“Dah sampai dah Night market tu tapi harini tutup rupanya…” Adoi laaa esok flight balik lak tu. Souvenir tak beli lagi… Pernah korang alami masalah ini? Kalau nak travel ala “backpack ni ” bukan sekadar buat persediaan mental & fizikal. Data & perancangan pon penting taw. Kena buat research betul-betul dan rancang perjalanan pengembaraan anda. Lagi-lagi kat negara orang & tempat yang tidak familiar. Jom kami kongsikan Tips Merancang Itinerari yang Terbaik!
1. Kumpul & rekodkan data percutian anda
Kumpul semua maklumat mengenai percutian anda. Tiket flight. Tarikh masa flight anda. Berapa hari anda akan bercuti dan musim apa ketika anda bercuti. Rekodkan semua data anda dan mulakan itinerari anda.
2. Senaraikan tempat menarik yang bakal anda lawati
Senaraikan semua tempat menarik di negeri/negara anda lawati. Nak pergi ke tak tu nanti kita pikirkan. Buat sedikit penyelidikan tempat mana yang wajib dilawati jika ke bercuti di negara tersebut. Tulis dan mula membuat pilihan tempat yang korang mesti pergi!!
3. Petakan tempat yang bakal anda lawati (Pin Point)
Ok dah senaraikan tempat tadikan. Now buka maps anda dan pin point kan tempat mana korang nak pergi tu. Tempat tinggal pon jangan lupa pin kan juga ya. Dari peta tersebut korang akan nampak susunan tempat yang perlu dituju dan seterusnya melengkapkan percutian setiap hari anda.
4. Tentukan pengangkutan anda ke destinasi anda
Tentukan pengangkutan bagi setiap perjalanan anda. Dari airport ke tempat tinggal. Dari tempat tinggal ke Taman Tema. Tentukan setiap satu pengangkutan yang bakal anda naiki. Pelbagai pilihan samada nak naik train, tram, bas atau teksi mengikut negara yang anda lawati. Terpulang pada bajet anda. Oh jangan lupa cari kad seperti Touch & Go sewaktu anda bercuti. Boleh jimat dengan menggunakan kad pengangkutan yang disediakan untuk pelancong.
5. Anggarkan perbelanjaan anda
Untuk tempat yang perlukan tiket masuk senaraikan di bawah anggaran perbelanjaan. So korang boleh decide nak masuk ke tak? Sesuai tak dengan bajet korang? Kalau beli tiket dari Malaysia pon senang juga. Kat sana tak perlu pikir dah. Mira suka beli tiket online dari Klook atau 365.com. Banyak lagi website yang menawarkan tiket taman tema yang murah. Bila dah senaraikan bajet sekurang-kurangnya masih sempat menabung kalau merancang masuk ke taman tema tersebut. hihihi
6. Nyatakan masa operasi tempat yang bakal anda lawati (jika ada)
Jangan lupa letakkan masa operasi tempat yang bakal anda kunjungi. Contonya Night Market tersebut di buka jam berapa? Tutup hari apa? Takdelah sia-sia je sampai-sampai Night Market dah tutup. Huhuhuhu
7. Failkan maklumat perjalanan anda
Simpan salinan maklumat penting perjalanan anda. Tiket flight, tiket taman tema.. Visa atau sebarang maklumat penting printkan untuk dijadikan hardcopy. Masukkan semua maklumat ini dalam 1 fail dan letakkan siap-siap dalam bag sandang/bagasi anda.
8. Masukkan semua data dalam storan atas talian
Masukkan data itinerari anda dalam storan atas talian seperti Notes, Evernote atau Google drive. Kalau itinerari tercicir takde lah kalut kan? Bukak handphone cek iti dari situ je.
9. Kekal Fleksibel
Jangan susun iti terlalu padat. Sesuaikan dengan masa anda disana. Yang penting jangan terlalu stress kalau tak dapat ikut itinerari anda. Enjoy la moment-moment anda sedang bercuti itu. Dah tentu bercuti untuk hilangkan tekanan & release stress. Jangan sebab cuti anda terlebih stress pula. hahahaha