Lepas border dah buka ni ramai yang rancang untuk ke luar negara kan? Kami kongsikan 6 tips travel ke Indonesia.
1. Bawa passport
Macam biasalah nak gi luar negara haruslah ada passport. Kalau baru nak renew possport boleh bawa kat link bawah ini.
2. Bukti vaksinasi
Yang ni korang print screen siap-siap bukti vaksinasi korang kat app MySejahtera. Kot takde internet time sampai tu kan at least boleh tunjuk bukti yang korang dah lengkap vaksin.
3. Insurans Perjalanan
Pastikan korang ambil insurans perjalanan yang cover Covid-19. Kiteorang ambil travel insurance dari Chubb. Satu family dalam RM81.90.
4. Download App PeduliLindungi
Download app PeduliLindungi sebelum anda travel ke Indonesia. Jangan main download je. Sign up siap-siap dulu and pastikan masukkan details yang diperlukan
5. Tak perlu buat PCR
Setakat Julai 2022 ini takperlu dah buat PCR untuk kemasukan ke Indonesia
6. Kita enjoy!
Ok dah prepare semua? Enjoy jelah nak travel ke Indonesia tu nanti hehe