Nak bawa bayi anda travel ketika musim sejuk? Banyak persediaan yang perlu kita ambil kira jika ingin membawa bayi travel ketika musim sejuk.
“Mira, i teringin la main salji!! Ok tak i nak bawa my baby travel musim winter?”
Hui hui shuuusah i nak jawab ni
Kalau i cakap tak boleh!! Hahaha “Zyzool Mira Travel ni dengki lettew kita nak gi main salji….” hahahaha..
Actually it depends. Dah impian dari kecik nak main salji teruskanla niat anda tu… tapi banyak preparation korang kena sediakan before travel musim sejuk ni bersama anak kecil.
Kita yang bawak diri sendiri ni senang. Sejuk? Kita cakap.. Lapar? Kita cari makan.. Panas? Kita bukak baju.. Bila travel dengan anak lagi-lagi yang tak boleh bercakap lagi tu haaaa yang tu korang kena extra preparation.
I rasa i pernah share before ni, masa kami travel naik ETS last year ada baby nangis nonstop dalam train. Mak ayah dia buat macam-macam kat baby tu. Bagi susu tak nak, tidokan makin nangis.. Last-last Zyzool suh i pergi ambil that baby dan pelukkan baby tu dengan baju sejuk Zyzool. Terus baby tu tertido. Terbuai dengan bau nyaman baju tu barangkali.
Haaa tu baru sejuk aircond dalam train ETS dalam Malaysia hehe.

9 Tips Membawa Bayi Travel Musim Sejuk
1. Ambil Tahu Suhu Semasa
Benda pertama sekali, check weather forecast untuk tarikh korang nak travel tu. Jangan main agak-agak je ok!
Sejuk 5°C dengan sejuk -5°C tu lain macam tau. Bila dah tahu suhu, senang la korang nak plan baju apa nak bawak. Tak la sampai sana baru nak gelabah cari kedai jual baju sejuk hehe.

2. Sediakan Pakaian Yang Sesuai
Lepas tahu suhu, korang imagine la sejuk tu yang macamana. Pastu baru packing baju anak ikut suhu tu.
Anak kecik ni tak macam kita. Sejuk sikit dia tak boleh nak cakap “Mama, sejukla!” Haaa jadi kita la yang kena pandai-pandai sediakan.

3. Cek Tangan & Tapak Kaki Si Kecil
Ni tips paling simple tapi ramai terlepas pandang. Sentuh tangan dan tapak kaki anak korang.
Kalau hangat, maknanya baju yang korang pakaikan kat mereka tu dah ngam. Kalau sejuk macam ais… haaa cepat-cepat tambah layer!

4. Jangan Over Sangat Tebal
Tapi jangan pulak sampai over! Ada mak ayah yang risau sangat, sampai bungkus anak macam popia. Hahaha.
Bila terlalu tebal, tangan anak akan berpeluh.. kemudian tak lama dia akan kesejukkan balik hasil dari peluh tadi. Fuhhh. Jadi biar cukup-cukup je ye.

5. Pakaikan Topi Buat Si Kecil
Body heat banyak terbebas dari kepala. Jadi topi tu wajib ok!
Pilih yang lembut dan selesa, supaya si kecil tak rimas sampai asyik nak tarik-tarik topi tu. Kalau comel sekali, bonus la untuk gambar Instagram hehe.

6. Pastikan Telinga Sentiasa Tertutup
Telinga ni antara bahagian yang paling cepat rasa sejuk. Bila berjalan outdoor, pastikan telinga anak korang sentiasa tertutup untuk mengelakkan frostbite!
Topi yang ada penutup telinga atau hood jaket pun dah banyak membantu.

7. Pilih Mittens Berbanding Glove
Pakaikan mittens berbanding glove supaya jari-jari anak anda dapat bergesel dan menghasilkan kehangatan yang nyaman. Peh bahasa melayu ku haha.
Senang cerita, dalam mittens jari duduk sekali, jadi lagi panas. Untuk baby pulak, mittens ni senang nak sarung. Tak payah nak masukkan jari satu-satu sambil anak meronta hahaha.

8. Layer, Layer, Layer
Mulakan dengan bodysuit/onesie, kemudian pakaikan fleece. Bagusnya fleece yang sampai kaki terus. Baru pakaikan baju sejuk.
Kelebihan pakai berlapis ni, bila masuk dalam bangunan yang ada heater, senang je nak buka satu-satu. Tak la anak berpeluh dalam mall.

9. Kurangkan Waktu Berjalan Outdoor
Last but not least, kurangkan waktu berjalan outdoor. Tak payah la nak kejar semua tempat dalam itinerary tu.
Selang-selikan dengan aktiviti indoor macam shopping mall, muzium atau kafe. Mak ayah pun boleh panaskan badan sekali hehe.

Ni sikit la tips kita bagi, kalau ikutkan berjela lagi hehehe. Yang penting persediaan kena rapi. Bila si kecil selesa, mak ayah pun boleh enjoy main salji dengan tenang.
Till then.. Pilihan di tangan anda ✈️
Ada soalan atau pengalaman nak kongsi?
Mira suka sangat baca komen korang. Tinggalkan komen kat bawah ya, insya-Allah Mira akan balas.
Tinggalkan komen ↓Jangan ketinggalan kisah kembara kami
Dapatkan posting dan tips travel terbaru dari Zyzool Mira Travel terus ke emel korang.




