Harini kami akan ke Skypoint & Dreamworld Gold Coast. Sebelum tu…. Happy Birthday Zyzool!! Kelas u sambut birthday kat oversea. Hihihi..
Harini merupakan hari kedua kami menjejakkan kaki di Gold Coast, Australia!! Pukul 5 pagi dah terang benderang dah kat sini. Zyzool sediakan sarapan kami pagi nih iaitu Nasi Goreng Brahim’s hihihi. Mira pula siapkan anak-anak. Tolong-menolong antara suami-isteri rahsia kebahagiaan.. Cheewah hahaha kena saling bekerjasama kalau tak lambat la kita gerak. hihihi
Seawal jam 7:30 pagi kami bergerak menuju ke Skypoint. Dekat je Skypoint ini dengan tempat penginapan kami. Dalam 10 minit berjalan kaki sahaja. Kami sempat singgah di kedai Night Owl membeli Go Card. Go Card ini seperti kad Touch & Go yang akan kami gunakan nanti. Nanti Mira terangkan perbezaan Go Explore & Go Card dalam entry khas okey?
Read More: Go Card or Go Explore
Skypoint Observation Deck
Tiket Skypoint kami dah beli siap-siap dari Malaysia lagi. Tiket Skypoint ni kami dapat kombo sekali masuk dengan Dreamworld. Tiket “Unlimited Pass” dengan harga jauh lebih murah dari 1 day pass. Alhamdulillah rezeki. Kami boleh masuk berapa banyak kali pon yang kami suka ke Skypoint & Dreamworld. Yang penting jangan lupa print out pass siap-siap dari Malaysia okey?
Lepas puas mengambil gambar & melihat panorama keindahan Gold Coast dari Skypoint ini, kami teruskan itinerari kami ke taman tema Dreamworld. Dari sini kami menaiki tram ke stesen Halensvale.
Turun sahaja stesen Halensvale kami terus menaiki bas TX7 yang akan membawa pengunjung ke taman tema terpilih iaitu Movie World, Wet ‘n’ Wild & Dreamworld. Kami pilih ke Dreamworld kerana taman tema ini bersesuaian dengan Family Travel. Ouh ya jangan lupa untuk tap kad Go Card ketika masuk & keluar dari bas.
Dreamworld Australia
Alhamdulillah kami selamat tiba di Dreamworld iaitu destinasi terakhir bas TX7. Apalagi haruslah bergambar di pintu masuk hihihi. Cuaca harini alhamdulillah sangat baik.
Ayra dah tak sabar nak main permainan dan jumpa karektar DreamWorks. Mira terus tengok waktu karektar akan keluar untuk bergambar & persembahan yang disediakan. Tugas Mira untuk susun aktiviti kami sewaktu di dalam Taman Tema. Adehhh berat taw tugas nih tapi untuk memastikan kita berbaloi masuk taman tema, seorang kena incharge untuk susun aktiviti.
Seharian kami menerokai Dreamworld. Semua karektar kami berjaya bergambar!! Hasil menyusun aktiviti dengan efisen ehehe banyak juga permainan dapat kami main!! Hehehe
Kami berkesempatan menunaikan solat Jamak Zuhur Asar di sini. Prayer Room disediakan berdektan Restoran Billabong.
Surfers Paradise
Selepas seharian menghabiskan aktiviti di Dreamworld, kami teruskan pengembaraan kami ke Surfers Paradise pula. Perut dah lapar. Kali ni kami nak try kebab di Shiraz pula. Kebabnya memang agak besar. Nanti kami makan di bilik.
Kemudian Mira ajak Zyzool ke Woolworth untuk membeli cemil-cemilan di bilik nanti hihi. Kami membeli sedikit buah & air. Hihihi
Tup-tup nampak coklat yang murah!! Apalagi beli la sikit hihih. Kemudian kami terus balik ke bilik untuk merehatkan diri.
Selesai solat & bersihkan diri kami menikmati juadah makan malam kami iaitu kebab!!
Alhamdulillah sedap!! Okeylah nanti Mira sambung untuk hari ke-3 ya! Selamat Malam!!
Ada tips tak nak bercuti ke Gold Coast?
Kami ada kongsikan 18 tips percutian ke Gold Coast taw. Dah baca ke belum? Hihi kalau belum, korang boleh baca kat link kat bawah ya!
Baca lagi info di sini:
Itinerari Gold Coast 6 hari 5 malam
Hehehe khas untuk korang pembaca setia Zyzool Mira Travel, Mira kongsikan Itinerari ke Gold Coast 6 hari 5 malam kat link bawah ya.