Kalau ayah berlalu pergi maybe Ayra tak se happy ni

Ambil masa jap lakukan aktiviti yang rare & seronok-seronok dengan anak rupanya perasaan yang sangat membahagiakan + kos PERCUMA!

Semoga kita semua dapat cari keseronokkan buat anak kita bila berkesempatan!

Ayra happy!! Ummi & Ayah totally happy to make our daughter happy!!

Afya??? Afya tido! Haha

Harini pula kami berbelanja di AEON MALL Tebrau City. kebetulan shopping sikit barang di Brands Outlet & Uniqlo dan kami layak lagi mendapat 2 mug emoji. Rata-rata yang redeem adalah bukan orang kita… Hurmmm…

P/s: Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AEON MALL emoji QR Hunt ini boleh terus ke facebook AEON MALL Tebrau City.

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments