Gold Coast: Go Card or Go Explore?

Aduh Aduh aduh aduh..
Aduh Aduh sayang..
Aduh Aduh silap besar abang..
Aduh Aduh kalau kau temberang…

Ok ni serius ni tak temberang ekeke… Nak pilih mana nih bila bercuti ke Gold Coast? Go Card ke Go Explore? Eh cop bukan sama je ke dua-dua kad nih? Aduh jangan temberang ok!! Dua-dua kad nih amatlah berlainan!! Hehe jom Mira share dengan korang hihi..

Go Card ke Go Explore?

Erm… Abang pilih yang mana? Go Card atau Go Explore?? Hihihi ramai yang tanya pada kami eh Go Explore nih berapa ringgit? Kena top up ke? Macam Touch & Go ke? Hehehe ok meh Mira terangkan dulu ok apa tu Go Card apa tu Go Explore!

Go Card

  1. Go Card ni macam Touch & Go la. Korang beli kad pastu ada isi sikit dalam tu. Bila habis korang just top up je.
  2. Murah 30% bila gunakan Go Card berbanding korang beli single paper ticket.
  3. Harga kad Go Card $10 ($5 harga kad + $5 nilai dalam kad).
  4. Go Card boleh digunakan untuk menaiki bukan sahaja di Gold Coast malah di Brisbane, Ipswich dan Sunshine Coast regions.

Go Explore

  1. Go Explore hanya boleh dibeli oleh pelancong sahaja. Jadi masa nak beli tu korang kena tunjukkan passport.
  2. Harga kad Go Explore alah $10 untuk sehari. Kanak-kanak $5.
  3. Unlimited Travel. Esok kena reload lagi $10 sehingga maksimum 8 hari.
  4. Go Explore boleh digunakan untuk menaiki bas & tram di Gold Coast & bas di Sunshine Coast sahaja.

Jadi Go Card ke Go Explore?

Hehe so korang boleh decide dah tak nak pilih kad mana? Hehe ok kalau korang turun Gold Coast Airport memang susah nak cari kedai yang jual Kad Go Card nih yang ada hanyalah Go Explore. Korang boleh beli kad Go Explore di Kedai Hub Convenience ni.

Jadi Mira suggest korang beli dulu Go Explore dan explore la Gold Coast dulu seharian & naik turun la public transport mereka. Baru berbaloi beli kad Go Explore $10. Tapi if korang tak decide nak pergi memana just beli je dulu paper ticket ke penginapan korang pastu baru beli Go Card kat Surfers Paradise. Korang boleh dapatkan Go Card di 7 Elevan atau mana-mana convenience store yang ada di kawasan Surfers Paradise tu.

Kalau nampak "Buy and top up here" tu maknanya boleh la beli Go Card kat kedai tu

Kalau jenis travel nak lepak je kat bilik hehehe cukuplah beli Go Card sahaja! Tapi kalau travel banyak sangat guna public transport belilah Go Explore ni lebih jimat & berbaloi. Korang kena tengok itinerari korang & buat kira-kira yang mana lebih jimat.

Harga tiket untuk tram waktu peak hour lebih kurang $3.25. Manakala kalau waktu tak ramai dalam $2.56. Korang di beri masa sampai 1 jam untuk buat transfer menggunakan public transport lain secara percuma! Maksudnya korang naik tram pastu terus naik bas pulak kan? Naik bas tu free haaa.. So rancang betul iti & korang akan dapat jimat banyak dalam pengangkutan. Tiap-tiap hari total pengangkutan kami tak lebih $10. Jadi kami pilih Go Card!
Kiteorang beli Go Card kat Night Owl Convenience stor di Surfers Paradise. Korang boleh top up siap-siap sikit dulu nanti tak cukup top up jelah lagi hihihi. Korang boleh juga beli Go Card di tourist information centres dan juga dari TransLink Info kiosks yang terletak di Cavill Avenue dan Stesen Broadbeach South tram.

Jangan lupa touch!

Ni wajib jangan lupa!!! Tak kisah la Go Card ke Go Explore ke korang wajib touch on & off kat setiap mesin Translink Gold Coast bas & tram. Nasib tak baik kadang ada staff mereka akan cek korang dah tap ke tak dalam tram. Mereka pakai baju macam polis. Takut u!! Hehehe

Kawasan tram ni takda palang ke apa. Lebih kepada kejujuran. Kalau orang jahat maybe ada je yang naik tanpa bayar. Berdosa dapat! Kalau kena tangkap saman pon dapat! Jagalah nama baik Malaysia. Jangan lupa tap ya sebelum naik tram. Turun tram pon jangan lupa tap!!

Haaa nilah tram yang kami naik di Gold Coast. Cantik & selesa. Nak naik tram ni korang kena tekan butang di pintu untuk buka. Kalau tunggu je pintu tu buka alamat tram tu berlalu pergi macam tu jelah hahaha. Kalau korang dah tak gunakan Go Card tu korang boleh refund deposit + nilai duit yang tinggal dalam kad tu.

Malaysian Family Travel Australia

Semoga post ini membantu korang yang bakal bercuti ke Gold Coast, Australia!! Ouh ya kalau gi Brisbane naik train tu hanya boleh guna Go Card je taw!!

Ada tips tak nak bercuti ke Gold Coast?

Kami ada kongsikan 18 tips percutian ke Gold Coast taw. Dah baca ke belum? Hihi kalau belum, korang boleh baca kat link kat bawah ya!

Baca lagi info di sini:

Itinerari Gold Coast 6 hari 5 malam

Hehehe khas untuk korang pembaca setia Zyzool Mira Travel, Mira kongsikan Itinerari ke Gold Coast 6 hari 5 malam kat link bawah ya.

Baca lagi info di sini:
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments