Seharian di Singapura

Hari hujung minggu yang lalu kami sekeluarga sahaja jalan-jalan ke Singapura. Sebenarnya nak beli sabun badan anak-anak yang dah nak habis di sana, alang-alang cuci mata sekali. Hihihi. Kami pergi balik hari je. Sebelum ni Mira pernah share bagaimana ke Singapura dengan menaiki bas. Boleh tekan button di bawah ya!

Baca juga info ini:

Ok kali ni kami masih menaiki bas ke Singapura. Nanti Mira kongsikan pengalaman kami menaiki keretapi pula ke Singapura ya.

Ayra tak sabar nak jalan-jalan

Kami parking kereta kami di JB Sentral dan naik bas Causeway Link CW2 KE Queen Street.

gasaklah dengan stroller tengah-tengah ni hehe

Sesampai kami di sana kami terus ke Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah di beri rezeki merasai solat Jumaat di Singapura.

Di hadapan Masjid Sultan

Cuaca agak panas tapi seronok untuk bergambar sebab gambar automatik jadi cantik sebab lighting semulajadi memang terbaik.

Ayra & Afya berjalan di Singapura like a local. Hihihi

Selepas selesai membeli barang anak-anak, kami ke Cold Storage untuk cuci mata coklat Easter Egg. Pelbagai bentuk coklat telur ada di jual di sini

Sengih la dapat Kinder Suprise dia hihi

Pelbagai jenis coklat telur kan? Hihihi cuci mata pon dah best hehee..

Kemudian kami jalan sekitar mall dan Mira singgah cuci mata tengok barang Smiggle. Geramnyalah barang-barang comel nih. Nasib baik Ayra belum sekolah kalau tak gatal je tangan ummi nak beli hehehe.

Kemudian kami dimaklumkan  oleh seorang kenalan yang tinggal di Singapura melalui facebook untuk ke Marina Square kerana terdapat festival belon di situ. Maka kami terus ke Marina Square dengan menaiki MRT. Eh kalau nak lagi jimat boleh guna kad EZ-LINK bila menggunakan pengangkutan awam di Singapura. Mira pernah kongsikan sebelum ini. Boleh klik butang di bawah ya!

Baca juga info ini:

Kebetulan dalam perjalanan kami ke Marina Square terdapat kawasan lapang dan tempat duduk. Jadi kami singgah sebentar untuk menikmati juadah kami memandangkan perut pon dah lapar. Hihihi

Bawak bekal je uolss jimat! Hahaha duit tu boleh shopping wakakaka. Hehehe jemput makan. Alhamdulillah.

Lepas dah selamat makan & kenyang kami terus ke Marina Square. Dalam perjalanan ke Marina Square terjumpa dengan booth WWF (World Wildlife Fund). Ayra nak ambil gambar bersama maskotnya iaitu panda.

Kemudian kami terus ke Marina Square untuk melihat Festival Balloon.

Sangat kreatif!! Ayra & Afya memang sangat happy melihat pelbagai bentuk haiwan yang dibentuk menggunakan belon.

Cantik bukan? Hihi lepas tu kami terus balik naik bas ke JB. Jumlah langkah kami pada hari itu adalah 27534. Wah memang penat sangat! Tapi seronok!!! Kalau Mira nak test stamina sebelum bercuti ke luar negara memang akan ajak Zyzool ke Singapura. Korang rasailah sendiri kepenatan itewww. OK tata!

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments