• Reading time:1 min(s) read

PKPP: Boleh travel dalam negara!

Yeay dah boleh travel dalam negara la bermula 10 Jun 2020 ni!! Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Beliau telah membenarkan rakyat merentas negeri dan aktiviti pelancongan juga telah dibenarkan dalam PKPP.

“Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu setelah hampir tiga bulan tidak ke mana-mana.

“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup,” kata Perdana Menteri pada Ahad lalu.

Yang penting jaga jarak sosial. Pakai pelitup muka dan amalkan the new norm! Bagi kami MY Family Travel belum lagi merancang ke mana-mana. Memandang Aafy pon masih kecil dan virus ini belum sepenuhnya terhapus lagi. Jadi kami sekeluarga mengambil langkah berhati-hati dan kekal tenang di rumah kami.

Memang la agak ralat juga sebab kalau ikutkan perancangan tahun ni banyak juga tempat yang ingin kami travel dan lawati. Tapi kita hanya merancang. Takpelah bukan lari gunung di kejar kan? hehehe. Buat anda semua yang bakal bercuti dalam negara ini hati-hati ok gais and happy travel!

0 0 vote
Click a star to rate.
  • 4
    Shares
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments