Hari ke-3 ke Harbour Town Gold Coast, Australia

Pagi ini sebelum kami bergerak ke Harbour Town Gold Coast, kami berpindah tempat penginapan. Orang selalu pelik, kami kalau bercuti lebih 5 hari mesti akan menginap di 2 tempat yang berbeza.. Haaa nak tahu nape?? Rahsiaaaa hehe sebenarnya ada sebabnya.. Nantilah Mira share kenapa ya. Doakan kita rajin menaip hehehe

Menuju ke Alpha Sovereign Hotel

Harini cuaca alhamdulillah terang benderang. Penginapan kali ni kami pilih di kawasan Surfers Paradise North. Seawal 8:30 pagi kami check out dari Trickett Gardens dan bergerak keluar ke Alpha Sovereign Hotel. Sebenarnya agak rushing jugak pagi ni sebab kami dah booked FREE SHUTTLE ke Harbour Town jam 9:30 pagi. So nervous sempat ke tak sempat nih Zyzool??? Ok ayuh kita bergerak pantas. (Tapi kalau dah nama Family Travel tu hihiihi cepat dia tak cepat sangat lah hehee)

Dari stesen Surfers Paradise kami menaiki tram ke stesen Surfers Paradise North. Sampai je di stesen tersebut tercari-cari gak mana lah Alpha Sovereign Hotel nih. Aduiiii jam sudah menunjukkan jam 9 pagi nervous jiwa mak nih. Hehehe

Nasib lah dah install siap-siap Google Maps Apps kat handphone nih. So kita akan sentiasa di jalan yang benar 😄… Tapi kadang-kadang tak benar jugak bila kita ingat boleh lalu rupanya jalan tutup kena lalu jalan lain adehhhh hahaha

Alhamdulillah sampai je Alpha Sovereign Hotel, Zyzool terus ke kaunter untuk check-in. Sebab awal pagi lagi, bilik kami belum tersedia jadi kami minta untuk tinggalkan luggage kami di sini.

Surfers Paradise Marriott Resort and Spa

Apa lagi terus berlari ke hotel Surfers Paradise Marriott Resort and Spa untuk tunggu FREE SHUTTLE ke Harbour Town  yang akan pick up kami di situ. Rupanya hotel nih betul-betul bersebelahan hotel kami menginap. Ngam-ngam sampai 9:30 pagi pihak lobi hotel maklumkan shuttle itu akan pick up jam 9:45 pagi. Fuhh lega ingatkan dah kena tinggal dah tadi. Wakakaka

Tunggu punya tunggu, kami nampak ada van masuk ingatkan shuttle kami rupanya van tu shuttle ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Ok lepak dulu la kan? Tup-tup staff hotel tu kata dah sampai. Rupanya bukan van tapi bas laaa. Wow.. Kami je yang bas tu pick up di Surfers Paradise Marriott Resort and Spa ini. Yang lain dalam bas ni dari pick up point lain yang mereka booked dalam laman web Harbour Town. Ada 4 pick up point yang bas ini boleh ambil iaitu

  • Broadbeach – Stesen bas Gold Coast Convention and Exhibition Centre
  • Surfers Paradise South – Novotel Surfers Paradise
  • Surfers Paradise – Stesen Bas Appel Park
  • Surfers Paradise North – Surfers Paradise Marriott Resort and Spa

Kita boleh pilih & booked di laman web mereka di sini

Harbour Town Gold Coast

Pemandu bas memberi sedikit penerangan sebelum kami bergerak menuju ke Harbour Town Gold Coast. Kami berkesempatan bergambar bersama pemandu bas tersebut di hadapan Harbour Town Tourism Lounge.

Di sini kami terjumpa pasangan suami isteri dan anak dari Malaysia. Hehehe jauh-jauh mengembara jumpa sedara seMalaysia di Gold Coast hehe. En. Mat bersama isteri dan anak bongsu mereka bercuti di sini. Zyzool sempat juga berborak sementara kami menjamu air kopi & teh yang disediakan percuma buat pelancong yang datang ke sini.

Kami di beri kad Tourist yang boleh kami gunakan ketika membuat bayaran apabila shopping di Harbour Town Gold Coast ini. Dengan menunjukkan kad Tourist tersebut kami dapat extra potongan 10%. Wow kadang kita rasa dah murah. Rupanya tunjuk kad tu dapat lagi murah! Yeay!! Hehehe

Haa nampak En Mat & anaknya tu. Hai En Mat 👋
Tak ramai lagi orang pagi ini
Cuci mata je dulu hehe
Baju bonds baby belambak
Dalam butik fossil. Kita cuci mata je

Kat sini Mira cuci mata je. Zyzool ada hasil dapatan di butik Kathmandu. Ada barang hiking yang dia dapat memang murah gile! Dia tak bagi tunjuk kat sini hehehe sorry guys nanti Mira pujuk dia kasi share item dia beli okey? Hehehe

Zyzool dengan hasil dapatan di hadapan butik Kathmandu

Jalan punya jalan Mira rasa tak da la benda nak beli so kami nak teruskan itinerari ke Dreamworld Corroboree pula.

Nak jalan balik tu ternampak kedai minyak wangi kat Harbour Town Gold Coast ni. Jom la cuci mata jap. Sebab dah aim nak beli minyak wangi kat Chemist Warehouse. Tapi apa kata kita cuci mata jap mana tahu ada minyak wangi yang best dan takde di jual di Chemist Warehouse.

Belek punya belek minyak wangi dia memang jauh lebih murah harganya dari Malaysia tapi harga Chemist Warehouse lagi murah laa. Kalau kita boleh dapat lagi murah why not kan??? hehehe jadilah pengguna bijak. Tup-tup Mira nampak minyak wangi roll yang kecik brand Rihanna. Ala penyanyi Rihanna yang popular lagu Umbrella tu.. “You’re my umbrella ella ella heh heh.. Jangan cakap akak tak payung heh heh.. Macam tu la kot kalau nyanyi bahasa kitaa wakakaka. Haha… 

Riri by Rihanna nama perfume tu. Harga dia $6 je uolsss mana dapat kat sini. Tukar duit Malaysia dalam RM18 hahaha rugi tak grab.. Apalagi kita ambil la untuk bagi souvenir nanti kan. Hahaha masa nak bayar dapat lagi potongan 10%. So satu tu jatuh $5.40 woww lagi murah. Nampak posen-posen je diskaun kan? Tapi kalau convert rm makan ringgit jugak taw. Hahaha. Dapatlah satu dalam RM16.20

Macam-macam jenis perfume di jual di sini
Perfume RiRi by Rihanna`

Jam dah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Alamak dah lambat nih. Kita patutnya nak gi tengok kangaroo & koala nih. Okey jom cari stesen bas & cepat bergerak!!! Nak jalan ke stesen bas tu ternampak plak kedai jual souvenir kat Harbour Town Gold Coast ini. Kedai dia tersorok sikit kat belakang. Cuci-cuci mata ada yang Zyzool berkenan. Bayar cepat-cepat terus tutup mata & bergerak pantas ke stesen bas. Nafsu sila bersabar ya! Hahaha banyak lagi hari kita kat sini.

Dreamworld Corroboree

Kami menaiki bas 704 ke Helensvale. Dari Halensvale kami menaiki bas TX7 menuju ke Dreamworld. Eh Dreamworld lagi???? Hehe kali ini kami nak explore ke Dreamworld Corroboree yang seakan zoo. Pelbagai binatang terdapat di Dreamworld Corroboree antaranya harimau, buaya, kambing biri-biri, kangaroo & beruang koala. Haaa tu lah hajat kami. Tak sah kalau tak jumpe kangaroo & beruang koala kalau dah jejak kaki ke Australia nih.

Klook.com

Hehehe nak kongsikan nih ngan korang. Sebenarnya kami dapat tiket masuk ke Dreamworld ni dengan harga yang sangat murah. Kami dapat tiket “Unlimited Pass” sehingga 24/12/2018 dengan harga yang jauh lebih murah dari harga 1 day pass. Haaaa rezeki kan? Jadi boleh masuk banyak kali pon tak kisah. Yang bestnya dapat buat kad Annual Pass secara percuma!! Manatau ada rezeki datang lagi Gold Coast sebelum tamat tempoh kad ini. Hahaha kalau tak pon memang dah berbaloi sangat harga tiket tu. Patutnya dapat masuk sekali je. Tapi nih masuk berkali-kali. Alhamdulillah.

Disebabkan dapat “Unlimited Pass” ini di Dreamworld maka kami tidak memasukkan Currumbin Wildlife Sanctuary dalam itinerari kami. Hajat kami nak ke Currumbin untuk melihat kangaroo & koala. Namun begitu Currumbin agak jauh & harga tiket agak mahal. Kami decide dah alang-alang ada Unlimited Pass Dreamworld nih & Dreamworld Corroborree juga ada kangaroo & koala kita explore sini jelah. Kalau pergi Currumbin makan masa & duit lagi. Jadi korang kena buat pilihan yang bijak ya sebelum decide mana nak pergi dalam itinerari korang nanti ☺️

Sampai je di Dreamworld kami hanya perlu scan kad kami. Mudah kan? Hehe.. Acah-acah penduduk kat situlah ada Annual Pass hehehe Annual Pass Legoland pon kita takde nih Zyzool hahahaha kena buat nih.. Kalau murah 🤪

Kami terus bergerak ke Dreamworld Corroboree. Haaa yang nih kalau orang yang jenis tak explore pastu tak amik map memang tak jumpa la kawasan Corroboree nih. Corroboree nih terletak di belakang Restoren Billabong. Memang tak nampak pon kena jalan terus lagi sampai nampak stesen keretapi Billabong. Di situ kami naik keretapi menuju stesen berikutnya iaitu Corroboree. Dekat je sebenarnya. Layankan Ayra nak naik train. Chu chu chu chu bunyi Afya hehe..

Yeay jom kita tengok koala!!! Zyzool terus ambil peluang untuk memegang koala. Hanya $20 untuk pegang & dapat hard copy gambar. Okeylah tutup mata jelah bila lagi nak dapat peluang bergambar bersama koala ye dak?? Hehhe

Pada mulanya Ayra yang nak peluk koala nih. Tapi koala nih sangat berat memang Ayra tak larat. Orang dewasa sahaja yang boleh kendong & dukung beruang koala ni. Kalau setakat nak usap boleh je. Ayra sangat teruja boleh pegang & usap koala yang manja ini.

Dah puas lepaskan rindu kat koala hahaha belum rindu dah lepaskan rindu eh hehehe.. Kami terus melihat kangaroo pula. Zyzool belikan makanan kangaroo berharga $1 satu pack. Seronokla Ayra bagi kangaroo makan. Afya pon apa kurangnya join sekali. Hehe seronok tengok anak-anak pon enjoy bagi kangaroo makan.

Kemudian kami terus bergegas pula untuk melihat pertunjukkan harimau di Tiger Island jam 3:30 petang. Hehehe kalau masuk mana-mana theme park memang kena alert jam berapa pertunjukan yang disediakan. Dalam kes kami #MYFamilyTravel ni memang tugas maknya la untuk arrange ke mana kita nak pergi dalam theme park nih

Ada dua sesi je masa pertunjukan harimau ini. Jam 12 tengahari & 3:30 petang sahaja! Alhamdulillah kami sempat lihat di slot 3:30 petang.

Kami menghabiskan masa kami di sini sehingga tutup iaitu jam 5 petang. Seterusnya kami terus menaiki bas balik untuk check-in hotel yang baru kami menginap hari ini.

Pegawai Tram cek Go Card!

Selesai letak barang-barang dapatan hari ini hehehe kami terus keluar mencari makanan. Lapa oii makan buah-buahan je dalam perjalanan. Dari stesen Surfers Paradise North kami ke stesen Cavill Avenue. Dalam tram kebetulan time tu ada pegawai tram yang cek Go Card dah tap belum. Mereka meminta kad kami untuk mereka cek pada alat mudah alih yang di bawa mereka. Fuhhh nasib dah tak lupa nak tap kan? Hahaha.. Kena ingat ya sebelum naik tram wajib tap Go Card/Explore kat mesin yang disediakan di setiap stesen tram.

Tapkan kad di mesin berwarna oren itu. Ada di hujung & tengah-tengah setiap stesen

Afghani Charcoal Kebab House

Mulanya kami singgah di Ozi Kebab sebab Ayra dah lapar sangat. Jadi kami bungkuskan Ayra set pizza & fries. Pizza dia sedap oiii. Gebu pulak tu. Hehhee recommended!! Yang kami laki bini nih lapa nasi hahahaha ngade kan kat negara orang nak nasi bagai. Hahaha kami jalan jugak cari nasi. Masa Zyzool borak ngan En Mat kat Harbour Town tadi dia ada kongsikan kedai halal yang jual Nasi Mandy yang agak murah & portion nya pon banyak. Kami apa lagi pusing-pusing cari jugak sampai jumpa restoran tersebut. Rupa-rupanya dekat dengan penginapan awal kami dulu hehehe. Alhamdulillah cepat nak order!!!

Muka senyum kelaparan namanya hahaha
Nampak tu banyak nya nasi tuh. Huhuhu

Mulanya nak order satu set je makanan sebab portion dia banyak. Hahaha pastu ternampak ada salmon hahaha… Adeh tak tahan sungguh nampak salmon so order la kita 2 set. Zyzool ambil set nasi & kambing. Mira ambil set salmon & nasi. Kalau tak abis nanti bungkus je lah kan.

Zyzool punya nasi serious banyak sangat. Memang untuk 2 orang makan. Arghh sudah banyak sangat ni. Tak lama pastu makanan Mira sampai. Ok la just nice. Disebabkan kelaparaan yang melampau, kami berjaya abiskan makan malam kami hehhehe. Alhamdulillah 😋

Misi mencari souvenirs!

Seterusnya kami meneruskan misi kami mencari souvenir untuk keluarga!! Yeahh kami terus ke kedai yang kami dah aim masa hari pertama kami jejak ke Gold Coast ini iaitu GBO Souvenir Shop Surfers Paradise.

Tengah belek-belek barang nampak la orang kitooo. Hehehe apa lagi borak punya borak rupanya geng Etiqa Insurance bercuti di Gold Coast. Happening kakak-kakak Etiqa nih. Esok mereka dah nak balik Malaysia so beli buah tangan untuk keluarga & kawan-kawan katanya. Hehehe.. Seronok kalau terserempak dengan orang kitooo di perantauan nih. Berbudi bahasa amalan mulia. Tambah-tambah dapat kenalan baru. Merapatkan ukhwah lagi. Janganlah baru bercuti keluar negara je kita senyum acah-acah tak kenal kita nih Malaysian. Dah tentu kita dengar slang dia cakap tu bukan Indonesian.. Okey next! Hahahaha

Selesai membeli souvenir kami terus balik ke hotel kami. Dari Cavill Avenue kami boleh naik tram ke Surfers Paradise North. Tapi malam ni kami jalan kaki je ke hotel sahaja exercise lepas makan banyak tadi kan? Hahaha sambil-sambil tu layan view malam.

Berakhirlah hari ke-3 kami di Gold Coast, Australia dengan jumlah berjalan 52,598 langkah.. Lepakkk oii.. Sesuaila dengan jumlah kita makan macam tak jumpa nasi sebulan tu kata Zyzool. Jumpa lagi di next entry ya! Selamat Malam!

Ada tips tak nak bercuti ke Gold Coast?

Kami ada kongsikan 18 tips percutian ke Gold Coast taw. Dah baca ke belum? Hihi kalau belum, korang boleh baca kat link kat bawah ya!

Baca lagi info di sini:

Itinerari Gold Coast 6 hari 5 malam

Hehehe khas untuk korang pembaca setia Zyzool Mira Travel, Mira kongsikan Itinerari ke Gold Coast 6 hari 5 malam kat link bawah ya.

Baca lagi info di sini:
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments