Namsan Guest House 3, Seoul
Belek punya belek ternampak la Namsan Guest House Seoul. Ni namanya redah tapi murah… Mula-mula lepas dah confirm tiket kapal terbang, cuba tengok-tengok blog review tentang tempat menarik untuk bermalam. Bila tengok terus kat laman web hotel @ guest house memang macam luar dari bajet.
Kami memang cadang cari tempat yang boleh masak sekurang-kurangnya boleh jimat kat bahagian makanan. Memang dalam beg yang check in dah masukkan siap-siap periuk dan stove kecil yang biasa kami bawa untuk naik gunung. Review punya review, tengok punya tengok Namsan merupakan tempat menarik untuk bermalam kat Myeong-dong ni.
Memandangkan ianya dekat dengan tempat shopping popular, Namsan Seoul Tower pun hanya jalan 10 minit, Namdaemun Market hanya berhenti 1 stesen je dari Myeong-dong. Tengok kat laman web Namsan Guest House harga bilik bermula 65,000 won @ RM214.50 /malam dengan tukaran semasa.
Tips Tempahan
Maka kami pun cubalah aplikasi-aplikasi yang digunanya untuk mencari hotel ni macam Booking.com, Trip Advisor dan Agoda. Bila guna Agoda je, nampak ada diskaun dari 65,000 won kepada 45,000 won jika booking awal. Nampak dah jimat 20,000 won untuk 1 malam. 5 malam dah 100,000 won..
Wowww!!! Ini meniaga lagi baik dari meniaga unta ya? macam kata-kata pak cik dalam berita 3 Abdul tu…
Tempahan Namsan guest house ini boleh dibuat dari Search Box di bawah:
Tips Tempahan
Kemudahan
Sangat menarik harganya untuk tempat yang selesa siap dengan tempat masak, mini gym, komputer, mesin basuh, kedai 24 jam macam 7 eleven dan GS25 pun dekat. Terus je confirm booking dan bermalam la kami kat Namsan Guest House 3 untuk 5 malam.
Jom tengok post-post kami sebelum ni berkaitan Korea:
#kekoreakekitaayra #mirajijulayracutilagi #NiNamanya #tipskoreamirajijul