4 Cara Membeli Tiket Keretapi KTMB

Malaysian Family Travel Gemas

Seronok sebenarnya travel menggunakan pengangkutan keretapi ni. Kita akan memberikan suasana dan pengalaman yang berbeza untuk anak-anak kita ketika mengembara. Jom Mira kongsikan cara membeli tiket keretapi KTMB.

Menaiki KTM Ekspres Rakyat Timuran dari Kulai ke Kelantan

Terdapat pelbagai cara bagi anda untuk membeli tiket keretapi KTMB. Berikut kami kongsikan 4 cara untuk membeli tiket keretapi KTMB.

1. Pembelian di Kaunter

Pembelian di kaunter adalah pilihan yang paling mudah bagi korang yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan tempahan online. Tiket yang boleh dibeli di kaunter ialah tiket keretapi KTM ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter. Bagi pengguna KTM Komuter korang boleh terus menggunakan kad Touch ‘N Go di pintu masuk platform.

2. Pembelian Di Laman Web Rasmi KTMB

Anda dinasihatkan untuk membeli tiket keretapi bagi keretapi KTM ETS dan juga KTM Intercity lebih awal sebelum tarikh sebenar perjalanan anda. Ini adalah kerana tempat duduk adalah dikhaskan dan terhad sahaja. Akses kepada platform tempahan tiket tersebut boleh didapati di laman web rasmi KTMB di www.ktmb.com.my.

Membeli Tiket Keretapi KTMB

3. Pembelian di Aplikasi Mudah Alih (KTMB MobTicket)

Selain daripada menggunakan laman web KTMB untuk membuat tempahan tiket, Pengguna KTM ETS dan KTM Intercity juga boleh membuat tempahan tiket mereka secara atas talian (online) melalui mobile app KTMB MobTicket.

Membeli Tiket Keretapi KTMB

4. Pembelian Di Easybook

Anda juga boleh membeli tiket keretapi melalui pihak ketiga iaitu Easybook. Harga tiket yang dijual di Easybook adalah sama dengan harga jualan tiket dari KTMB.

Kami sekeluarga telah menggunakan keempat-empat cara di atas. Bagi tiket dari JB Sentral ke Singapura kami selesa membeli terus dari kaunter. Manakala bagi tiket keretapi KTM ETS atau Intercity kami akan menggunakan salah satu cara yang disediakan.

Ayra & Afya di dalam KTM ETS

Semoga perkongsian ini memberi sedikit panduan bagi anda yang bakal mengembara bersama keluarga menggunakan perkhidmatan keretapi KTMB.

4.5 6 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments