📢 Kemaskini November 2026: Tokyo One Piece Tower dah DITUTUP
Tokyo One Piece Tower di Tokyo Tower telah ditutup secara kekal pada 31 Julai 2020 akibat kesan pandemik COVID-19. Posting ini kami kekalkan sebagai kenangan lawatan kami pada 2018. Kalau korang peminat One Piece, Tokyo Tower masih boleh dilawati dan ada kedai cenderamata rasmi One Piece di serata Tokyo, tapi semak dulu lokasi terkini sebelum pergi ya.
Kami berkesempatan melawati Tokyo One Piece sewaktu kunjungan kami ke Tokyo Jepun yang lalu. Tempat ini awal-awal lagi Zyzool dah maklum pada Mira untuk masukkan dalam itinerari kami kerana Zyzool adalah peminat anime One Piece. Hehehe Mira ingat lagi dulu time study, kalau ada waktu terluang mesti Zyzool layan anime nih.. Hurmmm so apa lagi moh ler kita ke Tokyo One Piece Tower!!

Taman Tema One Piece ini terletak di Tokyo Tower. So tak sah kalau tak gi One Piece jika anda ke Tokyo Tower dan merupakan pencinta anime One Piece!!

Taman tema indoor ini meliputi 3 tingkat. Terdapat pelbagai tarikan di sini. Masuk di tingkat 3 dan permainan adalah di tingkat 4 & 5. Ayra & Zyzool puas menerokai taman tema indoor ini.
Permainan Wajib di Tokyo One Piece Tower
Permainan yang wajib anda main di sini adalah :
- Luffy’s Endless Adventure
- Franky’s Ball Run
- Robin’s Finding Ponegliff
- Nami’s Casino House
- Usopp’s Road to Sogeking
- Zoro’s Soul of Edge
- Brook’s Horror House
- Chopper’s Thousand Sunny Tours


Setiap permainan ini ada cop yang boleh anda cop & kumpul di dalam buku Tongari Island Passport. Total cop yang anda perlu kumpul adalah 12 cop. Anda boleh menuntut hadiah di tingkat 1 iaitu di One Piece Mugiwara Store!
Tengok tu muka orang tu happy masuk taman tema anime kesukaan dia hihihi.
Kami satu keluarga juga sangat teruja!! Banyak karektar yang baru Mira kenal. Hahaha selama nih kenal hero dia je, Luffy!


Tiket Masuk One Piece Tower
Ouh ya tiket masuk ke Taman Tema One Piece ini termasuk Tokyo Tower adalah 2900 yen bagi dewasa manakala 900 yen bagi kanak-kanak 4 tahun hingga 6 tahun.



Untuk info lebih lanjut boleh layari laman web rasmi di butang di bawah ini




