• Reading time:4 min(s) read

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Maaf la seminggu kita tak bersiaran. Almaklumlah hantar MacBook ku yang tetiba buat hal. Adeh sedih! Tapi sekarang tidak lagi hehe. Alhamdulillah MacBook Mira dah selamat kembali ke pangkuan ku kembali hehe.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Setelah berbulan lamanya Mira berpantang duduk rumah dari bersalinkan Aafy hingga PKP akhirnya PKPB ni Zyzool bagi chance la kita keluar! Hehehe. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun. Fasa ini ada sedikit kelonggaran di mana boleh keluar berempat dalam satu kereta. Dan mall dah mula beroperasi. Huaaa happy tak terkira uolss macam nak keluar gi dating pulak iolss rasa. Hehehe. Tapi still la nervous-nervous jugak kan sebab tak biasa dengan new nomal nih. Zyzool siap pesan dah prepare belum nak keluar esok? Eh nk prepare apa? Prepare minda jangan shopping banyak sangat! Wakakaka baiklah sayang!

Shopping ketika PKPB

Zyzool jagakan anak-anak di rumah. Jadi Mira tak boleh la berlama-lama sangat keluar sebab Aafy masih menyusu badan. Tapi takla risau sangat sebab Aafy sangat manja dengan Zyzool dan Zyzool pula pandai tidurkan Aafy. Hehehe berkat izin dari sang suami, Mira terus ke Bandar Baru Uda untuk cari tudung raya! Mira berdua bersama adik ke Uda Business Centre nak cari tudung Naelofar! Apalagi rambang la mata kami nampak tudung-tudung Naelofar yang terbaru semua masih ada stok! Plus lama sangat terperap kat rumah jadi excited lain machiam hahaha. Shopping di kala new normal ni sangat berbeza. Satu kedai tak leh penuh-penuh sangat. Pastu staf akan cek suhu badan kita sihat ke idok. Dan kena isi form kot-kot ada kes nanti senang mereka nak trace. Minta dijauhkanlah kan. Mask pon haruslah dipakai baru boleh masuk. Dan mereka juga menyediakan sanitizer buat pelanggan yang datang. Usha punya usha adik Mira terus grab 2 helai tudung Naelofar. Cantik sangat! Mira cuci mata jek! I dah lama tak pakai bawal. Tak reti dah hehe.

Kemudian kami ke Butik Calaqisya pula. Prosedur yang sama. Dapatla Mira 2 helai shawl. Pastu kiteorang jalan-jalan di sekitar Uda Business Center sebelum pulang. Balik tu Zyzool tanya.. “Beli apa je tadi?” Beli tudung je sayang..” Haa sikit je! Hahaha hint bagi kita keluar lagi la tu! Hehehe thank you sayang!!

PKPB

Berbuka Puasa bersama Keluarga!

Memandangkan dalam tempoh PKPB ni dah boleh bergerak dalam daerah. Jadi kami mengambil peluang berbuka puasa di rumah keluarga Zyzool. Sebelum tu sempat kami singgah ke Midvalley Southkey sebab nak beli baju Aafy! Baju dia semua ketat! Last beli masa dia sebulan. Now dah 4 bulan. Hehe. Jadi Mira seorang je keluar. Masih mematuhi prosedur yang sama. Cuma canggih sikitla isi form kat online je. Takyah la sentuh pen kan. Mothercare buat sale pulak tu. Jadi dapatla Aafy 5 pasang baju dan 3 helai seluar. Ayra dan Afya dapat seorang 2 helai baju sedondon. Tengah nak bayar tu Zyzool dah call Aafy dah buat bunyi-bunyi hehehe nak susu dah la tu. Hehe. Lepas bayar je terus ku berkejaran ke parking kereta. Hihi dan pulanglah kami berbuka puasa di rumah keluarga Zyzool. 

Ada sekali tu Mira keluar dengan adik Mira. Kemain la shopping kat Johor Bahru, tapi Mira gi letak kupon Melaka. Hahaha amik kau kena saman! Adeh apakah Mira oi! Tulah excited sangat dapat keluar sampai kupon apa pon tak cek dulu. Hehehe.

Pengalaman keluar ketika PKPB ini pasti akan diingati sampai bila-bila. First time shopping dalam keadaan new normal pastu kena saman lak tu sebab salah letak kupon. Hahaha. Tak pernah terpikir dik akal kan ini semua akan berlaku. Apapon marilah kita sama-sama berdoa semoga virus corona ini segera terhapus dari muka bumi ini. Dan kita semua boleh menjalani kehidupan kita yang normal seperti dahulu kala.

0 0 vote
Click a star to rate.
  • 8
    Shares
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments