1Sarapan Pagi
Hari Kelima Hong Kong ni kami fokus cari market untuk cuci mata dan “cuci duit” di Toys Street, Electronics Street, Garden of Stars dan Sneakers Street. Naik turun tangga, keluar masuk train, menuju ke jalan yang benarrr! Hehe
SARAPAN HALAL. Sebelum ke stesen, kami singgah di sebuah restoran halal di sebelah kiri bila keluar dari stesen Yau Ma Tei Exit C. Kami order Chicken Kebab 12 inci dengan harga HKD55, saiznya lebih kurang macam yang dijual di Malaysia. Kena dengan selera kami orang JDT yang suka makanan berperisa, walaupun pedasnya cuma pada sos cili. Untuk Ayra, kami belikan Vegetarian Samosa dengan harga HKD8. Saiz agak besar. Puas makan dan berbaloi! (Harga tahun 2016)



2Toys Street (Tai Yuen Street)
Kami mulakan dengan berjalan di Toys Street atau nama sebenarnya Tai Yuen Street, berhampiran stesen MTR Wan Chai.


CARA KE SANA: Dari Yau Ma Tei, naik train ke arah Central dan tukar di Admiralty. Dari Admiralty, naik Island Line (biru) ke arah Chai Wan. Wan Chai cuma satu stesen je dari Admiralty. Di Wan Chai, keluar ikut Exit A3 ke Johnston Road. Keluar je, lintas di lampu isyarat dan belok kanan. Jalan lebih kurang 30 meter, Tai Yuen Street ada di sebelah kiri.
Ada lebih kurang 10 kedai di kiri kanan jalan yang jual pelbagai mainan pada harga borong. Harga antara kedai tak jauh beza, dan bila dah jumpa kedai paling murah, nak minta kurang HKD1 pun tak dapat! Peminat figurine popular, dron dan mainan nostalgia, memang boleh jumpa kat sini. Kereta Tamiya Dash pun masih ada!
Kalau tak sempat beli cenderamata di Peak Market, di sini ada cawangan Elegant Tang Dynasty dengan harga hampir sama.




3Electronics Street (Apliu Street)
Seterusnya kami ke stesen Sham Shui Po di Tsuen Wan Line (merah). Nak cari pakaian, keluar Exit B. Nak cari barang elektronik, keluar Exit C atau Exit A2 ke Apliu Street.
Sepanjang jalan ni penuh dengan kedai dan gerai elektronik. Harga di gerai lebih rendah berbanding kedai dan senang ditawar, tapi kebanyakannya TUNAI SAHAJA. Dron, telefon pintar, monopod, tripod dan kamera banyak dijual di tepi jalan. Memang rambang mata kalau minat gajet! Rasa macam nak borong buat stok hadiah, tapi berat beg tak mengizinkan, poket pun sama. Banyak barang boleh dapat dengan harga separuh berbanding di Malaysia. Sabar Zyzool, sabar. Dunia semua ni, dunia! Hehe
TIPS: Untuk barang elektronik, pastikan semak jenis palam, voltan dan sama ada waranti boleh digunakan di Malaysia sebelum beli.





4Argyle Centre
Kami terus ke Argyle Centre di Argyle Street melalui Exit D stesen Mong Kok. Tempat ni antara yang disyorkan dalam video Jom Hong Kong. Di sini pun boleh tawar-menawar, guna teknik yang kami kongsi dalam post sebelum ni.




5Garden of Stars dan Avenue of Stars
Kami terus berkejar ke Avenue of Stars, tapi sayang, masa tu tempat ni sedang diubah suai. Sebagai ganti, ada Garden of Stars di sebelah kiri Star Ferry Pier, tempat kami tengok persembahan A Symphony of Lights tepat jam 8.00 malam. Angin sejuk dari bukit di Hong Kong Island buat perut mula berbunyi minta diisi.
Kemas kini 2026: Avenue of Stars dah dibuka semula pada 31 Januari 2019 selepas diubah suai. Sekarang ada lebih banyak tempat duduk berbumbung, tumbuhan hijau dan patung Bruce Lee yang terkenal. Masuk percuma dan dibuka 24 jam. A Symphony of Lights masih bermula jam 8.00 malam setiap hari selama lebih kurang 10 minit. Datang 30 minit awal untuk dapat tempat yang selesa.



6Makan Malam di Chungking Mansion
Untuk makan malam, kami ke Chungking Mansion melalui Exit D atau E stesen Tsim Sha Tsui dan makan di Restoran Syed Bukhara yang jual makanan Malaysia.
CARA KE RESTORAN: Masuk Chungking Mansion, jalan terus ke tangga tengah sampai jumpa simpang empat dengan Western Union di sebelah kiri. Belok kanan sampai hujung, kemudian belok kiri. Restoran ni ada di sebelah kanan, kebanyakannya berwarna kuning.
Makanan di sini memang kena dengan selera kita. Ada Nasi Beriani Ayam, Nasi Lemak, Roti Canai, air oren dan Milo. Harga antara yang murah dan puas makan. Restoran di Chungking Mansion selalu bertukar, jadi semak dulu ulasan terkini sebelum pergi ya.





7Sneakers Street
Lepas perut kenyang, kami terus ke Sneakers Street untuk bakar lemak tepu yang baru masuk tadi. Sedapkan hati! Sneakers Street terletak di Fa Yuen Street, bersebelahan Ladies Market dekat stesen Mong Kok. Penuh dengan kedai kasut jenama terkenal dan tempatan, termasuk banyak edisi khas.



8Kesimpulan
9Ringkasan Tips Hari Kelima Hong Kong
- TOYS STREET (TAI YUEN STREET): Stesen Wan Chai Exit A3. Mainan harga borong.
- APLIU STREET: Stesen Sham Shui Po Exit C atau A2. Bawa tunai dan tawar harga.
- AVENUE OF STARS: Dah dibuka semula. Tengok A Symphony of Lights jam 8.00 malam.
- SNEAKERS STREET (FA YUEN STREET): Dekat stesen Mong Kok dan Ladies Market.
Hari ni kami berjalan sejauh 18,607 langkah, lebih kurang 10.26km. Cuaca mendung dengan hujan sekejap-sekejap, suhu antara 18 hingga 24 darjah Celsius. Dah macam pembaca berita cuaca pula! Boleh la tanya orang sebelah, “Apa beza cuaca ni dengan awak?” Cuaca sentiasa berubah, tapi kasih sayang saya pada awak tetap tak berubah. Chiaaa! Hehe
Esok kami ke Ocean Park dan market sekitar. Jumpa lagi dalam post seterusnya, InsyaAllah. Ada soalan? Tinggalkan komen di bawah ya!






