My Stories of 2019

Disebabkan Mira tak boleh tidur malam ni meh la Mira kongsikan serba sedikit my stories of 2019 nih. Hihihi tak sangka kan pejam cilik pejam cilik 2019 dah nak berakhir dah. Cepat betul kan masa berlalu. Rasa macam baru je share dengan korang pengembaraan ke Bangkok akhir tahun lepas ekekeke.

Baca lagi info di sini:

2019

Permulaan 2019 bukanlah begitu menyeronokkan pada mulanya. I have mental health disorder sebenarnya bermula end of 2018 dan berlarutan sehingga masuk 2019. Huhuhu.. Macam scary pulak dengar kan? Tapi itulah hakikatnya sebuah kehidupan. Kadang-kadang kita happy kadang-kadang kita berduka.. Kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah.. Kadang-kadang kita sihat kadang-kadang kita sakit.. Inilah namanya dugaan dalam kehidupan. Ceewah giteww

Macamana I tahu I ada masalah mental? Ko ada masalah mental bila ko tak normal seperti kehidupan ko yang sepatutnya. Ko akan selalu sedih, overthinking, ko rasa tak berguna hidup ini.. Ko jadi tak yakin diri, rasa tak cantik dan banyak lagi lah. Hihihi

Di saat dan ketika I sakit tu I sangat bersyukur dapat seorang suami yang setia dan sabar dengan I. Ok I wanna cry. Huhuhu I rasa I macam buat banyak dosa kat Zyzool tau. Bukan macam tapi memang berdosa pon. Waaaaa… Sayang.. if you read this I’m so sorry! Thank you sayang for always be with me no matter what. Huhuhuhu

Mental Disorder?

Macamana I boleh kena mental disorder ni? Huhuhu cukuplah I cakap Allah nak uji sebab sebelum ni I always happy go lucky! Ahakssss…

Jadi masa I sakit tu I selalu demand dengan Zyzool untuk hantar I pergi jumpa pakar psikiatri. Hahaha kelakarkan dengarnya?? Tapi ni serius! Instead of hantar I gi jumpa pakar psikiatri, Zyzool bagi I kad belanja untuk shopping! Hahahaha so bila time-time I sakit I akan shopping. Huhuhuhu sampai kad belanja tu over limit!! Tapi Zyzool masih lagi kuat untuk pulihkan I.

I tahu Zyzool risaukan I tapi orang lelaki kan? Dia tak tunjuk. Dia simpati tapi dia tak tahu apa perlu dia buat supaya I jadi back to normal. Huhuhu Dah macam-macam cara dia buat tapi i masih jadi orang yang lain dari yang dia kenal. Huhuhu sorry sayang

Depan orang I normal. I boleh tersenyum. Balik rumah I masuk bilik I nangis sorang-sorang. Baca macam kelakar kan? Tapi tu tak normal sebenarnya. Zyzool usaha bawak I travel backpack supaya I keluar dari rutin harian I. Ya we were totally happy masa travel to Bangkok end of last year! I jadi ok sikit sebab I enjoy the journey.

Awal tahun 2019

Awal tahun dia belikan tiket tahunan Legoland buat kami sekeluarga. Katanya bila I rasa boring ke I boleh ke Legoland ni. Kemudian bulan 2 dia bawa kami travel ke Batam pula. I ada kongsikan tips ke Batam di link bawah ni

Malaysian Family Travel Batam
Baca lagi info di sini:

Mac 2019

Kemudian bulan 3 dia belikan domain https://zyzoolmiratravel.com untuk I. Sebab dia tahu dari dulu I nak domain ni. Sebelum ni kami pakai domain zyzoolmiratravel.sabloom.com.my hehe panjang naw kan plus selalu heavy traffic. Hihihi thank you guys selalu stalk blog I ekekeke.  I was so happy dapat domain baru & hosting yang laju yet I still tak update selalu aduhhhh sorry lagi sayang.

Pastu bila Zyzool dah nampak I macam ok sikit we plan for next baby. Masa tu bulan 3 tak silap I. Tapi tahu-tahu I period. So I pikir maybe I pon tak sihatkan jadi Allah belum bagi rezeki lagi la kot.

Zyzool always make me happy. Bawa I jalan-jalan, shopping, I nak pergi mana dia bawakkan. Masa tu I cam dah start boleh stabilkan mental I. Tetibe suatu hari I dihubungi Harian Metro untuk featured dalam surat khabar mereka! Wah!!! Emosi I jadi lain tau.

Baca lagi info di sini:

April 2019

Masuk bulan 4 pula Zyzool tanya I nak tak backpack pergi Kuok, Kampar? I macam eh betul ke ni?

Zyzool: Jom la kita travel gi Kuok, Kampar kenal-kenal sedara mara Ummi

Mira: Serius la sayang? Nak!!!

Jadi kami plan lepas raya untuk pengembaraan ke Kuok, Kampar untuk jelajah salasilah keluarga I.

I happy sangat sampai I tak kongsi-kongsi ngan korang pengembaraan ke Kuok, Kampar tu kan??? Hahaha inshaa Allah beri I masa nanti I share ok.

Mei 2019

Sebelum pengembaraan, time raya bulan 5 tu I rasa tak sedap badan sebenarnya my perut bloated je. Macam kembung angin. Memang tak selesa. I dah syak I maybe preggy tapi nanti dulu lah. Kang I bagitahu semua orang mesti semua suh I rehat tak boleh backpack. Huhuhuhu tapi agaknya Zyzool pon boleh agak period I tak sampai-sampai jadi masa pengembaraan ke Kuok tu dia suh I bawak ringan-ringan je. Still backpack tapi bukanlah macam sebelum ni bawak beg beratkan. I bawa baju yang ringan selebihnya Zyzool la yang pikul.

Balik dari pengembaraan ke Kuok tu kiteorang terus confirmkan ke klinik. Alhamdulillah betul I preggy huhuhu. Strongnyer baby! Alhamdulillah. 

Mental I jap ok jap tak ok. Sampai la I rasa kesian kat baby kalau I terus berterusan layan emosi & mental tak waras I tu huhuhu. Apa-apa I rasa I akan maklumkan kat Zyzool dan Zyzool always bagi kata-kata semangat buat I supaya I tak down. Huhuhu

Slowly I rasa semakin waras. Baby getting bigger so I’m getting better. Ada hikmahnya Allah titipkan nyawa si kecil dalam diri ini supaya I kembali sedar dan get back. Huhuhuh kalau I teringat balik apa yang berlaku memang sedih tapi life must go on kan?

Julai 2019

Masa birthday I bulan 7 pula dia bawak bercuti ke Tioman. Just to make my mental health stable. Huhuhu dia belanja semua family dia ke Tioman that time. Thank you so much sayang!! Kiteorang memang happy & seronokla relax-relax mandi-mandi hihihi

Ada satu harini ni mak mertua I masuk hospital. Kebetulan masa ke hospital kami terserempak dengan kenalan Zyzool. Anak dia sakit cancer dan admit kat hospital tu juga. Lepas melawat mak Zyzool kiteorang melawat baby anak kenalan Zyzool tu. Sebak I tengok baby tu sampai air mata I tak tertahan dan I terus keluar dari bilik tu. Padahal I lah orang yang pandai cover emosi I. Hati I sangat-sangat tersentuh time tu. Suami I sayangkan I, anak-anak sihat. Kenapa I nak terus sakiti diri sendiri serta keluarga I dan terlalu mengikutkan emosi mental I yang tak stable tu??

Ogos 2019

My parents pula terlibat kemalangan bulan Ogos tahun ni. Memang berdegup kencang la hati kami saat dimaklumkan tu. Kalau tengok kereta tu memang menakutkan tapi alhamdulillah semuanya selamat. Kejadian-kejadian ni buat I lebih sedar dan tak pentingkan diri I sendiri huhu

Oktober 2019

Masuk bulan Oktober baru I bersedia nak announce yang I preggy hehe. Masa ni I dah pregnant 6 bulan sebenarnya. Alhamdulillah I dapat berpuasa penuh bulan ramadhan tahun ni. Jadi sebenarnya masa raya tu I dah preggy hihi

Pastu Zyzool ajak backpack ke Kelantan pula menaiki keretapi. I pon dah semakin sihat hihihi.. Masalahnya ni pon satu hal. Seronok-seronok juga orang dah menanti cerita pengembaraan ke Kelantan ko tak post-post Mira oiiii

November 2019

Untuk mantainkan emosi I yang dah stabil ni Zyzool bawak kami sekeluarga ikut dia outstation hehe. Memang seronok la Ayra & Afya staycation kat hotel-hotel berbeza. Tup tup bulan yang sama kami dijemput menjadi panel untuk TV AlHijrah pula. Huhuhu Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan??

Baca lagi info di sini:

Disember 2019

Bulan ni I dah chill-chill je lepak kat rumah. Ada one day nih I teringin sangat makan kek secret recipe. I message Zyzool kata teringin nak satu slice. Balik kerja dia belikan I satu kek terus. Huaaaaaaa… Nampak simple kek je. Tapi hati rasa berbungaaa gembira. Thanks sayang!

And I dapat surprise news yang blog ni dah reach 84.3K impression di GOOGLE SEARCH bagi bulan NOVEMBER 2019 sahaja!! Thank you semua pembaca blog https://zyzoolmiratravel.com.

Happy Wife, Happy Life

Alhamdulillah now I’m feeling better. I rasa la I jadi yang normal Mira. Kalau orang kata “tak solat la tu sebab murung…” I have been there I know murung depression bukan sebab pasal solat. Solat tiang agama. Wajib! Plus kami suami isteri memang berjemaah. Murung ni berkaitan mental health problem. Sama macam ko sakit jantung contohnya. Takkan nak cakap “ni mesti tak solat tu yang sakit jantung”. Huhuhu papepon hope korang doakan I terus kuat. Allah uji sebab Allah sayang kan? Buat semua ibu & isteri-isteri di luar sana jagalah emosi kalau perasan something wrong somewhere cari la ikhtiar semoga kembali sihat & normal. Jangan terlalu mengikut kata hati yang kemungkinan bisikan dari syaitonirrojim!

Nak Sign!!!

Tahun ni I rasa la macam retis la sikit. Pergi mana-mana ada orang nak ambil gambar huhu maluuu.. Zyzool siap pesan lagi “kena selalu siap la camtu..” maksudnya jangan la selekeh-selekeh ekekee

Alhamdulillah untuk tahun 2019 yang banyak kenangan manis-manis. Semoga tahun 2020 kita semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan & jauhkan la dari sakit depresi ni. hehee

To kekasih hati yang sentiasa ada di sisi I….

I Love You Sayang!!!

Thank you atas semua effort yang you berikan pada family kita especially me! Supaya I always happy dan pastikan I sentiasa sihat disisi keluarga kita. Sorry banyak sangat shopping! Tapi you kerja penat-penat pon memang untuk I belanja kan sayang? Haha.. Maafkan semua salah silap I dan doakan I mudah bersalin ya next year!! Can’t wait to meet our new little bundle of joy on 2020!

0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments