Kejutan Hari Jadi Zyzool

Sebenarnya Mira jarang buat kejutan untuk Zyzool. Cop jarang ke tak pernah? Hahaha tu kena tanya Zyzool sendiri. Tapi Zyzool selalu buat kejutan untuk Mira. Jadi apa kata tahun nih kita cabar diri sendiri cuba buat kejutan hari jadi khas buat lelaki yang terpenting & satu-satu lelaki buat masa ini dalam keluarga kami iaitu Zyzool. Hehehe

Kejutan Zyzool
Nape pulak gambar Zyzool nih. Hehehe sila baca lagi...

Ok so rancangla kami 3 beranak ni macamana nak beri kejutan istimewa buat Zyzool hihih. Afya angkuk-angkuk geleng-geleng je. Macam tahu jeee ekekek. Tapi Ayra la happy semacam. Ayra kalau kejutan-kejutan ni dia memang onzz je hehehe.

Kiteorang shopping raya kat bangi masa 6 Mei tu sebab johor kan cuti hehe. Jauh naw cik abe shopping baju melayu

Masalahnya tarikh hari jadi Zyzool iaitu 6 Mei 2019 cuti 1st Ramadhan. Jadi Mira terpaksa postponed buat kejutan pada 8 Mei 2019. Ceritanya, Mira nak buat kejutan masa mesyuarat di pejabat Zyzool. Hehehe jadi rare sikit la. Kejut-kejutan sendiri kat rumah dah besheee so Zyzool mesti tak sangka punya. Memandangkan bulan puasa macam tak sesuai pulak nak bagi kek. Jadi pikir punya pikir Mira decide nak order fancy cookies dengan Nary’s Kitchen. Memang every year Mira order dengan Nary’s ni. Walaupon mereka bertempat di Kuantan tapi penghantaran memang superb. Cantik kemas & tak comot. Yang penting sampai kat customer tak pecah!!!

Eeee geramnya rasa nak gigit-gigit tapi sayang hahaa. I minta Nary's tiru gambar atas tadi untuk dijadikan karikatur cookies hehe

Nak dijadikan cerita, ada la orang recommend Mira untuk try baker dari Kuala Lumpur ni. Memandangkan baker ni selalu buatkan untuk event besar seperti event-event artis & majlis kawin anak dato datin, Mira pikir why not kita cuba. Lagipon packaging dia cantik… dalam gambar. Hahaha. Tanya punya tanya alamak agak mahal. Dalam hati maybe mahal sebab ekslusif & mesti cantik gile kan. Memandangkan I ni bukanlah fussy customer, i ok kan je dengan harapan sampai-sampai nanti cun gile & seronok la nak bagi kat opismate Zyzool kan. Hahaha. Kegembiraan di kongsi bersama gitewww

Alahai hensemnya laki kita wakaka jangan muntah hijau. Haaa yang ni dari Nary's Kitchen

Jadi dengan Nary’s Kitchen, Mira order dan dengan Baker Retis nih pon Mira order. Wah banyak kau!! Demi suami tercinta gitewwww. Alhamdulillah cookies dari Nary’s Kitchen memang seperti yang dijangka! Cantik cun & karikatur muka Zyzool sangatla cantik & memuaskan. Alhamdulillah

Masa bukak kotak nih dengan harapan baik-baik sahaja huaaaa

Jadi sampai la pulak cookies dari Baker Retis nih. Haruslah excited gile kan? Bukak-bukak 1st kotak pecah. Aduh ok la maybe 1 je kot kan? Pastu dah takut nak tengok yang lain. Tapi haruslah kuatkan semangat nak bukak satu lagi kotak.. Tengok-tengok wuuuuu comot mashaa Allah. Kita pon wassup la baker nih dengan sopan santun gitu. Mati-mati dia salahkan courier yang postkan cookies nih. Adehhh pastu Mira terjumpa la ada satu cookies ni comot ya ampun dia gi padam je huruf pastu tulis balik. Like hello!! Tu dah kira defect la kan? Pastu dia cakap dia dah bagi yang terbaik. Katanya itu homemade dan nak dapatkan perfect tu mustahil. Hahaha i bukan nak perfect i nak yang terbaik. Nak bagi orang makan kan? Mestila nak bagi yang cantik-cantik. Dan kata baker retis nih lagi “ala sis bagi je kat orang mesti mereka appreciate juga sebab post kan”?? Huaaa i dengar rasa sedih sangat. Kita kalau nak bagi orang bagilah yang terbaik. I rasa malu tengok cookies tu. I masih mengekalkan sopan santun wanita melayu terakhir masa mesej minah baker nih. I doakan u murah rezeki la sis. Bukan rezeki Mira kat baker retis tu. Belum bagi kejutan kat Zyzool, Mira dulu yang terkejut!!!! Adeh

Moral of the story: Tak semestinya dia baker retis & mak datin, dia buat yang terbaik untuk orang marhain seperti i huaaaaaa sedih tarik selimut

Ok tak nak stress-stress Mira, ko kan nak buat kejutan istimewa buat laki kau. Bertabah la. Nasib cookies Nary’s cantik. Masalahnya tak cukup la pulak buat ofismate Zyzool. Apo nak buat nih weiiii. I bukak satu-satu cek cookies baker retis tu. Yang mana boleh selamatkan, i cuba selamatkan. Huaaa i bayar mahal-mahal untuk QC sendiri rupanya. Nasib la labu!

After QC, alhamdulillah jadi la macam ni

Jadi i susun supaya 1 cookies from Nary’s Kitachen & satu cookies dari baker retis yang mana I dapat selamatkan tu. Huhuhu alhamdulillah dapatla 20 box dari semuanya patutnya boleh dapat 3+ box. Huaaa yang buruk tu makan sendiri la gamaknya. Hahaha. Kalau jumpa i mok-mok salahkan cookies baker retis tu eh wakakaka. Tula orang kata nak menuju kejayaan ni penuh dengan dugaan & cabaran. Hahaha sedapkan hati!

Kotak atas untuk Zyzool, Kotak bawah untuk rakan pejabat beliau. Bawak dengan hati-hati ok.

Jadi dengan pertolongan rakan sekerja Zyzool kami pon memulakan agenda misi kami memberi kejutan hari jadi buat Zyzool. Mira hantarkan senyap-senyap ke office Zyzool, selebihnya tugas rakan sekerja Zyzool untuk terkejutkan Zyzool dalam akhir meeting nanti. Thank you so much!!!

Tengah menanti dari jauh apa yang terjadi dalam meeting Zyzool tu, tetiba dapat mesej dari Zyzool “comella sayang ni”. Hahaha I pura-pura buat tak tahu lagi nih.. i just jawap “Napeeee” pastu senyap membisu.. Aduh nervous ko. Rupa-rupanya yang senyap membisu tu dia tengah bagi ucapan dalam meeting tu. Yang penting misi kita berjaya!! Zyzool tak sangka kejutan tu sampai ke office dia. Hahaha tak pernah di buat Mira oiii. Ok nih 1st & last la ye sayang.

Senyum sorang-sorang I tengok video nih. Hehehe yeay berjaya!!

Terima kasih semua yang menjayakan Kejutan Hari Jadi Zyzool ❤️

I doakan yang baik-baik untuk u.

Berjaya dunia akhirat,
Sayangkan anak bini,
Manjakan anak bini,
Dimurahkan rezeki,
Jadi boleh lebihkan nafkah bini,
Seterusnya naikkan kredit limit kad shopping!

Hahahahaa pengsan terus Zyzool. I gurau je sayang.. tapi kalaula dapat betul, u lah The Best Suami Ever!! Ok-ok gurau lagi 😝

Buat Zyzool,

Terima kasih sayang. Sayanglah yang terbaik tuhan anugerahkan pada i untuk memimpin keluarga kita. Semoga kita sekeluarga terus berbahagia hingga ke syurga. U doakan la i hari-hari bulan puasa bulan yang mulia ni, semoga i sentiasa sihat & dapat jadi yang terbaik buat u. Tapi nampaknya doa u dah termakbulkan? Sebab tu tetibe je i terdetik nak terbuat kejutan istimewa nih untuk u.. hahaha ok luv u!

Akhir kata,

Hidup Zyzool!!!

 

Dimatamu ada aku... Tapi bukan di cookies eh?
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments