Ayra dah nyenyak tidur. So ummi boleh menaip. Hehe. Entry hari ni Mira nak share pasal babywearing. Ramai yang tanya Mira pasal baby carrier, so apa kata Mira kongsikan je kat sini. Dari pengalaman salah beli (hampir!) sampailah jumpa carrier yang betul-betul selesa untuk Ayra dan untuk kami.

Cuci mata baby carrier sebelum Ayra lahir
Sebenarnya sebelum Ayra lahir lagi Mira dah google pasal baby carrier ni. Saje cuci mata dulu. Memang berkenan sangat dengan Boba carrier. Tapi tunggu baby keluar dulu la, boleh test drive. Hik hik.
Bila Ayra dah 3 bulan, Mira dan Zyzool rasa memang perlu cari baby carrier untuk Ayra. Masa tu kami ada di KLCC, so terus gerak ke kedai baby dalam tu.
Test drive carrier RM700 di KLCC, Ayra menangis
Ayra try satu carrier ni. Harga dia sekitar RM700 lebih. Fikiran Mira masa tu, kalau mahal mesti bagus. (Ish ish ish, tak bagus fikiran macam tu kan!)
So Mira suruh Zyzool try dulu dan letak Ayra dalam tu. Ayra nampak tak selesa dan menangis. Nak pasang pun payah. Mira ingat Zyzool tak pandai kot, so Mira pula cuba. Memang leceh! Ada buckle kat bahu, bawah lengan, pinggang dan macam-macam lagi. Tapi Mira positif lagi. Masukkan Ayra dalam tu, menangis juga.
Oh, Ayra lapar kot. Susukan dulu. (Positif lagi!) Lepas menyusu, Ayra terlelap, so kami cuci mata barang lain pula. Bila Ayra bangun, kami test sekali lagi. Kali ni facing forward pula, Zyzool yang pakai. Ayra senyum. Tapi kaki dan celah kangkang Ayra macam tak selesa je. Lepas tu tiba-tiba menangis.

So reject! Zyzool kata Ayra belum sesuai kot pakai baby carrier, nanti dah besar sikit baru beli. Mira angguk je la.
Beza crotch carrier dan soft structured carrier (SSC)
Balik rumah, Mira google lagi. Rupanya ada beza crotch carrier dengan soft structured carrier (SSC). Yang Mira cuba di KLCC tu rupanya crotch carrier. Patutlah Ayra menangis tak selesa!
Crotch carrier ni tahan baby di celah kangkang, macam tergantung. SSC pula buat baby seakan duduk, so baby relaks dan tak penat. Ramai ibu bapa pakai jenis crotch ni. Baby mana boleh cakap selesa ke tak kan.


Kaki baby yang tergantung lama boleh beri tekanan pada pinggul yang masih membesar. Ada bayi yang alami hip dysplasia, iaitu masalah perkembangan sendi pinggul. Bahaya rupanya! Tapi carrier jenis ni banyak je dijual di pasar raya besar.
Yang penting, bila guna baby carrier, pastikan lutut anak lebih tinggi atau sama paras dengan punggung. Bentuk kaki macam huruf M.
Kemas kini 2026: Tahun 2014 Mira tulis “BIG NO” untuk posisi menghadap depan. Panduan sekarang lebih jelas. International Hip Dysplasia Institute (IHDI) cadangkan posisi M (lutut lebih tinggi dari punggung, peha disokong) dan menghadap ibu bapa untuk 6 bulan pertama. Menghadap depan tak semestinya bahaya, tapi menghadap ibu bapa diakui paling sihat untuk pinggul. Kalau carrier korang ada posisi menghadap depan, guna sekejap-sekejap je untuk baby yang dah lebih besar, dan pastikan kaki masih dalam posisi M. Kalau risau, tanya doktor anak ya.
Akhirnya pilih Boba 4G
Antara SSC yang ada di Malaysia masa tu ialah Ergobaby, Boba, Snuggybaby dan Jumpsac. Tanpa fikir panjang, Mira terus order Boba 4G secara online. Selamba je beli. Akhirnya sampai!
Mira pilih corak glacier. Mesti Zyzool pun nak pakai nanti, so Mira pilih corak yang sesuai untuk dia juga. Kita yang perempuan ni, corak apa pun sesuai. Hehe.


Siap ada sleeping hood lagi, so tak la silau masa Ayra nak tidur. Baby selesa, si pemakai lagi la selesa. Boleh pakai sendiri, tak payah orang tolong. Tak complicated langsung!


Harga Boba dan pesanan pasal fake carrier
Ramai yang PM tanya harga. Mira beli RM376.20 pada tahun 2014. Memang mahal juga. Tapi kalau berbaloi, apa salahnya. Untuk yang tersayang juga.
Tapi please ya korang. Sebab nak pakai yang branded, janganlah beli fake baby carrier. Ada yang jual fake Ergo. Kita tak tahu buckle dia kuat ke tak, jahitan kuat ke tak. Dah ada kes buckle fake carrier tiba-tiba terbuka, nasib baik si ibu sempat sambut anaknya. Info ni Mira dapat dari group Malaysian Babywearers.
Beli baby carrier tak sama dengan beli beg fake ya sayang-sayangku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Babywearing bila travel
Lepas dah jumpa carrier yang sesuai, baby carrier memang jadi barang wajib setiap kali kami travel. Lebih-lebih lagi tempat yang banyak tangga dan tak mesra stroller. Bila Afya lahir, giliran Afya pula naik carrier.




Tips babywearing: baby selesa dalam carrier
Oh lupa! Tips supaya baby selesa dalam baby carrier: pastikan baby dah kenyang dan lampin dah tukar. Confirm sekejap je mesti tertidur. Seronok baby peluk kita.
Ringkasan tips babywearing:
- Pilih SSC atau carrier yang sokong posisi M, bukan crotch carrier.
- Lutut baby lebih tinggi atau sama paras dengan punggung.
- Menghadap ibu bapa untuk 6 bulan pertama.
- Jangan beli carrier fake, buckle dan jahitan mesti kuat.
- Bagi susu dan tukar lampin dulu sebelum pakai.
Happy babywearing! 🤍
#ZyzoolMiraTravel #Babywearing #MYFamilyTravel





Pingback: Baby Carrier for Travel - Zyzool Mira Travel