Butik KACAX – Destinasi Wajib Untuk Baju Raya 2025! 🎉

Sebelum puasa hari tu, Mira dan Zyzool sempat singgah ke Butik KACAX. Ingatkan awal lagi nak shopping raya, rupanya ramai juga yang dah start membeli barang raya! Memang meriah betul suasana dalam butik, masing-masing sibuk pilih baju raya. Ada yang datang dengan keluarga, ada yang datang dengan kawan-kawan. Memang seronok tengok semua orang excited nak sambut raya dengan bergaya! Hehehe

Masuk je butik, terus rambang mata! Banyak sangat pilihan baju raya lelaki yang smart dan eksklusif. Zyzool dah aim nak try Baju Melayu Teluk Belanga, siap dengan sampin limited edition dari KACAX—yang ni memang hanya ada di sini tau! Paling best, samping ni ada set sedondon untuk anak. Fuhh, confirm satu family boleh matching di pagi raya nanti!

Warna Baru 2025 – Olympic Gold

Tahun ni KACAX keluarkan warna baru, Olympic Gold yang memang nampak eksklusif habis! Zyzool sempat juga cuba warna hitam. Dua-dua lawa, jadi makin susah nak pilih! 😂 Olympic Gold nampak bold dan premium, sesuai untuk yang suka standout di pagi raya. Manakala warna hitam pula memang klasik dan elegan, sesuai untuk yang nak nampak segak dan kemas.

Selain Baju Melayu Teluk Belanga, kurta raya lelaki pun banyak pilihan! Ada yang potongan moden, ada juga yang lebih tradisional. Potongan kemas, material pun selesa. Mira yang tengok pun rasa berkenan sebab semua nampak smart. Memang puas hati kalau beli kat sini sebab materialnya berkualiti tinggi dan sangat selesa dipakai sepanjang hari.

Mira perasan, ramai juga pelanggan yang datang ke butik ni repeat setiap tahun. Bila sembang-sembang dengan staf butik, dorang kata memang ramai pelanggan setia yang suka dengan kualiti dan design KACAX. Ada yang beli untuk satu family, siap matching dengan anak-anak. Ada juga yang belikan untuk ayah dan adik-beradik lelaki. Senang cerita, kalau korang nak cari baju raya yang berkualiti, selesa, dan nampak eksklusif, memang Butik KACAX pilihan terbaik.

Kalau korang jenis suka beli awal, memang berbaloi datang sebelum raya sebab boleh dapat saiz dan warna yang korang nak. Kalau tunggu last minute, takut nanti saiz dah habis atau warna yang berkenan dah sold out!

📍 Lokasi Butik & Booth Promo KACAX

Nak shopping baju raya kat mana? Jangan risau, Butik KACAX ada banyak lokasi untuk korang singgah! Tak sempat ke butik utama? Boleh je ke booth promo KACAX di beberapa lokasi strategik:

✅ Butik KACAX
📌 Level 3, Angsana JB Mall
📌 Jalan Padi Emas, Uda Business Centre (UBC)

✅ Booth Promo KACAX

📌 Angsana Mall
E2/54 & E2/55
E2/1 & E2/2
P3/9 & P3/10

📌 B5 Street Market
GA3 & GA4

📌 @mart Kempas
B05 & B06

Jadi kalau malas nak masuk butik, boleh je terus ke booth yang terdekat! Banyak pilihan, tak perlu risau.

🎁 Beli Baju, Menang Motor! 🏍️

Lagi satu yang best, beli minimum RM50 di Butik KACAX dan boleh join Scan & Menang! Hadiah utama? Motor Yamaha RXZ! Gila best, beli baju raya pastu ada peluang menang motor pulak! Mana tahu rezeki korang tahun ni kan? Selain motor, ada juga hadiah-hadiah menarik lain menanti.

Caranya mudah je:
✔️ Belanja minimum RM50 di butik atau booth KACAX
✔️ Scan QR code & daftar penyertaan
✔️ Tunggu pengumuman pemenang!

Kalau korang selalu join contest, yang ni wajib join sebab senang sangat! Mana tahu rezeki raya kali ni dapat baju raya baru dan menang motor sekali! 😍

🎊 Jom KACAX-kan Raya 2025!

Kalau korang nak suami atau anak-anak nampak extra kacak raya tahun ni, memang wajib datang Butik KACAX. Jangan tunggu last minute, nanti saiz atau warna yang korang nak habis! Bukan je boleh dapat baju raya berkualiti tinggi, tapi korang juga boleh menang hadiah best.

📢 Jom KACAX-kan raya kita tahun ni! 🎉

🔖 #KACAX #ButikKACAX #Raya2025 #BajuRaya2025 #OOTDRaya #BajuMelayuTelukBelanga #KurtaRayaLelaki

5 1 vote
Click a star to rate.
>
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments