Assalamualaikum..
Alhamdulillah kali ini kami #MYFamilyTravel berjaya redah ke Gold Coast & Brisbane, Australia pula selama 6 hari 5 malam.
Harini Mira kongsikan tips & bajet kami ke Gold Coast, Australia baru-baru ini. Semua sendiri dari pembelian tiket kapal terbang, tiket taman tema, itinerari perjalanan & permohonon visa.
📢 Kemaskini November 2026
Kami pergi Gold Coast pada Mei 2018. Banyak benda dah berubah sejak tu, jadi tips di bawah dah kami kemaskini:
- Takde lagi penerbangan terus dari Malaysia ke Gold Coast. AirAsia X hentikan laluan KL ke Gold Coast mulai 1 Disember 2024. Pilihan paling dekat sekarang ialah Malaysia Airlines yang terbang terus KL ke Brisbane setiap hari mulai 25 Oktober 2026, kemudian naik train ke Gold Coast.
- ETA sekarang hanya boleh dimohon melalui app rasmi Australian ETA dengan caj servis AUD20.
- Tambang 50 sen! Semua bas, tram, train dan feri Translink kini flat 50 sen sehala, tak kira jauh mana. Boleh terus tap kad debit atau kredit contactless.
- Tram G:link kini sampai ke Burleigh Heads (dibuka 9 Ogos 2026).
Berikut senarai anggaran PERBELANJAAN kami seorang :
✈️ Tiket Penerbangan: AA KLIA2 ke Gold Coast Airport (OOL) RM716 pergi balik seorang kecuali Afya (Infant) RM250
🎟 ETA Visa: RM 25 seorang
🛏 Penginapan: 6 hari 5 malam RM1400
🚊 Pengangkutan: City Tram, Airtrain & Bas RM150
🎡 Dreamworld + White Water World + Skypoint: Unlimited Pass RM 218 seorang
🐬 Sea World: RM 174 (Dewasa) RM 104 (Kanak-kanak)
🛥 Wyndham Cruise: RM 56 seorang
TOTAL RM1689 SEORANG (TAK TERMASUK souvenirs, nafsu makan & nafsu shopping la ye hehe)
Nota: Ini harga kami pada tahun 2018. Harga sekarang dah berbeza, terutama tiket penerbangan sebab dah takde flight terus AirAsia ke Gold Coast. Tiket taman tema pun dah naik, jadi semak harga terkini sebelum buat bajet ya.
18 Tips Percutian ke Gold Coast, Australia
1Visa
Korang memang kena mohon visa kalau melancong ke Australia. Untuk pemegang pasport Malaysia, mohon Electronic Travel Authority (ETA, subclass 601). Masa kami pergi dulu boleh mohon di laman web atau melalui agen, tapi sekarang ETA hanya boleh dimohon melalui app rasmi Australian ETA (ada di App Store dan Google Play).
- Takde caj visa, cuma caj servis app AUD20 seorang. Boleh bayar guna kad kredit, debit atau Apple Pay.
- Setiap orang kena buat permohonan sendiri dalam app, termasuk anak-anak. Boleh mohon untuk satu family dalam satu telefon.
- Kebanyakan permohonan lulus dalam masa 24 jam. ETA sah 12 bulan dan boleh masuk berkali-kali, maksimum 3 bulan setiap lawatan.
- Hati-hati dengan laman web atau agen yang suruh bayar lebih dari AUD20 atau mohon melalui website. Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dah beri amaran tentang scam macam ni.
2Incoming Passenger Card
Kad ini akan diedarkan waktu korang dalam pesawat. Ok kalau nak masuk Australia ini ketat taw mereka cek. Korang kena declare makanan yang korang bawak kat dalam Incoming Passenger Card. Antara makanan yang tak boleh bawa masuk ke Australia ialah produk tenusu, kekacang, buah-buahan, daging dan banyak lagi. Jujur je tulis apa yang korang bawak. Nak selamat kami bawak Brahim’s Nasi Lemak, Nasi Goreng & Maggi alhamdulillah tak kena tahan. Luggage kami, mereka tak bukak pon. Yang penting pamerkan senyuman yang manis kat pegawai imigresen & kastam mereka. Hihi plus doa semoga dipermudahkan..

3Go Card / Go Explore
✅ Kemaskini 2026: Lagi senang dan murah!
Sekarang semua perjalanan Translink di Gold Coast dan Brisbane (bas, tram, train dan feri) flat 50 sen sehala, tak kira jauh mana. Takde dah sistem zon.
- Korang boleh terus tap kad debit atau kredit contactless, Apple Pay, Google Wallet atau Samsung Pay kat mesin. Tak payah beli kad pun.
- Go Card masih boleh guna. Go Explore pun masih dijual (AUD1.50 sehari) di Gold Coast Airport dan kedai terpilih, tapi kalau naik 3 kali atau kurang sehari harganya lebih kurang sama je.
- Jangan lupa tap on dan tap off setiap kali naik dan turun. Pegawai boleh cek bila-bila masa dan dendanya mahal.
- Semak dengan bank korang kalau ada caj transaksi luar negara.
Pengalaman kami pada 2018: Masa tu kami beli Go Explore di Gold Coast Airport, di kedai Hub Convenience. Keluar Arrival Hall belok kanan pastu jalan terus je ke depan, sampai nampak kedai warna hijau belah kiri. Kena tunjuk passport sebab hanya pelancong je boleh beli. Masa tu harganya $10 sehari untuk naik bas dan tram tanpa had dalam Gold Coast. Hari berikutnya kami guna Go Card pula, macam Touch & Go la kalau kat Malaysia.


4Pengangkutan
City Tram, train & bas antara pengangkutan yang kami naik di Gold Coast & Brisbane.
*Dari Gold Coast Airport ke Surfers Paradise, naik bas 777. Keluar je airport nampak stesen bas. Bas ni akan berhenti kat stesen tram Broadbeach South. Dari situ naik tram ke Surfers Paradise. Tram ni takde besi palang macam MRT, terus je masuk. Cuma ingat, tap kad atau telefon kat mesin kuning di platform sebelum naik dan tap lagi lepas turun. Kadang ada staf yang cek korang tap ke tak. Huhu kena jujur la.
- Kalau nak ke Brisbane, naik tram ke stesen Helensvale dan sambung train Queensland Rail (Gold Coast line). Tambang ke bandar Brisbane pun 50 sen je. Train yang sama boleh terus ke Brisbane Airport, tapi stesen lapangan terbang (Airtrain) ada caj tambahan.
- Kalau nak ke Harbour Town, ada FREE SHUTTLE dari Broadbeach dan Surfers Paradise setiap hari. Tempah dulu di laman web Harbour Town.
- Nak ke Dreamworld, naik tram ke Helensvale station dan sambung bas TX7 (atau naik train ke Coomera station dan sambung TX7).
- Nak ke Sea World, naik bas 705.
- Nak ke SkyPoint, jalan kaki je kalau duduk area Surfers Paradise.
- Baru 2026: tram G:link dah sampai ke Burleigh Heads, jadi lagi senang nak ke pantai Burleigh.
Tip: Guna app MyTranslink untuk semak laluan dan jadual terkini sebab laluan bas di selatan Gold Coast ada perubahan sejak September 2026.


5Penginapan
Untuk penginapan, korang boleh bandingkan harga di Agoda, Booking.com atau Trip.com. Kalau nak penginapan murah memang kena book awal-awal. Makin dekat baru nak book, makin tinggi harga. Huhuhu… Harga penginapan agak mahal di kawasan tumpuan macam Surfers Paradise. Kalau nak jimat, cari kawasan jauh sikit tapi dekat dengan stesen tram. Dengan tambang 50 sen sekarang, duduk jauh sikit pun tak rugi! Untuk 2 malam pertama kami menginap di Surfers Paradise iaitu Trickett Gardens Holiday Inn. Pastu 3 malam terakhir kami menginap di kawasan Surfers Paradise North iaitu Alpha Sovereign Hotel.
6Internet
Cuba korang bayangkan hidup tanpa internet? Hahaha.. Sekarang paling senang guna eSIM yang boleh beli dan pasang sebelum berlepas, terus ada line bila mendarat. Kalau nak simkad fizikal, boleh beli simkad prabayar Optus, Telstra atau Vodafone di airport atau supermarket macam Woolworths dan Coles. Untuk pengguna telco Malaysia, semak juga pas roaming Australia dengan telco korang sebelum terbang dan bandingkan harganya.
7Apps
Ni macam biasa la, mana tau kalau sesat ke hapa ke kan? Hihi. Jangan lupa download siap-siap:
- Google Maps (download peta offline Gold Coast)
- MyTranslink untuk jadual bas, tram dan train
- Australian ETA untuk mohon visa
Inshaa Allah akan sentiasa di jalan yang benar hehe..
8Taman Tema
Dalam Gold Coast ini banyak betul taman tema. Korang pilih la yang sesuai dengan team group percutian korang. Lepas buat research taman tema yang mana sesuai untuk Family Travel, kami pilih untuk ke Dreamworld & Seaworld. Tiket ini kena beli online sesiap sebelum ke sana sebab lagi murah. Tiket Dreamworld kami beli online kat laman web Experience Oz. Kiteorang dapat tiket Unlimited Entry dengan harga jauh lagi murah (RM268.12) dari harga 1 Day Pass $105 ~ RM315. Tiket kami termasuk Unlimited Entry ke Skypoint & White Water World. Dah jimat kat situ. Kiranya naik Skypoint free lah. Hihihi Tiket Sea World pon sama kami dapat sangat murah $58.27 ~ RM174 berbanding harga walk in $89 ~ RM270. Jauh beza kan? Jimat ~RM100 sorang huhuhu..
Kemaskini 2026
Harga di atas ialah harga kami pada 2018. Harga tiket sekarang dah naik, jadi semak harga terkini di laman rasmi taman tema atau Klook dan Experience Oz sebelum beli. Biasanya beli online lagi murah dari walk in. Ingat juga, WhiteWater World tutup pada musim sejuk.

9Koala / Kangaroo
Tak sah la kalau gi Australia tak tengok & pegang Koala atau Kangaroo kan? Hihi. Kalau kat Gold Coast korang boleh pergi Currumbin Wildlife Sanctuary, Paradise Country atau Dreamworld. Disebabkan kami dapat Unlimited Pass ke Dreamworld, kami pilih untuk tengok Koala dan Kangaroo di Dreamworld Corroboree. Jimat masa & duit. Hehe
Kemaskini 2026: Queensland masih benarkan aktiviti pegang koala (berbayar) di Dreamworld dan Currumbin Wildlife Sanctuary, tapi beberapa tempat lain macam Lone Pine Koala Sanctuary di Brisbane dah hentikan aktiviti ni. Semak dulu di laman rasmi sebelum pergi.


A post shared by ✈️ MY Family Travel (@zyzoolmiratravel) on
10Souvenirs
Belambak kedai souvenir kat Surfers Paradise. Tapi kalau nak yang murah korang gi GBO Souvenirs Shop. Kedai ni dekat je ngan stesen Cavill Avenue. Risau sesat korang cari je kedai Condom Kingdom kat Google Maps. Kedai GBO ni betul-betul depan Condom Kingdom. Jangan salah masuk kedai sudah. Hahaha souvenir dia mostly bawah $5. Murah kan?

11Shopping
Adeh walaupun mata wang mereka lagi tinggi tapi after convert ada barang-barang yang murah taw korang boleh usha kat Australia ini. Kalau korang kaki shopping kena kumpul duit bebanyak sebelum pergi Gold Coast hahaha. Mostly kedai-kedai ini ada cawangan dalam Australia. Kalau nak beli perfume murah gi Chemist Warehouse. Kalau perfume sini yang harga RM3++ sebotol kadang boleh dapat bawah RM100. Baju-baju macam H&M tu kat sini kami belikan untuk anak-anak dalam $2.50 ~ RM7 sehelai. Buat pengumpul pinggan mangkuk, Corelle kat sini murah! Tapi makan berat la nak bawak balik Malaysia. Huhuhu. Baju baby BONDS belambak kat sini. Sehelai dalam $15 tapi beli lagi banyak lagi murah! Set Warna Crayola yang kat sini RM80 kat sana dalam RM12 huaaa nangis. Hahaha apa lagi sila la borong! Haha..



12Makanan Halal
Senang nak cari makanan HALAL kat Gold Coast ini. Kalau kat area Surfers Paradise tu belambak la kedai HALAL. Antara kedai yang kami pergi ialah:
- Free Range Chicken Shack
- Shiraz Moderna
- Afghan Charcoal Kebab House
- Ozi Kebab
13Must Try!
Kalau dah sampai Gold Coast ni atau mana-mana dalam Australia ni, korang boleh cuba:
- Barista Coffee! Sedap! Kalau tak suka kopi boleh try perisa Chocolate botol warna purple. Kalau kopi Mira suka botol Merah. Huaaa serius sedap!

- Churros kat San Churro. Dip coklat dia pon sedap sangat.

- M&M’s perisa unik kat Woolworth atau Coles. Ikut musim & limited. Kiteorang gi dia baru keluarkan M&M’s Banana Split. Tapi limited time. Maybe time korang gi nanti perisa lain pula. Boleh beli untuk souvenirs sebab confirm HALAL ada logo kat bahagian belakang packaging.

- Fish & Chips kat Peter’s Fish Market.

- Hot Chocolate/Coffee kat Noosa Factory Outlet di Brisbane

14Night Market
Ada pasar malam Surfers Paradise Beachfront Markets setiap hari Rabu, Jumaat & Sabtu dari jam 4 petang hingga 9 malam di sepanjang pantai Surfers Paradise (The Esplanade). Boleh la nak tengok & feel suasana Bazar Karat kat Gold Coast. Hihi. Pasar ni akan dibatalkan kalau cuaca buruk, jadi semak Facebook mereka dulu.


15Solat
- Gold Coast Airport: Terletak berhadapan Arrival Hall

- Dreamworld: Terletak berdekatan Billabong Restaurant & ABC Kids Area


- Seaworld: Terletak di bawah Main Station Train

- Harbour Town: Terdapat Prayer Room juga di Harbour Town. Minta kunci di Tourism Lounge

16Tandas
Tandas sini macam biasa takde pili air. Jangan lupa bawak botol air untuk basuh pape yang patut. Hahaha
17Baby Room / Parents Room
Ini untuk khas Family Travel macam kami mesti nak cari Baby Room untuk bersihkan anak kalau poo poo kan. Hihihi kat sini diaorang panggil Parents Room. Maknanya mak, pak, toddler & baby boleh membuang dalam ni. Hihihi so masuk la beramai-ramai dalam Parents Room ni. Tapi Parents Room ni tak macam kat Jepun, water filter tak disediakan. Cuma ada microwave je untuk panaskan susu.
18Stroller Friendly
Khas untuk Family Travel kalau nak bawak stroller sangat-sangat disarankan. Kat sini memang stroller friendly. Korang naik tram ke bas ke tak payah lipat stroller. Pemandu bas akan rendahkan tempat naik supaya senang kita masukkan stroller. Ada parking stroller disediakan dalam tram & bas di Gold Coast.







Tq for very good info
🤗
wow tqsm sis. mmg kak hana planning nak gi time raye next year.
No worries 😉 Semoga bermanfaat!
Salam sis, biasanya bli pnginapan Di website mna? Sbb cek hrga mhal.. tgk yg sis cme rm1400
Di agoda, booking atau expedia sis. Kena book awal 3 bulan kalau nak dapat harga murah