📢 Kemaskini November 2026
- Wajib isi SG Arrival Card secara percuma dalam 3 hari sebelum tiba (termasuk hari tiba) melalui laman ICA atau app MyICA. Elak laman pihak ketiga yang mengenakan bayaran.
- RTS Link Bukit Chagar (JB) ke Woodlands North dijangka mula beroperasi pada Februari 2027, dengan perjalanan kira-kira 5 minit. Shuttle Tebrau akan dihentikan 6 bulan selepas RTS Link beroperasi.
- Singapura kini guna sistem SimplyGo: kad debit atau kredit contactless (Visa, Mastercard) boleh terus tap di gate MRT dan bas. Kad EZ-Link masih boleh digunakan.
- Harga tiket bas dalam posting ini dari tahun 2017. Semak harga terkini sebelum beli.
Tips Naik Bas ke Singapore
Tahukah anda boleh ke negara Singapura dengan hanya RM6.60 sahaja untuk perjalanan balik hari dengan menaiki pengangkutan bas awam?
Ramai yang mesej mira bagitau seronok tengok kami bercuti tapi risau nak bercuti sendiri ke luar negara. Katanya tak ada keberanian lagi nak melancong ke negara luar ala backpackers ni.
Aduh banyak betul kan kena pikir bila kita nak melancong ke negara luar ni. Lagilah bila semua sendiri tanpa travel guide plak tu. Huhuhu..
Ok apa kata korang test dulu ke negara jiran kita iaitu Singapura???
Mungkin ramai yang dah tahu yelah negara jiran je pon kan? Tapi ada juga yang masih tak tahu dan ada yang takde keberanian nak gi Singapore dengan sendiri. Ok izinkan mira share tips ke Singapura untuk memudahkan korang pergi ke sana sendiri nanti. Tak cuba tak tahu kan?
Kali ini mira ambil yang mudah dulu kita pergi ke Woodlands balik hari sahaja. Next time mira share camna pula kalau nak pergi Singapura 3 hari 2 malam pula okey?
Cara Masuk Singapore dari Johor Naik Bas
Berikut merupakan urutan perjalanan dari JB Sentral ke Singapura :
- 🚉JB SentralJohor Bahru
- 🛂JB CIQImigresen Malaysia
- 🚌Bas JB CIQCW1, CW2 atau 950
- 🛂Woodlands CIQImigresen Singapura
- 🚌Bas Woodlands CIQKe bandar
- 📍SingapuraWoodlands
1JB Sentral
Berrmula dengan JB Sentral. Korang bolehlah parking dulu kereta korang dekat JBCC ke, City Square ke, JB Sentral ke atau mana-mana parking di sekitar JB Sentral tersebut. Atau minta uber atau grab car hantar korang ke JB Sentral. Jalan je dari bangunan JB Sentral ke JB CIQ ikut tanda arah ke Bangunan Sultan Iskandar/Woodlands. Sebelum tu korang tukar la sikit duit singapore. Buat bekal mana tahu nak beli pape nanti kat sana. Kalau tak guna nanti tukar la balik ke duit Malaysia. So jangan lupa open siap-siap kad debit international dan tukar la paling-paling RM50 kat money changer. Dapat la dalam lebih kurang $16 huhuhuhu sikit je kan aduiii
2JB CIQ
Ok ayuh kite bergerak ke arah JB CIQ. Anda akan nampak ada polis yang bertugas di hadapan Bangunan Sultan Iskandar. Keluarkan passport anda dan pastikan ada ditangan sewaktu lalu di depan polis tersebut. AMARAN : Jangan ambil gambar dalam bangunan ini atau anda akan disoal siasat oleh pegawai Imigresen. Beratur untuk cop passport di kaunter Passport Malaysia atau terus ke Autogate. Untuk kami yang ada anak ni kena beratur la kat kaunter. Kalau anda travel bujang terus je ke mesin Autogate. Alhamdulillah anda tak BLACKLIST kalau dapat lepasi pegawai Imigresen. hehe.. Kemudian jalan terus sahaja hingga ke Stesen Bus. Pilih Terminal 2 iaitu ke kanan untuk naik bas awam ke Woodlands, Kranji & Queen Street. Turun melalui escalator/lift dan cari bas anda.
3Bas JB CIQ
Ada banyak bas untuk anda pilih. Ada dari syarikat Causeway Link, SBS Transit & SMRT.
Penting (2026): Mulai 1 Oktober 2026, bas Causeway Link dah tak terima duit tunai. Bayar guna kad ManjaLink, kad debit contactless atau tiket QR dalam app LUGO. Bas SBS dan SMRT (160, 170, 170X, 950) pula boleh tap kad debit contactless atau EZ-Link, atau bayar tunai dalam Ringgit dengan nilai yang sama macam harga S$. Contohnya tambang 950 dari JB CIQ ke Woodlands S$2.30, boleh bayar RM2.30. Kalau naik di Larkin Sentral, ada caj kemudahan RM2 sejak 1 Julai 2026.
Ok dalam keadaan kita tadi yang nak pergi Woodlands so naik bas SMRT 950. Kalau bayar tunai, sediakan duit ngam-ngam sebab tiada pulangan baki ya. Kalau tap kad, tak perlu simpan tiket, cuma tap semula bila naik bas lepas imigresen nanti. Sekarang anda boleh nikmatilah permandangan di dalam bas menghala ke Woodlands CIQ. Sekejap je pon. hihihi
4Woodlands CIQ
Bas akan berhentikan penumpang di Woodlands CIQ. Turun di sini dan bawa semua barang anda. JANGAN TINGGAL PAPE YA! Jalan naik escalator/lift dan anda akan masuk ke dalam untuk pengesahan masuk ke Singapura.
Kad putih dah tak ada! Borang putih yang kami cerita dulu dah dihentikan sejak Mac 2020. Sekarang kena isi SG Arrival Card secara online di laman web ICA atau app MyICA, dalam tempoh 3 hari sebelum masuk Singapura. Isi siap-siap kat rumah. Percuma, jadi jangan bayar kat mana-mana laman lain.
Lepas tu beratur untuk lepas imigresen Singapura. Sekarang semua pelawat asing boleh guna lorong automatik tanpa perlu daftar. Kalau bawa anak bawah 6 tahun, keluarga sampai 4 orang boleh guna Special Assistance Lane dengan kod QR. Ok TAHNIAH anda berjaya travel sendiri masuk ke Singapura. Welcome to SINGAPORE!
5Bas Woodlands CIQ
6Singapura (Woodlands)
Selamat tiba di Woodlands Temporary Interchange Bus iaitu hentian yang terakhir untuk route Bas SMRT 950.
Yeay anda berjaya sampai ke Singapura dengan hanya RM1.60!!! (Harga tahun 2017)
Hehe so jelas tak macamana nak pergi ke Singapura dengan menaiki bas awam ni???
Cara Balik dari Singapura
Dah sampai macamana nak balik nanti mira??
Hehehe sama je… ikut balik urutan tadi tapi terbalik. hohoho pahe ke idok?
- 📍SingapuraWoodlands
- 🚌Bas ke Woodlands CIQBas 950
- 🛂Woodlands CIQImigresen Singapura
- 🚌Bas ke JB CIQBas sama
- 🛂JB CIQImigresen Malaysia
- 🚉JB SentralJohor Bahru
Cari Hentian 950 semula iaitu di hujung sekali di Woodlands Temporary Interchange Bus untuk balik semula ke Malaysia iaitu Johor Bahru. hehehe
Tapi kalini disebabkan korang berada di Singapura mestilah guna currency SGD kan? hihihi sediakan duit tambang $1.60 ~ RM5 untuk pulang ke JB Sentral. (Harga tahun 2017) Macam biasa tukar duit siap-siap sebab baki takkan diberikan kalau korang masukkan duit besar. Tiket bas SIMPAN! Kalau tap kad, tak perlu tiket, tap je semula. Kemudian sama je macam mira kongsi tadi. Cuma bila dah lepas dari Imigresen Malaysia di JB CIQ tu korang jalan la terus ke kereta korang parking pagi tadi. Pengembaraan korang ke luar negara ala backpack SELESAI! Hehehe
Kemas kini 2026: Tambang 950 dari Woodlands sekarang lebih kurang S$1.85 kalau tap kad. Kebanyakan trip 950 sekarang berhenti di JB CIQ je, hanya waktu tertentu sampai JB Sentral.
Nak tahu kad mana lebih jimat untuk naik bas dan MRT di Singapura? Baca perbandingan kami: EZ-Link vs Singapore Tourist Pass.
Dari Woodlands Temporary Interchange Bus ni korang jalan je cari Woodlands Square. Kat sini kami ke kedai Valu$ Shop yang jual barang-barang berharga $1 sahaja!! Berus gigi oral B hanya $1 untuk 3 batang. MURAHHHH!!! hahahaha korang explore la sendiri nanti bila korang pergi ke Woodlands Square okey?
Next time mira share kalau nak berjalan sekitar Singapura pula seperti Merlion Park, Esplanade, USS, Garden of The Bay, Mustafa Center, Arab Street dll! Tapi rasanya korang dah tahu asas ni boleh lah pergi sendiri kan? hihi
Kos ke Singapura dengan bas
Makanan bawak bekal dari rumah. hehehe. Masih murah kan? So bolehlah share dengan kengkawan..

Akhir kata,
“Hujan emas di negeri orang…”
#sharelakalaubermanfaat #thankyou












Ambil travel ins tak?
Kami biasa ambil AXA Insurans dan kad kredit yang kami gunakan juga ada cover international travel untuk 1 keluarga.
Kalau visa on arrival tu tempoh dia berapa hari ya?
antara 30-90 hari
nak tanya. tiket tu blh beli on the spot ke?
boleh sis
visa on arrival tu, kalau pergi satu family 4 orang, 3 dewsa dan 1 kanak2…kesemua kena isi atau satu dah memadai
Sorang satu kena isi kad tu ☺️
Boleh email itinerari ke Singapore? Sy bercadang nak bawak anak2 kecik jugak bulan 2 nanti..
Kami ke Singapore lebih kepada free & easy hehe.. Nanti kalau berkesempatan kami akan kongsikan tempat-tempat menarik untuk dilawati di Singapore 😊
Kalau Parking kete dekat jb ciq blh ke
Boleh juga.. Mana-mana yang ada kosong
dekat sana memang no bus tu smrt 950 ke?
Ada beberapa bas yang boleh ke JB antaranya SMRT 950