Hari Keempat Bercuti di Hong Kong

  • Post author:
  • Reading time:12 mins read
  • Post published:10 April 2016
  • Post comments:3 Comments

Kelemauan Melampau

Cuaca pagi yang redup dan mendung harini membuatkan otot-otot di kaki meminta untuk ditambah masa melekat di katil bagi menghilangkan asid-asid laktik yang terkumpul dengan membuat respirasi aerobik. Katil di tempat baru ni juga seakan di letakkan magnet yang berlawanan medan magnetnye agar dapat menarik kami untuk terus berada di situ menikmati kelembutan katil dan suasana pagi2 yang indahsekitar bandar Hong Kong di tingkat 12. 

Kesan pendakian setinggi 428 m dari paras laut di The Peak hari semalam juga mungkin menyumbang sedikit sebanyak akan kelemauan kami harini ditambah dengan perjalanan naik dan turun bukit2 sekitar Hong Kong Island yang mencabar emosi, fizikal dan spiritual.

Tung Chung Station

Kami memulakan perjalanan menuju ke Ngong Ping 360 Village di Lantau Island selepas menunaikan solat fardhu dalam lingkungan 12.50 pm. Biasa kalau ada anak kecil ni si ummi/ibu/mak/bonda perlu hias2kan anak tu dulu, sang ayah/abah/abi/bapak lak kena la masakkan makanan dan persiapan lain tu kan.. Macam Adam.., Stacy.. bergabung, MELETOP.. Perjalanan dari Yau Ma Tei Station menuju ke Tung Chung Station menelan kos Octopus Card kami sebanyak 16.50HKD seorang untuk sehala. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit – 1 jam. Dari Yau Ma Tei kami menaiki MTR line merah menuju ke Tsuen Wan. Tiba di Lai King, kami menukar train menuju ke Tung Chung Station di line Oren.

Sampai-sampai Tung Chung Station terus jumpa Citygate Outlet

Tiket Ngong Ping 360

Tiba di Tung Chung Station, kami keluar di Exit C dan terus nampak Citygate Outlet. Ambil gambar skit depan tu trus menuju ke kaunter penjualan tiket Ngong Ping 360 Skyrail. Harga tiket pergi dan balik serta pakej2 lain boleh rujuk pada gambar ye.. Kami ambil tiket pergi balik bagi Crystal Cabin dengan harga 255HKD seorang dan kanak2 bawah 3 tahun percuma.

Senarai pakej yang ada
Item-item yang dapat bila beli tiket tu.. dia ada bagi tiket dalam bentuk gelang untuk dipakai sepanjang di atas nanti

Crystal Cabin

Masa kita masuk je ke dalam cabin tu, akan ada staf mereka ambil gambar kita dan gambar kita tu tadi boleh dibeli dengan harga bermula 198HKD masa tiba di atas nanti. Perjalanan dari bawah menuju ke Ngong Ping 360 Village mengambil masa lingkungan 36.0 minit.. Lebih kurang la tu ye.. Dah kat dalam tu nanti sibuk tengok permandangan indah di sekitar dan boleh juga nampak Lapangan Terbang Hong Kong di tambah selpie di setiap sudut gondola tu memang tau2 je dah sampai.. Sebab tu la rasa masa kat Hong Kong ni macam cepat je berlalu tau2 eh dah malam.. Banyak benda baru masuk ke dalam sel-sel otak dan mereka saling berhubung untuk membentuk rantaian hubungan dalam memori jangka panjang kot..

Crystal Cabin ke Ngong Ping 360
Kebal ayah dan ummi Ayra ni..
Ada tempat simpan beg juga di Ngong Ping 360 ni ye

Gambar Kenangan

Sampai je kat atas, takkan puncak dia kat bawah plak kan.. Trus ada staf dia tunjukkan pada kita gambar yang diambil masa kat bawah tadi. Bab ni memang kena kuat iman dan cekal. Bukan selalu kan katanya nak ke situ.. Demi anak juga..
Kalau beli gambar atau cenderamata di situ dengan jumlah tertentu, mereka akan berikan pakej mengambil gambar studio percuma di HK Love iaitu di penghujung kedai2 Ngong Ping 360 Village ni.

Mau seminggu nak abiskan pop corn ni
Kaunter beli gambar kenangan dalam gondola bila dah di atas

Makanan Halal

Ada satu restoran halal kat atas ni iaitu Ebeneezer’s Kebabs & Pizzeria. Makanan dia memang terasa sedap yang diadun dengan rempah2 dari timur tengah memang terbaik.. Kena plak Lamb Briyani with Salad, memang boleh terlupa pasangan kat sebelah jap dibuatnya. Harga rujuk di gambar ye.

Kami bersiar2 di sekitarnya sambil selpie, tengok2 kedai yang ada, tengok strategi perniagaan mereka hingga lingkungan 5.30 pm sebelum kami turun semula menuju ke Citygate Outlet. Tempat ni dibuka dari 10.00 am hingga 6.00 pm hari biasa dan 9.00 am hingga 6.30 pm bagi hujung minggu dan hari cuti am.

Depan Ebeneezer’s
Wefie dulu sebelum makan
Antara menu-menu kat Ebeneezer’s Restaurant

Citygate Outlet

Sampai di bawah kami berjalan sekitar Citygate Outlet kiranya mcm JPO kalau kat JB. Bezanya cuma mereka berada di dalam plaza yang bertingkat2 mcm City Square kat JB. Ada kawasan tertutup/tersembunyi kat Citygate Outlet ni iaitu di 10th Avenue di tingkat 10. Ada lif eksklusif memang untuk ke 10th Avenue dan hanya ada 1 butang je kat lif ni iaitu butang 10. Dapat la juga si dia menyopping beg cer teka kat atas tu..

Lift ke 10th Avenue di Tingkat 10 Citygate Outlet
Tengok iPhone SE jap kat Citygate Outlet.. Masa ni belum keluar lagi kat Malaysia

SaveSave

Temple Street & Ladies Market

Puas meronda untuk memastikan kami jalan untuk capai target, kami bergerak menuju ke Yau Ma Tei Station untuk letakkan barang2 dan bercadang ke Temple Street Market dan Ladies Market. Temple Street Market ada di sepanjang laluan ke hotel kami. Untuk ke Ladies Market perlu ke Mongkok Station dan keluar di Exit D3. Ladies Market ni berada di Tung Choi Street lepas keluar dari Exit D3 tu. Kalau di tanya kat sini dan mereka letak sesuatu amaun, cuba letak harga serendah mungkin contoh bila tanya keychain sepapan mungkin mereka letak harga 130HKD, cuba je letak harga 30-40HKD.. Dapat2la kan kalau tak dapat mungkin untung2 boleh dapat harga sekitar 50-60HKD sepapan.. Kalau tak dapat dan rasa harga yang ditawarkan tak berbaloi, beredarla secepat mungkin menggunakan kuasa yaya setelah Ochobot di ‘upgrade’..

Hari berikutnya kami bercadang berjalan, melihat dan mentafsir market2, POI yang tiada tiket masuk dll.

harini kami berjalan 15,072 langkah dengan anggaran jarak +-7.95 km. Cuaca “berarak mendung… awan yang kelabu”.. mengekori langkahkudiikuti hujan yang turun bagaikan mutiara, berkilau, bersinar berkerdipan.. .. Suhu antara 19-24 darjah Celsius.

Jumpa lagi dalam post seterusnya, In shaa Allah.

Baca lagi info di sini:
5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ida

Bila nk sambung day 5? Hehe

IDA

Hehe baiklah. setia menunggu hahhahhaa