Day 1 Kembara Bangkok | Dari Kulai ke Taiping

Alhamdulillah selamat tiba di Stesen Gemas jam 3.10 pagi menggunakan KTM Intercity dari Stesen Kulai malam tadi. Jam 5:30 pagi kaunter jualan tiket di buka di Stesen Gemas dan alhamdulillah rezeki kami tiket ETS ke KL Sentral masih ada 😅

Memang betul-betul backpack kali ni hehe. Kemudian kami terus berjalan mencari juadah untuk mengalas perut. Jam 7:40 pagi ETS bergerak menuju KL Sentral mengikut jadual 👍🏻

Semestinya Ayra sangat teruja menaiki Electric Train Service (ETS) ini 🤗

Dah sampai KL Sentral.. Tiket habissss!! 🤣🤣🤣 Haa sudah! Yang ada tiket ke Tanjong Malim je. Beli jelah. Gasaklah kau kembara time cuti sekolah hahaha. Planning nak backpack ke Taiping harini.. Sampai Tanjong Malim, tiket ETS abis… Tiket bas abis… Grab takdak… Tapi mood berbackpack kami still ONZ!! Akhirnya last option kitaorang naik bas lompat-lompat hihihi. Syiok betul! Backpackers kental kan.. Wakakaka sedapkan hati.

Yeayyy misi kita backpack ke Taiping hari ini berjaya sayang!!! 🤣😂👏

Yang mengikuti post kami sebelum ini mesti sedia maklum bas lompat-lompat 😅

Selepas mengharungi pengembaraan selama 24 jam 😂 kami berjaya backpack sampai ke persinggahan pertama kami iaitu di Taiping, Perak!!

Alhamdulillah ❤️

Berikut merupakan route kami untuk DAY 1

1. KTM Kulai ke Gemas
2. ETS Gemas ke KL Sentral
3. ETS KL Sentral ke Tanjong Malim
4. ETS Tanjong Malim ke Hentian Bas Tanjong Malim
5. Tanjong Malim ke Sungkai
6. Sungkai ke Tapah
7. Tapah ke Kampar
8. Kampar ke Ipoh
9. Ipoh ke Taiping

Yahoooo!!

Nak bersihkan diri, solat & nak makan!! Last makan tadi jam 6:40 pagi. Jangan terkejut I balik jb kuruih kering wakakkaka 🤣

Terima kasih buat semua yang mendoakan kami

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments