Day 9 Kembara Bangkok | Shopping

Hari kesembilan, hari terakhir kembara Bangkok kami, dikhaskan untuk shopping di Chatuchak Market, Big C, Platinum Fashion Mall dan Pratunam sebelum menaiki keretapi pulang. Pasar ini hanya dibuka penuh pada hujung minggu, jadi semak waktu operasi terkini di laman rasmi pasar sebelum pergi.

Kemaskini November 2026

  • Wajib isi TDAC (Thailand Digital Arrival Card) secara online dan percuma dalam 3 hari sebelum tiba di Thailand.
  • Posting ini ditulis pada 2018 berdasarkan pengalaman kami. Harga, kemudahan atau waktu operasi mungkin dah berubah. Semak maklumat terkini di laman rasmi atau Google Maps sebelum pergi.

Shopping di Chatuchak Market

Lorong gerai di Chatuchak Weekend Market, Bangkok
Gambar hiasan: lorong gerai Chatuchak Weekend Market. Foto: Christophe95 / Wikimedia Commons, CC BY-SA 4.0

Pagi ini kami mulakan dengan shopping di Chatuchak Market. Tapi takda pon la shopping sangat. Hahaha lebih kepada merasai suasana tu. Seawal pagi dah ramai orang membanjiri Chatuchak Market ini. Sempatla beli baju tidur Mira, Ayra & Afya sedondon. Hehehe. Kemudian Zyzool beli keychain buat ole-ole untuk keluarga & kenalan. Mira pula beli bag bercorak Bangkok. Kemudian kami terus ke bandar pula.

Mira membawa anak-anak melihat gerai cenderamata di pasar Bangkok

Big C Supercenter

Big C ni macam Tesco la lebih kurang. Kiteorang borong makanan kat sini. Harga jauh lebih murah dari 7-Elevan.

Platinum Fashion Mall

Kemudian kami jalan kaki ke Platinum Fashion Mall. Singgah solat di sini. Terdapat surau di pusat membeli belah ini. Kalau korang nak beli baju borong bolehla ke sini.

Pratunam Market

Berhadapan Platinum Fashion Mall ini pula adalah Pratunam Market. Sama seperti Chatuchak Market juga. Banyak juga barang cenderamata yang dijual di sini. Kami hanya cuci mata sahaja di sini.

Dah selesai shopping kami terus ke Stesen Hua Lamphong untuk berangkat pulang. Tengoklah stroller Ayra & Afya jadi mangsa untuk sangkit hasil dapatan kami. Hihihi nanti dalam keretapi baru packing balik sebab nak masukkan dalam beg gabak tak muat. Hahaha… 

Ayuhlah kita pulang ke pangkal jalan oi!

Zyzool Mira sekeluarga di Stesen Hua Lamphong sebelum pulang ke Malaysia
💬 Jom borakAda soalan atau pengalaman nak kongsi?Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.Tinggalkan komen ↓ ✉️ Langgan percumaJangan ketinggalan kisah kembara kamiDapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

This Post Has 3 Comments

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.