Zyzool Mira Travel dijemput ke TV AlHijrah

Biar betul nih Mira??? Zyzool Mira Travel dijemput temubual di TV AlHijrah?? Dup dap dup dap!! Hati nih berdegup kencang tatkala menerima mesej dari wakil staf TV AlHijrah. Betul ke ni? Betul ke ni? Terus Mira call Zyzool.

“Sayang.. TV AlHijrah jemput kita jadi panel dalam segmen Teh Tarik Session, Ahad ni..”

“Oh yeke.. nanti abang tengok jadual abang macamana..” relax je Zyzool jawab (sebab Ahad kan kerja di Johor)

Tak lama lepastu dia call kita balik.

“Ok sayang abang dah minta cuti..” (Yeayyy terima kasih bos Zyzool!!)

Betul ke ni?

Dalam hati risau gak caya tak caya gak. Perasaan dia sama seperti wartawan Harian Metro mesej Mira awal Mac dulu. Ingat lagi Zyzool pernah cakap..

“Sayang terus je menulis di blog.. Kita bantu family travel yang nak bawa anak-anak mereka pergi bercuti. Walaupun tak dapat pape tapi kita kongsikan ilmu yang bermanfaat tu.. Mana tahu masuk surat khabar nanti…”

Tup-tup wartawan Harian Metro contact Mira melalui sosial media.

Tak lama lepas tu Zyzool hint-hint lagi suruh sentiasa update blog (Zyzool tahu bini dia mudah lupa wakakaka). “Jangan berhenti kongsikan ilmu manatahu lepas ni masuk tv plak” pastu kiteorang dua orang ketawa-ketawa…

Haaaaa betullah kata-kata tu doakan?

Tahun nih jugak Allah swt kabulkan kata-kata tu. Ya Allah nak cry!

Zyzool Mira Travel di Harian Metro

Zyzool Mira Travel Masuk TV?

Memula takut-takut nak kongsikan kat sosial media yang kami akan ke udara di TV AlHijrah. Masa temubual untuk surat khabar Harian Metro tu kiteorang memang senyap je tak bagitahu sesapa sampaila confirm keluar paper hehehe. Tapi kalini Zyzool kata kita kena beritahu kat sosial media nanti orang boleh tengok perkongsian kita secara langsung. Huaaaa lagilah kita nervoussss

Jadi Mira designlah sikit banner dan post di sosial media kami. Alhamdulillah ramai rakan-rakan yang mendoakan kami. Terima kasih semua!!

Staf TV AlHijrah minta sedikit latar belakang kami serta gambar-gambar & video sepanjang pengembaraan kami bersama anak kami. Memang sangat pantas semua ni berlaku. Kami dijemput pada hari Khamis, hari Ahad segmen tu akan ke udara. Jadi hari Khamis malam tu juga Mira bagi details yang mereka perlukan. Tajuk yang kami maklum pada ketika itu adalah “Perlukah bawa anak pergi bercuti?”

Bertolak ke Kuala Lumpur

Maka kami anak-beranak bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu malam dan terus ke TV AlHijrah kerana call time kami jam 6:30 pagi. Nervous juga sebenarnya nanti Ayra & Afya ok ke pagi-pagi tu. Apalagi memang kena paksa tidur dua anak dara tu. Alhamdulillah anak-anak pon bagi kerjasama. Sepanjang perjalanan kami ke KL mereka berdua tidur dengan nyenyak sekali.

Malam tu juga dapat soalan yang akan dikemukan kepada kami sewaktu siaran langsung esok paginya. Apalagi kiteorang dua orang pon buatla persediaan sikit dalam perjalanan ke KL tu hehehe. Jawapan sama supaya sepakat kerna… Sepakat membawa berkat.. Haaaa gitewww hahaha

TV AlHijrah ni terletak betul-betul depan Masjid Negara. Jadi kami sampai je KL terus bersihkan diri & solat Subuh di Masjid Negara. Kemudia ngam-ngam 6:30 pagi dah terpacak di depan TV AlHijrah.

Dup dap dup dap!

Alhamdulillah Ayra & Afya beri kerjasama sepertimana kerjasama yang mereka berikan sewaktu kami mengembara. Thank you anak-anakku. Mira memang dah maklum kat Ayra awal-awal yang kita akan masuk TV tau Ayra.

“Alaa takut la ummi”

“Hehe Ayra takyah la takut, senyum je nanti ok”

Pandai ko mengajar anak ko Mira. Hahaha ko yang takut sebenarnya kan? Wakakaka

Masa ni kiteorang dah ready nak ke udara. Sempat juga TV AlHijrah snap gambar kami bersama seorang lagi panel iaitu Puan Niena Najwa (Psikologis Klinikal) yang akan bersama-sama mengupas topik “Percutian Bermakna Si Cilik”.

Alhamdulillah

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sebenarnya takla cuak mana pon sebab pengalaman tu kami sendiri lalui jadi nak jawab tu takla sesusah nak jawab soalan periksa kan? Hehehe cumanya nervous first time muka nak masuk TV kan? Tah camna lah expression kita tu nanti kan? Hahahahaha

Alhamdulillah terima kasih semua atas doa & sokongan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai juga rakan-rakan yang menyaksikan kami di kaca televisyen sewaktu kami bersiaran awal pagi Ahad tersebut. Maluuuu hehehe terima kasih korang!!!

Bagi yang ketinggalan, kami kongsikan rakaman penuh video temubual kami di TVAlHijrah bagi Program Assalamualaikum yang bertajuk “Percutian Bermakna Si Cilik”

Terima kasih TV AlHijrah kerana sudi menjemput Zyzool Mira Travel!

Semoga perkongsian kami memberi manfaat buat semua ibu bapa di luar sana.

"Biasakan yang betul, betulkan yang biasa"

5 1 vote
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments