Haritu Mira tengok TV terbuka la MY Doctors EP31 di Astro Ria mengenai perkongsian tips percutian sempurna. Perkongsian para doktor ini sangat menarik dan Mira nak kongsikan pada followers blog Zyzool Mira Travel. Mostly apa yang doktor ini kongsikan memang kami amalkan ketika travel. Jom Mira kongsikan tips mendapat percutian yang SEMPURNA!!
5 Tips Mendapat Percutian Yang Sempurna!
Bercuti memang amat menyeronok kan? Excited betul nak tunggu hari tibanya percutian tersebut. Tup-tup sedang bercuti perut asyik memulas je. Lorr cirit birit lah pulak. Huaaaaa sebelum bercuti memang kena ada perancangan & persediaan supaya kita mendapat percutian yang sempurna. Bila sakit tak syiok pulak bercuti tu kan? Memang malang tidak berbau tapi apakata kita ambil langkah berjaga-jaga agar kita mendapat percutian yang terbaik
1. Bersarapan Dahulu
Kadang bila dah seronok bercuti kita lupa nak makan & isi perut. Pastu nampak makanan tepi jalan main bedal je. Lupa nak makan sampai terambil makanan yang kurang sihat. Apakata awal pagi sebelum memulakan aktiviti percutian anda, jangan lupa untuk bersarapan dahulu. Paling senang ambil breakfast pakej di hotel penginapan. Kalau traveller bajet yang stay homestay atau guesthouse, apa kata bawak makanan seperti Brahim’s atau cereal untuk sarapan. Makan kenyang-kenyang supaya bertenaga & seronok menikmati percutian anda tanpa perut yang kosong. Buah-buahan juga baik untuk di ambil. Nikmati buah-buahan yang jarang-jarang kita dapat di negara sendiri. Bila kenyang takda la kita terbeli makanan tah apa-apa kan?
2. Bawa botol air
Kadang rasa leceh kan nak bawa botol air nih. Pastu bila tak bawa air nanti dahaga pulak. Bila dahaga mesti kita terbeli air berperisa. Minum air gula ni dah la kurang sihat pastu kadang akan menyebabkan kita susah nak buang air besar. Hurm.. Kalau korang malas bawa botol air apa kata bawa Hydration Water Bag. Bila dahaga nyot-nyot je. Hihi mira suka bawa thermos kecil je. Letak air putih sejuk. Pastu bila habis refill je kat baby room. Sebenarnya kita perlu tahu keperluan air seseorang ikut berat badan. Lagi banyak jalan lagi banyak air kita perlukan. Jadi jangan lupa ya minum air walaupun sedang bercuti! Haaaa kegunaan botol air nih juga boleh jadi cebuk bila bercuti di negara tandas tanpa pili air. Ahaksss
3. Pakai Sunblock
Kalau anda bercuti ke tepi pantai jangan lupa sapu sunblock. Pancaran cahaya matahari yang direct boleh menyebabkan Skin Cancer. Oleh itu jangan lupa pakai sunblock yang ada UVA/UVB protector. Sapukan setiap 4 jam kerana sunblock mampu bertahan selama 4 jam sahaja di kulit kita. Ramai yang ingat kena sapu di muka sahaja. Tetapi korang kena sapu di semua bahagian yang terdedah ya. Mira suka pakai sunblock yang spray. Mudah je spray kat muka & tangan pastu dap-dap boleh keluar jalan. Korang juga boleh pakai topi untuk beri keselesaan semasa berjalan.
4. Bawa Gel Pembersih Tangan & 'Wet Wipes'
Hand Sanitizer & Wet wipes sangat penting bila bercuti. Lagi-lagi yang ada anak macam kami ini. Kita tak taukan ada kuman ke kat tempat kawasan yang kita pegang. Jadi wet wipes membantu kita. Kadang kita tak pasti kawasan terdekat nak basuh tangan jadi boleh gunakan hand sanitizer sebelum jumpe tandas terdekat.
5. Bawa Ubat-Ubatan
Yang ni jangan lupa bawak. Lagi-lagi kalau korang memang ada ubat yang wajib di makan. Takkan masa cuti tak perlu makan ubat plak kan? Hihihi Kalau ada alahan makanan jangan lupa bawa ubat anda. Kita tak tahu makanan negara lain sesuai tak dengan perut kita jadi ubat cirit birit pon kita perlu sediakan. Ada satu penyakit di mana dinamakan ‘Traveler’s Diarrhea’ di mana kuman kat negara tu tak sesuai dengan perut kita. Jadi sediakan payung sebelum hujan. hihih Jangan lupa tuliskan juga senarai ubat supaya jika hilang ke boleh bawa senarai itu ke farmasi. Haaa jangan lupa bawa juga ubat sakit tekak. Kot-kot sakit tekak tetibe masa bercuti kan.
Walaubagaimanapun, jangan lupa seronok-seronok juga… banyak-banyak berdoa sepanjang bercuti. Semoga di beri kesihatan yang baik & cergas sepanjang percutian!