5 Kedai Coklat Popular di Langkawi

Borong Coklat di Pulau Langkawi

Di kala ramai yang kata coklat kat Langkawi masa kami travel tempoh hari banyak habis. Ramai DM Mira tanya kedai coklat mana yang kami pergi semasa travel di Langkawi. Sebenarnya banyak gilsss kedai coklat kan hehehehe kat area kuah kedai-kedai kecik pon banyak juga pilihan. Kat area Cenang pon ada juga. Ni Mira senaraikan antara 5 kedai coklat di Langkawi yang popular & banyak pilihan di Langkawi.
 
 

1. Haji Ismail Group

Ni confirmlah fofular kan sebab tu stok coklat licin sokmo hehehehe . Korang boleh tengok kat HIG Mall atau pon kedai lama dia kat Kuah tu kadang takde stok kat Mall tapi kat kedai lama tu ada banyak pilihan lagi.

2. TS Duty Free

Mira suka kedai ni. Kemas je dia susun coklat. And selama ke Langkawi kalau pergi kedai coklat ni tak pernah mengecewakan. Banyak pilihan! Confirm korang rambang mata. Kitaorang borong coklat Schogetten Biscoff tu kat sini.

3. Billion Duty Free Supermarket

Ni pon boleh tahan banyak pilihan. Korang cari ada satu area yang tu coklat je tau. Sebab kalau masuk macam supermarket biasa tapi bila masuk lagi kat bahagian kanan ada coklat je kat situ. Kat sini Ayra borong Kinder. Macam-macam pilihan Kinder ada.

4. Coco Valley

Kedai ni betul-betul sebelah Underwater World kat Pantai Cenang tu. Banyak juga pilihan coklat. Sini ada macam-macam jenis Nutella. Tapi kena gi awal ok. Pukul 8:45 malam dah tutup.

5. Eastern Duty Free

Kedai ni kat Cenang Walk. Cenang je nak cari kedai ni tak chucah pon hehehe. Kat sini malam-malam berhimpit orang hahaha so kalau nak shopping nyaman datanglah tengahari gitew hehehe kat sini ada banyak pilihan Smarties hehe

Inilah hasil kami dapat menyelam coklat di Langkawi. Pastu pening nak pikir macamana nak bawa balik naik flight.

Ni antara kedai yang kiteorang repeat pergi. Memang banyak lagi pilihan kedai coklat yang korang boleh pergi kat Langkawi tu. Even supermarket kat sana pon memang ada je area for coklat je hehehehe. Semoga bermanfaat!
4 5 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments