Hari ke-5 seharian di Sea World, Gold Coast Australia

Hari ini kami meluangkan masa seharian di Sea World, Gold Coast. Dibuka seawal 9:30 pagi kami menaiki bas awam 705 dari stesen bas berdekatan hotel kami ke Sea World. Dekat je rupanya, dalam 15 minit dah sampai ke Sea World.

Tiket ke Sea World, Mira dah tempah awal-awal sebelum ke Gold Coast. Ok ni Mira nak kongsikan pasal tiket Sea World. Masa beli online, Mira terjumpa tiket murah taw. Harga dalam $60 ~ RM180 dewasa & $35 ~ RM105 untuk Ayra. Eh jauh murah ini!! Kalau beli kat website rasmi Sea World dalam $79 ~ RM240 dewasa & $69 ~ RM210. So dengan penuh yakin, Mira terus je beli online. Pastu dah bayar tetibe dapat e-mail dia kata kena tunggu dulu untuk tiket rasmi. HUaaaa mula la cuak.. Pastu ada plak info dari website lain yang kata kalau murah macam tu cam tak logik. HUaaa lusa dah nak gerak gi Gold Coast.

Tula beli lagi last minute, dah pasrah la time tu kalau kena tipu… huhuhu tetibe Zyzool call bagitau dah dapat dah tiket rasmi masuk Sea World!! Zyzool dah siap-siap print kan masuk dalam fail kami. Alhamdulillah!! Banyak tu kami jimat!!!

Dah sampai Sea World apalagi haruslah bergambar dulu kat depan nih kan. Buat kenang-kenangan. Hihihihi… Pastu terus kami beratur ke line yang dah purchased tiket online. Tunjukkan kertas yang print tadi terus dapat masuk. Yeayyyy!!

Idea dari Zyzool, Ayra & Afya kami pakaikan seperti Dora The Explorer. Ayra memang teruja sangat nak jumpa Dora! Siap bawak plush toy Dora lagi…

Staf Sea World yang nampak Ayra seperti Dora terus bagi kami jadual masa karektar Nickelodeon, Sea World yang akan keluar untuk bergambar. Hihihi Mira apalagi terus susun betul-betul masa supaya dapat bergambar bersama semua karektar yang ada di Sea World.

Malaysian Family Travel Sea World

Ayra & Afya memang seronok la main semua permainan yang ada di Nickelodeon ni. Semua karektar kami ambil gambar. Hihihi

Malaysian Family Travel Australia

Kemudian kami menonton filem 3D Sponge Bob Squarepants. Kami anak beranak diberi cermin mata 3D. Afya pakai jap je pastu dibuat main. Hihii rasa la angin la.. rencik basahlah.. Ada benda nak langgar la… Ayra memang teruja sangat tengok movie 3D ini.

Surau di Sea World

Lepas tu kami terus solat. Ada surau disediakan di sini. Alhamdulillah sangat selesa. Surau terletak betul-betul bawah Main Station keretapi Sea World. Cari kedai Nickelodeon. Main Station terletak berhadapan kedai Nickelodeon.

Dah penat berlari berkejaran, lupakan segala duka hehe rasa dahaga la pulak. Zyzool belikan Mira air yang boleh refill selama kami dalam Sea World tu. Minum la sepuasnya. Abis je refill, abis je refill hehee

Ok pastu kami berkejaran nak tengok dolphin pulak. Ada 2 kali je persembahan dari dolphin ni iaitu jam 11:15 am dan 3:30 pm sahaja! So korang kena plan nak masuk pukul berapa. Pastu tempat tu dia buka 30 minit sebelum, lepas tu dia tutup masa persembahan. Kalau lambat memnag tak boleh masuk dah. Alhamdulillah kami sampai awal dan dapat duduk betul-betul depan. Cantik betul dolphin tu melompat-lompat membuat persembahan. Geram je kite tengok. Comel nawww…

Peter's Fish Market

Dah puas terokai sampai tutup jam 5 petang kami berjalan kaki mencari makan. Perut dah lapooo oi. Hihihi So kami berjalan ke Peter’s Fish Market yang terletak dalam 10 minit berjalan kaki dari Sea World. Yeay perut dah kocak hahaha.. kat sini popular dengan Fish & Chips nya yang sedap!! Zyzool terus order Fish of The Day, Mira pulak haruslah pilih ikan Salmon. Yum yum!!

Beachfront Market

Pastu kami naik bas balik ke hotel. Letakkan barang pastu kami terus ke Surfers Paradise Beachfront Market. Macam bazar karat la.. Tapi buka hari Jumaat, Ahad & Rabu je. Kami cuci mata je tengok suasana… Lepas tu kami gi kedai souvenir untuk beli mana-mana souvenir yang tak cukup. Esok dah nak balik dah. Huhuhu rasa kejap je dah nak balik uhuhuhu

Balik hotel kena kemas-kemas bag dah.. Nih lah yang ku risau!! Risau terlebih berat!! Hahahaa doakan beg kita tak melebihi berat yang Zyzool dah tempah taw!!

Ada tips tak nak bercuti ke Gold Coast?

Kami ada kongsikan 18 tips percutian ke Gold Coast taw. Dah baca ke belum? Hihi kalau belum, korang boleh baca kat link kat bawah ya!

Baca lagi info di sini:

Itinerari Gold Coast 6 hari 5 malam

Hehehe khas untuk korang pembaca setia Zyzool Mira Travel, Mira kongsikan Itinerari ke Gold Coast 6 hari 5 malam kat link bawah ya.

Baca lagi info di sini:
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments