Layan anak-anak tengok bola kat stadium JDT! Pada 21 Ogos 2026, kami sekeluarga ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri untuk menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2026/27 antara JDT menentang Kuching City.
Thank you Pejabat Menteri Besar Johor & Pejabat NC UTM untuk ticket ke perlawanan ni. Bukan selalu dapat bawa anak-anak tengok bola secara live, jadi memang excited semua orang malam tu.
Suasana dalam Stadium Sultan Ibrahim
Masuk je dalam stadium, terus nampak bumbung dengan lampu biru merah warna JDT. Kerusi pun biru semua, memang rasa macam masuk rumah Harimau Selatan. Anak-anak sibuk tengok skrin besar dan sorakan penyokong dari setiap sudut.
JDT juara, menang 3-0!
Perlawanan tamat dengan JDT menang 3-0 ke atas Kuching City. Lepas wisel penamat, padang terus meriah dengan confetti dan majlis penyampaian piala. Kami duduk sampai habis sebab anak-anak tak nak balik selagi tak tengok pemain angkat piala hehehe.
Yang paling enjoy… popcorn JDT! 🍿
Jujurnya yang paling enjoy malam tu dapat makan popcorn JDT 💙❤️ hehehe. Bekas popcorn pun warna JDT, comel je anak-anak pegang sambil tengok bola.
Tips bawa anak tengok bola di stadium
- Sampai awal. Senang cari parking, beratur masuk dan cari tempat duduk sebelum ramai.
- Semak senarai barang larangan. Senarai ni ada dalam e-tiket, jadi baca dulu sebelum keluar rumah.
- Pakai jersi JDT. Anak-anak lagi seronok bila rasa macam sebahagian dari penyokong.
- Pegang anak masa nak keluar. Lepas perlawanan memang ramai orang serentak keluar stadium.
Alhamdulillah, malam yang sangat best untuk kami sekeluarga. Siapa lagi pernah bawa anak tengok JDT kat stadium? Share pengalaman korang kat ruangan komen ya!
📸 Gambar penuh ada di Instagram kami: @zyzoolmiratravel







.jpg)