Hujung minggu haritu kami lepak dengan keluarga adik Zyzool. Plan malam tu nak bawa anak-anak ke TMIYC Iskandar Puteri. Sebelum tu, kami singgah jap Caltex Nusa Sentral untuk solat.
Eh, tak sangka Caltex Nusa Sentral ni menarik! Ada The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), siap dengan pandu lalu. Ingatkan nak beli kopi panas untuk panaskan badan, sekali adik Zyzool dan isterinya belanja kami. Thank you guys, semoga murah rezeki selalu! 🤲

1Suasana Caltex Nusa Sentral waktu malam
Stesen ni masih baru, bersih dan terang. Kanopi dia besar dan parkir pun luas. Kedai serbaneka Caltex dan CBTL terletak sebaris. Malam tu ramai juga orang singgah, ada yang isi minyak, ada yang solat dan ada yang beli makanan.


2Kedai makan dalam Caltex Nusa Sentral
Pilihan makan dan minum di sini agak banyak. Antara yang kami jumpa:
- ☕The Coffee Bean & Tea Leaf. Sebelah kaunter Caltex. Boleh dine in atau guna lorong pandu lalu.
- 🛒FamilyMart. Buka 24 jam. Masa kami datang, kedai dia meriah dengan hiasan sambutan 10 tahun FamilyMart.
- 🍞Baker’s Cottage. Kafe dan bakeri. Ada promosi ayam panggang RM18.99 seekor.
- 🥪Subway dan Beutea. Sebaris dengan Baker’s Cottage.



3Adik Zyzool dan isterinya belanja kopi CBTL
Lepas solat, adik Zyzool dan isterinya belanja Zyzool dan Mira kopi CBTL. Kami beli bungkus je, grab and go, sebab nak terus ke TMIYC.

4Bawa kopi, lepak di TMIYC
Sampai TMIYC Iskandar Puteri, kami duduk minum kopi sambil sembang dengan keluarga adik Zyzool. Budak-budak pula seronok berjalan dan bergambar. Tengoklah Aafy dan Aryz ni, bahagia dapat pergi main kat taman 😄

Kalau nak ke TMIYC atau lalu kawasan Nusa Sentral, Caltex Nusa Sentral ni sesuai untuk singgah solat dan grab kopi dulu. Kalau datang Iskandar Puteri, boleh singgah juga Horizon Mall Horizon Hills. Suka review makan pula? Baca pengalaman kami di Fatimah and Sons Taman Universiti. Lain kali Mira nak cuba ayam panggang Baker’s Cottage pula 😄




Ada soalan atau pengalaman nak kongsi?
Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.
Tinggalkan komen ↓Jangan ketinggalan kisah kembara kami
Dapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.
