Hatten Hotel Melaka, Malaysia

Pada hujung minggu yang lepas kami berkesempatan merasai pengalaman menginap di Hatten Hotel Melaka selama 2 hari 1 malam. Seronok walaupon hanya sekejap tetapi dapat larikan diri dari rutin harian sangat-sangat bermakna buat Mira. hihihihi… Boleh release sikit minda & badan nih walaupon anak-anak kita angkut sekali. Dah tentu #MYFamilyTravel kan? Haruslah kami bercuti bersama anak-anak kami hehehe.

Dari JB kami drive ke Melaka. Sampai je Zyzool terus check-in hotel. Mira & Ayra apalagi, sementara tunggu Zyzool check in tu kami sempat posing-posing ambil gambar di lobby. Hehehe. Memang cantik hotel ini!!!!

Ayra bergambar di ruang lobi Hatten Hotel

Bilik kami terletak di Tingkat 16. Ayra dah tak sabar nak tengok bilik & mandi swimming pool. Hihihi maknya pon samaaa.. Tak sabar nak landingkan badan nih kat katil hehehe..

Wow!! Cantekkan bilik ni? Alhamdulillah kami di beri bilik yang paling hujung & mengadap swimming pool. Ayra & Afya sangat teruja nak mandi swimming pool bila tengok ramai pengunjung di bawah. Apa lagi ayuh kita mandi! Sementara tu tunggu ummi tiup pelampung dulu okey

Ok siap pelampung jom kita mandi-manda.. Swimming pool ini tutup jam 8 malam. Jadi sempatlah kami berendam sekejap dalam tu. Amboi sakan anak dara dua nih mandi!!

Lepas mandi dah tentu la lapar… Huaaaa so kami terus solat dan bersiap keluar mencari makanan. Rupanya Hotel ini satu bangunan dengan Hatten Square dan ada jambatan untuk melintasi Dataran Pahlawan & Mahkota Parade.

Maka kami decide ke Dataran Pahlawan melalui jambatan di tingkat 3 Hatten Hotel ini. nampak je KFC di Dataran Pahlawan terus kami singgah. Hahaha

Keesokkan paginya Mira dapat menikmati sajian sarapan pagi di Chatters, Hatten Hotel di tingkat 11. Ampun… banyak betul pilihan makanan yang disediakan sampai rambang mata nak makan yang mana dulu. Hahaha

So Mira nak rasa semua!! Hehehe so kita ambil sikit-sikit setiap portion makanan. So bolehlah rasa semua makanan yang disediakan hehehe

Nasi Goreng sikit + Nasi Lemak sikit hihih
Alhamdulillah.. Lepas kekenyangan, kami sempat swimming lagi sebelum check out jam 12 tengah hari. Seronoklah anak dara berdua tu berendam jap dalam swimming pool.
Kemudian selesai mandi kami terus ke bilik untuk kemas dan pulang ke pangkal jalan. Hihihi alhamdulillah sebelum balik rezeki dapat merasai buffet lunch di sini.Β Wow pelbagai pilihan makanan tengahari boleh di pilih di sini!! Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana hihihi. So untuk merasai semua makanan di sini macam biasa tipsnya kita ambil portion sikit setiap makanan tersebut.

Rambang mata kan nak makan apa? Hehehe seronok rasanya berpeluang merasai pengalaman di Hatten Hotel, Melaka. Jika anda berpeluang ke Melaka, bolehlah menginap di Hatten Hotel Melaka ini.

Spread the love

Leave a Reply

Close Menu