6 Cara Mendapatkan T-Money Secara Percuma!

📢 Kemaskini November 2026

  • Promosi T-money percuma dalam posting ini dari tahun 2018 dan dah tamat. Kad T-money masih boleh digunakan untuk subway, bas dan kedai serbaneka, dan boleh dibeli di kedai serbaneka atau mesin di stesen.
  • Rakyat Malaysia wajib mohon K-ETA sebelum ke Korea. Pengecualian K-ETA sementara (sehingga 31 Disember 2026) hanya untuk senarai negara terpilih dan Malaysia tiada dalam senarai.
Haritu Mira ada kongsikan di facebook pasal T-Money percuma dari Korea Tourism Organization Malaysia (KTO Malaysia).  Mesti ada yang dah tahu melalui laman web KTO Malaysia kan? Ok harini Mira akan kongsikan cara bagaimana nak dapatkan T-Money secara PERCUMA!!!

Apa itu T-Money?

T-Money ni sebenarnya kad ala Touch & Go. Nak naik subway ke train ke atau bas mudah sahaja kalau ada T-Money. Tap aje!! Kalau abis duit dalam kad tu top up je. Dan harga tiket pengangkutan lebih murah berbanding beli single ticket. Kad T-Money ini boleh di beli di airport, convenience store & stesen keretapi dengan harga 4,000 won iaitu lebih kurang RM15. Lepas tu korang kena top up la ikut berapa nilai kredit yang korang nak.

Bagaimana cara nak dapatkan T-Money secara percuma?

Ok mudah je sebenarnya nak dapatkan T-Money ni secara percuma! Korea Tourism Organization Malaysia ada menawarkan coupon booklet iaitu Discover Korea Your Way (DKYW) 2018 yang dikepilkan bersama T-Money secara percuma!! Ada banyak coupon discount dalam DKYW 2018 ini yang boleh digunakan ketika anda bercuti di Korea. Antaranya, diskaun kupon untuk penyewaan hanbok seperti yang kami sewa tu.

Ok jom Mira sharekan step by step untuk mendapatkan coupon booklet DKYW 2018 + T-Money secara percuma!

  1. Korang kena daftar sebagai ahli di Kaki Korea Club (KKC) di sini
  2. Lengkap survey di sini & uploadkan flight itinerary korang (wajib ada flight tiket & penerbangan korang haruslah di antara Mei 2018 hingga 31 Mac 2019)
  3. Lepas korang dah lengkapkan survey tu korang akan di berikan survey code taw! Ok survey code tu korang kena ingat untuk redeem DKYW 2018.
  4. Tuliskan nama ahli KKC, Survey Code & Fotostat I/C atau Passport & Flight Itinerary.
  5. Korea Plaza atau secara pos.
  6. KTO Malaysia akan berikan anda coupon booklet DKYW 2018 + T-Money secara percuma! Korang boleh minta juga kupon diskaun lain yang mereka tawarkan. Tadaaaa jimat lebih RM20 dah!!

Kalau korang guna kupon diskaun yang mereka bagi tu maka terlebihlah jimatnya. Macam kami dapat potongan 40% bila sewa hanbok di Hanboknam. Dekat RM120 juga jimat!! hehe

Zyzool, Mira, Ayra dan Afya di Bukchon Hanok Village, Seoul

So apalagi?

Kalau korang bakal ke Korea cepat-cepat dapatkan coupon booklet DKYW 2018 + T-Money secara percuma!!

💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.