Birthday Party Aafy & Afya di McD Mutiara Rini

Mulanya tak ada plan pon nak buat birthday party untuk Aafy & Afya. Ingatkan nak beli kek pastu celebrate sesama family je tetibe Zyzool cakap,

“Jom kita buat birthday party Aafy & Afya kat McD..”

So apalagi misi Mira mencari McD mana yang sesuai & luas nak jemput orang. Pilih-pilih punya pilih kami decide nak buat birthday party Aafy & Afya di McD Mutiara Rini.

Cara Menempah Parties at McDonald's

Sebenarnya boleh tempah pakej secara online di http://mcdonalds.com.my tapi sebab kurang dari 2 minggu jadi kami terus ke McD Mutiara Rini untuk tempah tarikh dan masa untuk birthday party Aafy & Afya tu nanti. Alhamdulillah tarikh yang kami ingin tempah masih kosong. Terus staff di situ berikan pamplet & contact person untuk Mira hubungi di whatsapp.

Pakej Parties at McDonald's

Korang boleh pilih nak buat party di McDonald’s atau di rumah. Kami pilih untuk buat di McDonald’s Mutiara Rini. Ada 2 pilihan pakej yang disediakan:

Memandangkan nak sambut Aafy (19 Januari) & Afya (24 Januari) sekali arung jadi kami ambil pakej B iaitu 3 jam. Jadi staff McD akan buat 2 resit untuk kami supaya *FREE gift tu dapat dua. Satu untuk Aafy dan satu lagi untuk Afya.

Kalau korang tengok kat Pakej B tu dia tulis RM500 minimum spend kan? Maksudnya korang order makanan yang minimumnya RM500. Ikut suka korang nak tempah makanan & minuman apa. Tapi pastikan lebih dari RM500 untuk pakej B tu. Sama juga kalau korang pilih Pakej A. Order je makanan sekurang-kurangnya RM200.

Sewa tempat berapa pulak harga? Yang tu termasuk dah dalam RM500 tu kiranya sewa tempat tu PERCUMA!!!

Pakej Parties at McDonald’s juga meliputi senarai kat atas tu. Dapat PERCUMA :

  • Set Happy Meal untuk birthday boy & girl
  • Party Accessories seperti Party Hat, Party Flaglines, Activity Sheet & banyak lagi.
  • Hadiah dari McDonald’s untuk birthday boy & girl iaitu Big Mac Lunch Box!

Bestkan? Dengan hanya belanja makanan & minuman dengan nilai pakej tu dapat macam-macam free gifts!!

Ini pula hadiah untuk birthday girl/boy yang Mira beritahu tadi.

Perancangan Birthday Party untuk Aafy & Afya

Mulanya agak pening juga nak order apa ni? Hehehe pastu tanya staff McD Mutiara Rini tu, kawasan birthday party tu boleh muat berapa orang? Katanya dalam 40-50 orang. Wow macam ramai juga. Tapi Mira ada risau sikit sebab seingatnya kawasan tu taklah berapa luas. Jadi Mira pergi snap gambar kawasan birthday party tu sebelum event. Nak dapatkan idea hehehe..

Ok apalagi balik tu, kami list out dulu nak jemput siapa. Niat hati nak jemput ramai macam before ni tapi apakan daya tempat tu limited sangat. Jadi kami dahulukan kawan-kawan yang Aafy & Afya kenal. Sebab niatnya nak buat birthday party ni nak happykan anak-anak je sebenarnya.

Kami pilih pakej B jadi tempah dari jam 8 malam hingga 11 malam. Pukul 8 malam jemputan untuk keluarga disamping nak adjust tempat mana terkurang ke terlebih ke hihihi. Guest lain kami jemput dalam 8:30 malam.

Pastu Mira ada whatsapp tanya siapa staff yang akan incharge malam tu. Mira siap tanya ada maskot ke? Hihihi details iolss tanya. Bab makanan Zyzool kata Mira lah decide nak order apa, dia bayarkan je hehehehe senang kerja iolss kan? hahahaa

So Mira order pelbagai juga makanan seperti Nasi Lemak, Ayam Goreng, Mc Chicken burger, kentang goreng & Happy Meal untuk semua kanak-kanak. Mira bagi list makanan siap-siap kat staff McD tu dan bayar deposit RM100 di McD Mutiara Rini.

Birthday Party Aafy & Afya

Sebenarnya Aafy & Afya tak tahu kami nak celebrate birthday mereka di McD Mutiara Rini. Hihihihi kiteorang suruh pakai cantik-cantik je. Jadi masa nak menghala ke McD Mutiara Rini tu kan nampak Mydin Mall tau. Afya terus tanya “kita bukan nak celebrate kat rumah Nenda & Aki ke?” (sebab before ni biasanya sambut kat situ hihihi)

Birthday Party Aafy Afya McD

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Aafy & Afya nampak terkejut & happy. Bila anak-anak gembira kita mak ayah turut rasa sebak & terharu kan? Terima kasih semua yang sudi datang bersama-sama meraikan birthday anak kami berdua. Terima kasih juga membahagiakan anak kami dengan pemberian hadiah. Kami hargai & terharu sangat!!!

Birthday Party Aafy Afya McD

Selamat ulang tahun anak-anakku sayang,

Aafy (3 tahun, 19 Januari 2020) & Afya (6 tahun, 24 Januari 2017).

Penyempurna hidupku!!
Terima kasih menjadi anak-anak yang baik buat kami.

Walau kami masih tidak sempurna,
kami akan selalu mencintai kalian selamanya!

5 4 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments