Travel Menaiki Keretapi dari JB ke Kluang

📢 Kemaskini November 2026

  • Landasan berkembar elektrik Gemas ke Johor Bahru dah siap. Sejak 12 Disember 2025, ETS berhenti di Kluang dalam perjalanan antara JB Sentral dan KL Sentral, dan ada juga perkhidmatan ETS JB Sentral ke Gemas.
  • Jadual dan harga dalam posting ini dari tahun 2022. Beli tiket dan semak jadual terkini melalui app KITS Style atau laman rasmi KTMB.

Assalamualaikum semua! Cuti Tahun Baru Cina 2022 haritu kami memang tak plan nak pergi mana-mana pun. Tapi anak-anak asyik tanya, “Bila nak naik keretapi lagi?”

Jadi pada hari Rabu tu, kami 5 beranak terus decide buat day trip dari JB ke Kluang menaiki keretapi. Pergi pagi, balik malam. Jom Mira kongsi itinerari, kos dan tips untuk korang yang nak cuba!

LaluanKempas Baru ke KluangKTM Intercity, sekitar 1 jam 30 minit sehala
Jenis tripDay trip sekeluarga2 dewasa dan 3 anak
Tiket pergi balikDewasa RM26Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) RM22
Bawah 4 tahunPercumaDuduk atas riba mak atau ayah
Anak-anak bergambar di sebelah keretapi KTM di Stesen Kempas BaruKeluarga Zyzool Mira dalam gerabak keretapi KTM ke Kluang
Kiri: Siap sedia di Stesen Kempas Baru. Kanan: Dalam gerabak menuju ke Kluang.

Tiket keretapi Kempas Baru ke Kluang

Sebelum ni kami pernah naik keretapi dari Stesen Kulai untuk trip ke Bangkok dan Kelantan. Kali ni kami naik dari Stesen Kempas Baru pula sebab lagi dekat dengan rumah. Tiket kami beli online di laman KTMB Online.

Iklan

Kereta kami parking di kawasan Stesen Kempas Baru. Parking di sini percuma, tapi park on your own risk ya. Jadi bawa kereta kecil jelah ke sini. Hihi.

💡 Tips beli tiket

  • Pilih keretapi awal pagi kalau korang nak breakfast di Kluang Rail Coffee.
  • Elakkan seat nombor 15 kalau nak window seat. Kadang-kadang seat ni tak ada tingkap. Hehehe.
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma dan duduk atas riba. Kalau ada seat kosong, itu rezeki namanya!

Itinerari day trip JB ke Kluang

  • 🚆
    7:26 pagiBertolak dari Stesen Kempas Baru
  • 📍
    8:56 pagiTiba di Stesen Kluang
  • ☕
    PagiSarapan di Kluang Rail Coffee
  • 🎨
    PagiLaman Kreatif Kluang dan NINSO
  • 🍛
    Tengah hariMakan tengah hari di Restoran Bawah Kolong
  • 🐐
    4:00 petangUK Farm Agro Resort
  • 🏠
    MalamKeretapi pulang ke JB

7:26 pagi: Bertolak dari Stesen Kempas Baru

Seawal 6 pagi kami dah mula bersiap. Tapi bayangkanlah, dah namanya 5 beranak. Bangun sejam awal pun dah kira lambat okey! Hahaha. Kalau travel solo, chup chup chup terus siap. Bila ada anak, kena kejut dulu, tunggu dia sedar dari mamai, dan tiba-tiba ada pula yang buat “kuih” dalam pampers. Wakakaka. Kena tingkatkan kesabaran tahap max!

Mira memang agak nervous kalau ambil tiket awal pagi ni. Tapi kena juga sebab nak breakfast di Kluang Rail Coffee. Alhamdulillah, 6:50 pagi kami dah gerak dari rumah dan sampai di Stesen Kempas Baru jam 7:15 pagi.

Sampai je, keretapi dah sedia menunggu kami. Eceh! Ambil gambar sikit, terus naik.

Budak-budak memang tak pernah tak seronok naik keretapi. Excited betul semua! Aafy pula first time naik keretapi. Asyik tengok pemandangan di luar tingkap sampai tertidur.

Aafy tertidur di riba kakaknya dalam keretapiWefie keluarga di platform stesen keretapi
Kiri: Aafy dah lena dibuai keretapi. Kanan: Wefie wajib sebelum naik!

8:56 pagi: Tiba di Stesen Kluang

Bila tiba di Stesen Kluang, korang kena turun dari stesen baru di tingkat atas ke stesen lama di bawah. Masa tu dah ramai beratur di Kluang Rail Coffee, tapi barisan masih dikira pendek.

Jadi beraturlah kami anak-beranak, tak sabar nak sarapan. Adalah dalam 50 minit juga beratur. Nasib baik matahari belum terik. Sambil tunggu, pergi tandas, borak laki bini dan layan anak-anak bercerita. Tak rasa sangat 50 minit tu.

Keluarga Zyzool Mira di depan papan tanda Stesen Kluang
Sampai juga kami di Kluang!

Sarapan di Kluang Rail Coffee

Memandangkan penat beratur tadi, kami order bagi puas hati: 6 bungkus nasi lemak, 2 bungkus mee hoon siam, 1 lontong, 2 roti bakar, 1 set cucur bilis dan 2 lemon panas. Alhamdulillah, kenyang!

Masa kami tengah makan, barisan makin panjang dan cuaca dah mula terik. Kesian pula tengok. Jadi kalau korang nak breakfast di sini, rancang perjalanan awal ya!

Mira di Kluang Rail Coffee, Stesen Kluang
Kluang Rail Coffee di stesen lama. Berbaloi beratur!

Laman Kreatif Kluang

Lepas kenyang, ingat Zyzool bagi relax? Oh tidak! Dia ajak berjalan kaki ke Laman Kreatif Kluang. Nasib baik dekat, dalam 10 minit berjalan kaki dari Stesen Kluang. Siap ada laluan pejalan kaki berbumbung, jadi tak rasa panas sangat. Plus, tak lah rasa bersalah sangat melahap di Kluang Rail Coffee tadi. Hahaha.

Anak-anak seronok bergambar sana sini. Cuma hasil seni di sini nampak kurang dijaga dan agak suram berbanding masa kami datang pada tahun 2019. Menurut pakcik Grab yang kami naik selepas itu, Laman Kreatif Kluang akan dinaik taraf. Semoga lebih cantik bila kami datang lagi nanti.

Kaki anak-anak mengelilingi logo Laman Kreatif Kluang di lantai
Gambar wajib di logo Laman Kreatif Kluang.

Singgah NINSO, kemudian makan di Restoran Bawah Kolong

Lepas puas bergambar, kami tak terus makan tengah hari sebab masih kenyang. Ayra pula nak sangat pergi NINSO di Kluang. Apa lagi, kami anak-beranak jalan kaki ke sana. Dalam 15 minit juga naik turun bukit! NINSO ni betul-betul di sebelah cawangan besar Kluang Rail Coffee, yang pagi tu pun ramai orang beratur nak sarapan.

Korang jangan tiru ok, memang penat jalan kaki. Tapi untuk kami yang dah makan banyak tadi, anggap jelah macam travel backpacker. #sedapkanhati

Iklan

Bila rasa breakfast dah hadam, kami panggil Grab ke Restoran Bawah Kolong. Cukuplah acah-acah backpacker, dah tak sanggup jalan kaki lagi. Tambang Grab RM5 je.

Kami pilih meja yang betul-betul di bawah kolong rumah. Dah nama pun Restoran Bawah Kolong, kan? Sejuk je walaupun di luar panas terik.

Banyak masakan kampung di sini. Mira ambil ikan cili padi, Zyzool makan asam pedas dan anak-anak makan nasi dengan ayam goreng. Zyzool tambah semangkuk paru goreng. Total dalam RM40 sahaja.

Keluarga Zyzool Mira di depan Restoran Bawah Kolong, Kluang
Restoran Bawah Kolong. Lauk kampung, harga berpatutan.

Naik Grab ke UK Farm Agro Resort

UK Farm Agro Resort agak jauh dari bandar Kluang, jadi kami naik Grab lagi. Pengalaman kali ni pula kurang best. Mula-mula pemandu kata dia hantar sampai pintu utama ladang je, dan kena tambah duit kalau nak masuk sampai depan resort. Haruslah kami nak dihantar sampai depan, tak kuasa nak menapak jauh!

Sepanjang jalan, pemandu asyik kata jarang orang pergi sini dan biasanya orang pergi ladang kambing lain. Padahal pemandu Grab sebelum ni cakap ramai yang ke UK Farm hari tu dan tempatnya memang best. Siap sesat lagi! Bila sampai dan nampak parking penuh, boleh pula dia cakap, “Oh, ramai juga ya orang datang sini.” Hahaha.

Mira malas layan. Zyzool tambah RM10 sebab katanya jauh masuk ke dalam. Mira senyum je. Kalau boleh pilih, Mira tak nak dah pemandu tu. Hahaha.

Zyzool dan keluarga dalam kereta Grab di Kluang
Dalam perjalanan naik Grab di sekitar Kluang.

UK Farm Agro Resort

Akhirnya sampai juga di UK Farm Agro Resort. Parking penuh dengan kereta! Kami sempat beli tiket untuk sesi jam 4 petang.

Tiket dewasaRM31.80
Tiket kanak-kanakRM22.10

Setiap tiket dapat satu set rumput dan dedak untuk beri haiwan makan. Kami beli 4 tiket, jadi dapat satu plastik berisi 4 set makanan haiwan serta kad untuk ditukar dengan susu bagi menyusukan anak kambing.

Aktiviti sekitar 2 jam:

  • 🐐 Beri kambing makan dan susukan anak kambing
  • 🥛 Rasa susu kambing segar
  • 🐥 Beri ayam makan
  • 🦌 Beri rusa dan burung unta makan
  • 🐇 Tengok arnab
  • 🦚 Tengok burung merak
  • 🎉 Persembahan kebudayaan Orang Asli

💡 Nak bawa balik susu kambing? Pihak UK Farm akan bungkus cantik dalam kotak polistirena bersama ais. Memang tahan sampai ke JB!

Keluarga Zyzool Mira di pintu masuk UK Farm Agro Resort, Kluang
Selamat datang ke UK Farm Agro Resort!

Pulang semula ke JB

Dalam jam 6 petang kami panggil Grab untuk pulang. Jangan risau, pihak UK Farm ada sediakan nombor pemandu Grab yang standby. Cuma lokasinya agak ke dalam, jadi Grab ambil masa sikit untuk sampai. Rancang masa betul-betul ya.

Jam 6:50 petang kami tiba di Stesen Kluang. 10 minit sebelum keretapi tiba, kami naik ke platform baru di tingkat atas. Ingatkan lama nak tunggu sebab ambil tiket balik waktu malam, rupa-rupanya masa berlalu cepat sangat. Tahu-tahu dah kena kejar keretapi! Hehehe.

Dalam keretapi, anak-anak main UNO. Masing-masing happy dan siap tanya bila nak naik keretapi lagi.

Anak-anak gembira memang priceless! Bukan jauh atau dekat yang jadi ukuran. Macam kata orang, “It’s not the destination, it’s the journey!”

Iklan

📌 Nota: Trip ini berlangsung pada Februari 2022. Harga tiket, jadual keretapi dan waktu operasi mungkin sudah berubah. Sila semak di laman rasmi KTMB dan UK Farm Agro Resort sebelum bertolak.

Tempah tiket tren online di BusOnlineTicket
💬 Jom borak

Ada soalan atau pengalaman nak kongsi?

Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.

Tinggalkan komen ↓
✉️ Langgan percuma

Jangan ketinggalan kisah kembara kami

Dapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.