7 Tips di Sanrio Puroland, Japan

Korang peminat Hello Kitty? Geram tengok barang-barang comel Hello Kitty? Sanrio Puroland adalah tempat yang wajib korang pergi kalau mengembara ke Tokyo Jepun!

Sanrio Puroland

Sanrio Puroland merupakan taman tema yang terletak di Tama Centre, Tokyo. Sanrio Puroland ini adalah taman tema indoor iaitu dalam bangunan. So tak perlu risau kalau cuaca hujan ke sejuk ke. Ada pelbagai karektar dalam Sanrio Puroland ni tapi yang paling diminati semestinya Hello Kitty!! Sesuai untuk dikunjungi peminat Hello Kitty atau mereka yang berkeluarga. Confirm anak perempuan suka sangat sebab macam-macam benda comel dalam Sanrio Puroland ni.

1. Tiket

Tiket boleh dibeli di kaunter masuk Sanrio Puroland. Harga tiket seperti yang tertera kat bawah ni ya.

 DewasaKanak-Kanak
Isnin hingga Jumaat¥3,300¥2,500
Sabtu, Ahad & Cuti Umum¥3,800¥2,700

 

 

 

 

  • Kanak-kanak bawah 2 tahun masuk percuma.
  • Cuti umum adalah cuti di jepun yang disahkan oleh Sanrio Puroland.

So kalau kami pergi hari bekerja tiket kami suami isteri + Ayra

Dewasa ¥3,300 ≈ RM128.70 seorang

Kanak-kanak ¥2,500 ≈ RM97.50 seorang

RM128.70 × 2 orang (Zyzool & Mira) + RM97.50 (Ayra) = RM354.90

Masa ni pikir-pikir jugak nak gi ke tak Sanrio Puroland nih. hehehe sebab risau tak cukup masa. Pergi Tokyo pon 7 hari dan macam-macam nak explore. Dengan anak kecil lagi hihihi. Macam-macam la mak sorang ni pikir. hihihi (kita la tu)

Pastu kebetulan gatal tangan tengok kat Klook.com jumpa tiket ke Sanrio Puroland hanya RM78 sahaja!!!

Klook.com ni ikut currency USD. Tadi mira usha kalau beli sekarang lagi murah dari kami beli. Memang berbaloi. So mira terus booked untuk kami bertiga (Afya masuk PERCUMA!)

RM78 × 3 orang = RM234

Wah murah!! Jauh juga beza kan?? Pastu kan pastu kan pastu kan?? hihihi first time guna Klook mira dapat diskaun lagi RM15. Jadi TOTAL kami hanya bayar RM219!!!

Kami jimat RM135.90

Alhamdulillah lepas book akan dapat email e-voucher. Just print email atau save sahaja di telefon bimbit anda tu dan bawa ke Sanrio Puroland! Yeay!!! Tiket settle!

2. Akses

Lebih kurang 30 minit dari Shinjuku dengan menaiki train ke Tama-Center.Alamat penuh : Sanrio Puroland, 1-31 Ochiai, Tama, TokyoBuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Hujung minggu tutup jam 8 malam. Selasa biasanya tutup. Untuk lebih lanjut korang tengok kat kalendar di web Sanrio Puroland.
Klook.com
0 0 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments