Caltex Nusa Sentral: Singgah Solat, Ada CBTL Pandu Lalu dan FamilyMart 24 Jam

Hujung minggu haritu kami lepak dengan keluarga adik Zyzool. Plan malam tu nak bawa anak-anak ke TMIYC Iskandar Puteri. Sebelum tu, kami singgah jap Caltex Nusa Sentral untuk solat.

Eh, tak sangka Caltex Nusa Sentral ni menarik! Ada The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), siap dengan pandu lalu. Ingatkan nak beli kopi panas untuk panaskan badan, sekali adik Zyzool dan isterinya belanja kami. Thank you guys, semoga murah rezeki selalu! 🤲

Kaunter Caltex dan CBTL Pandu Lalu di Caltex Nusa Sentral waktu malam
LokasiCaltex Nusa Sentral, Iskandar Puteri11, Jalan Nusa Sentral, Taman Nusa Sentral, 79100 Iskandar Puteri, Johor. Buka di Google Maps
CBTLAda pandu laluBuka 7 pagi hingga 12 tengah malam
FamilyMartBuka 24 jamSenang singgah waktu malam

1Suasana Caltex Nusa Sentral waktu malam

Stesen ni masih baru, bersih dan terang. Kanopi dia besar dan parkir pun luas. Kedai serbaneka Caltex dan CBTL terletak sebaris. Malam tu ramai juga orang singgah, ada yang isi minyak, ada yang solat dan ada yang beli makanan.

Kaunter Caltex dan CBTL sebaris waktu malamSelfie bawah kanopi Caltex Nusa Sentral

2Kedai makan dalam Caltex Nusa Sentral

Pilihan makan dan minum di sini agak banyak. Antara yang kami jumpa:

  • ☕
    The Coffee Bean & Tea Leaf. Sebelah kaunter Caltex. Boleh dine in atau guna lorong pandu lalu.
  • 🛒
    FamilyMart. Buka 24 jam. Masa kami datang, kedai dia meriah dengan hiasan sambutan 10 tahun FamilyMart.
  • 🍞
    Baker’s Cottage. Kafe dan bakeri. Ada promosi ayam panggang RM18.99 seekor.
  • 🥪
    Subway dan Beutea. Sebaris dengan Baker’s Cottage.
FamilyMart Caltex Nusa Sentral dengan hiasan 10 tahunDeretan Baker's Cottage, Subway dan Beutea
Pemandangan malam dari bawah kanopi Caltex Nusa Sentral

3Adik Zyzool dan isterinya belanja kopi CBTL

Lepas solat, adik Zyzool dan isterinya belanja Zyzool dan Mira kopi CBTL. Kami beli bungkus je, grab and go, sebab nak terus ke TMIYC.

Dua cawan kopi CBTL di Caltex Nusa Sentral
Malas turun kereta? Guna lorong pandu lalu CBTL.

4Bawa kopi, lepak di TMIYC

Sampai TMIYC Iskandar Puteri, kami duduk minum kopi sambil sembang dengan keluarga adik Zyzool. Budak-budak pula seronok berjalan dan bergambar. Tengoklah Aafy dan Aryz ni, bahagia dapat pergi main kat taman 😄

Aafy dan Aryz bermain di taman TMIYC Iskandar Puteri waktu malam

Kalau nak ke TMIYC atau lalu kawasan Nusa Sentral, Caltex Nusa Sentral ni sesuai untuk singgah solat dan grab kopi dulu. Kalau datang Iskandar Puteri, boleh singgah juga Horizon Mall Horizon Hills. Suka review makan pula? Baca pengalaman kami di Fatimah and Sons Taman Universiti. Lain kali Mira nak cuba ayam panggang Baker’s Cottage pula 😄

💬 Jom borak

Ada soalan atau pengalaman nak kongsi?

Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.

Tinggalkan komen ↓
✉️ Langgan percuma

Jangan ketinggalan kisah kembara kami

Dapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.