Travel Menaiki Keretapi dari JB ke Kluang

Kluang

Perjalanan sehari dari JB ke Kluang menaiki keretapi!

Memang tak plan pon nak pergi mana cuti CNY haritu. Anak-anak asyik tanya bila nak naik keretapi lagi. Jadi hari Rabu yang lepas kami 5 beranak decide nak Travel Daytrip ke Kluang menaiki keretapi.

Tiket Keretapi dari Stesen Kempas Baru ke Stesen Kluang

Kalau sebelum ni kami menaiki keretapi dari Stesen Kulai untuk pengembaraan Bangkok & Kelantan. Tapi kalini kita naik dari Stesen Kempas Baru pula. Lagipon Stesen Kempas Baru sebenarnya lagi dekat dari tempat kami tinggal. Hihihi jadi tiket keretapi kami beli online di https://online.ktmb.com.my

Harga tiket dari Kempas Baru ke Kluang (Return Ticket)
Dewasa RM26
Kanak-kanak RM22 (4-12 tahun)
 
Kereta kami parking di kawasan Stesen Kempas Baru. Free je parking kat sini. Tapi  park on your own risk lah. Jadi kiteorang bawa kereta keicar jelah ke sini hihi
 

Tips nak beli tiket!

*Beli tiket awal pagi kalau korang plan nak breakfast kat Kluang Rail Coffee!

*Jangan ambil seat no 15 kalau nak window seat sebab seat no 15 kadang tak ada tingkap hehehe

*Kanak-kanak bawah 4 tahun free je. Duduk lah atas peha mak atau bapak. Melainkan ada seat kosong tu rejeki namanya hihi

Kulai

Itinerari seharian dari JB ke Kluang

Bertolak dari Stesen Kempas Baru jam 7:26 pagi

Seawal 6 pagi kiteorang dah bersiap. Tapi korang bayangkanlah dah namanya 5 beranak. Hahahaha bangun sejam awal tu dah kira lambert okey. Wakakakak kalau travel solo ko chup chap chup siap terus baru diri ke Stesen Keretapi. Hahaha bila ada anak nih ko nak kejut pastu tunggu dia sedar dari mamai dulu tu belum lagi dah siap tetibe boleh pulak buat kueh bacin dalam pampers wakakakaka kena tingkatkan kesabaran tahap max lah hihihi

Sis memang agak nervous sikit ya kalau tiket awal-awal pagi nih. Tapi kena gak amik tiket awal pagi sebab nak pergi breakfast kat Kluang Rail Coffee. Alhamdulillah 6:50 pagi kiteorang dah gerak dari rumah. Jam 7:15 pagi tiba di Stesen Kempas Baru. Nasib naik kat Stesen Kempas Baru. Kalau naik dari Kluang hahahaha malaslah kalau kan sebab memang naik dari Kempas Baru pon hjhjhjsjsjs.

Jadi sampai je kat Stesen Kempas Baru tu train dah tersedia menunggu ketibaan kami eceh. Jadi scan MySejahtera. Ambil gambar sikit dan terus lah kami 5 beranak naik keretapi.

Budak-budak naik train tak pernahlah tak best! Excited bethol semua. Aafy 1st time naik keretapi memang asyik je tengok view kat tingkap sampai tertidur.

Tiba di Kluang jam 8:56 pagi

Jadi bila dah tiba di Stesen Kluang korang kena turun dari stesen baru tingkat atas ke bawah stesen lama. Tengok dah ramai yang beratur kat Kluang Rail Coffee tu tapi still consider pendek. Jadi beraturlah kami anak-beranak tak saboo nak sarap. Hahaha adalah dalam 50 minit gak beratur. Nasib tak panas terik lagi. Jadi pergi tandas borak-borak laki bini. Layan anak-anak bercerita jadi taklah rasa sangat 50 minit tu.

Jadi bila dah tiba di Stesen Kluang korang kena turun dari stesen baru tingkat atas ke bawah stesen lama. Tengok dah ramai yang beratur kat Kluang Rail Coffee tu tapi still consider pendek. Jadi beraturlah kami anak-beranak tak saboo nak sarap. Hahaha adalah dalam 50 minit gak beratur. Nasib tak panas terik lagi. Jadi pergi tandas borak-borak laki bini. Layan anak-anak bercerita jadi taklah rasa sangat 50 minit tu.

Kluang Rail Coffee

Memandangkan penat beratur tadi kan do kita orderlah bagi puas hati. 6 bungkus Nasi Lemak, 2 bungkus Mee Hoon Siam, 1 Lontong, 2 Bun Bakar, 1 set Cucur Bilis, 2 Lemon Panas. Alhamdulillah kenyang! Masa kiteorang tengah menjamu selera ni nampak makin ramai yang beratur tapi cuaca dah start terik. Kesian pulak tengok. Jadi kalau korang plan nak breakfast kat sini rancang perjalanan anda ok!

Laman Kreatif Kluang

Lepas dah kenyang ko ingat Zyzool bagi ko relax?? Ouh tidak dia suh berjalan ok ke Laman Kreatif Kluang ni. Nasib dekat je dalam 10 minit berjalan kai dari Stesen Kluang. Siap ada susur alur gajah berbumbung. Jadi taklah rasa panas terik tu. Plus ko tak lah rasa bersalah sangat melahap kat Kluang Rail Coffee tadi hahaaha. Kat sini anak-anak seronoklah bergambar sana sini. Cuma art kat sini tak mantain. Agak suram tak seperti tahun 2019 kiteorang pergi sebelum ni. Bila borak dengan pakcik yang kiteorang naik Grab tu katanya Laman Kreatif Kluang akan ada penambahbaikkan lepas ini. Semoga next time kita repeat ke Kluang makin cantiklah kawasan ini.

Restoran Bawah Kolong

Sebenarnya kan lepas puas bergambar kat Laman Kreatif kiteorang tak terus makan kat Restoran Bawah Kolong. Sebab masih kekenyangan tau sarap kat Kluang Rail Coffee tu. Jadi Ayra nak sangat gi Ninso kat Kluang ni. Apalagi kitaorang anak beranak jalan kaki okey ke Ninso hahaha. Dalam 15 minit gaklah naik turun bukit. Hahahaaha Ninso ni betul-betul sebelah Restoran Kluang Rail Coffee yang besar tu. Kat sini pon orang beratur panjang nak sarapan. Hihihihi. Korang jangan tiru ok sebab memang penat jalan kaki hahaha tapi untuk kiteorang yang dah bantai makan banyak ni acah-acah macam travel backpackers je penat dia hahahaha #sedapkanhati

Agak-agak makanan breakfast tu dah hadam dalam perut hahahaha jadi dari Ninso kita call grab untuk ke Restoran Bawah Kolong, Cukuplah acah-acah travel backpack. Ku tak sanggup nak jalan kaki lagi. RM5 je pon naik Grab hahahaha. Agak ramai juga orang lunch kat Bawah Kolong ni.

Kitaorang pilih meja yang betul-betul bawah kolong. Dah makan kat Restoran Bawah Kolong kan. Jadi feel lah makan bawah kolong hihi. Sejuk je tau walaupun hakikatnya tengah panas terik.

Banyak masakan kampung kat sini. Mira ambil lauk ikan cili padi. Zyzool makan asam pedas. Anak-anak makan nasi dengan ayam goreng. Pastu Zyzool ada ambil paru goreng satu mangkuk. Total dalam RM40.

Naik Grab ke UK Farm Resort

Nak ke sini kiteorang naik Grab. Agak jauh sikit dari Bandar Kluang. Masa tempah Grab tu pemandu Grab kata sampai pintu utama Farm je tau. Memula dia macam nak drop je kiteorang kat pintu besar ladang tu. Jadi kalau nak masuk ke dalam UK Farm dia suruh tambah duit. Haruslah nak Grab tu hantar ke dalam depan UK Farm Resort kan tak kuasa weolss nak menapak jauh. Pastu yang tak bestnya pemandu Grab ni buat kita rasa tak best tau. Dalam perjalanan asyik cakap jarang orang pergi sini. Mana ada orang pergi sini u orang je pergi. I tak pernah hantar orang ke sini. Biasanya orang gi La Dairy Goat Farm je. Masalahnya kita memang nak gi UK Farm Resort hantar jelah kan. Hahahaha… Kiteorang yang kat belakang seat macam feel tak bestlah kan. Padahal pemandu Grab before ni yang hantar kita ke Bawah Kolong share ramai yang ke UK Farm harini. And UK Farm ni best sangat katanya. Dapat ke pemandu Grab yang hantar kiteorang ni dok cakap pelik-pelik. Siap dia sesat lagi ok!!! Hahaha adeh. Pastu bila sampai je UK Farm Resort dia nampak banyak kereta parking kan dia boleh cakap,

“Ouh ramai juga ya orang datang sini..”

Hahahaha sis malas layan. Zyzool tambah lagi RM10 sebab pemandu tu kata jauh masuk ke dalam tadi kan. Pastu nak cover-cover cakap nanti balik u guys tanyalah orang sini kalau nak balik macamana. Sis senyum je. Hehehe malu lettew. Nih beginner driver ni. Kalau boleh pilih pemandu Grab I tak nak dia dah hahahaha.

 

UK Farm Resort

Lepas dah sesat-sesat tadi kan pemandu Grab bawa kita tu hahaha akhirnya sampailah ke UK Farm Resort. Penuh kereta kat parking lot mereka. Kita sempat beli tiket untuk trip pukul 4 petang.

Harga Tiket
Dewasa RM31.80
Kanak-kanak RM22.10

Nanti dapat sekali set rumput & dedak ayam yang cukup untuk sorang satu. Macam kiteorang beli tiket untuk 4 orang jadi dapat satu plastik yang dalamnya ada 4 set makanan untuk bagi binatang makan & kad tukar kepada susu untuk bagi baby kambing minum dalam UK Farm ni.

Aktiviti sekitar 2 jam antaranya:
🐐 Bagi kambing makan & susukan baby kambing
🥛 Minum susu kambing
Nak beli nanti dia packingkan cantik-cantik dalam kotak kabus siap letak ais memang tahan sampai ke JB
🐥 Bagi ayam makan
🦌 Bagi rusa & burung unta makan
🐇Ada arnab
🦚Tengok burung merak
🎉Persembahan dari Orang Asli

 

Bergerak pulang semula ke JB

Dalam jam 6 petang kami call grab untuk bergerak pulang. Ada no grab standby yang disediakan oleh pihak UK Farm so don’t worry. Cuma UK Farm Resort ni agak ke dalam jadi ambil masa untuk Grab tiba. Jadi plan betul-betul iti korang ok.
 
Dalam jam 6.50 petang kami tiba di Stesen KTM Kluang untuk bergerak pulang ke JB. 10 minit sebelum ketapi tiba kami ke tingkat atas ke landasan baru yang di bina.
 
Ingatkan lama nak tunggu balik sebab ambil tiket balik dah nak malam tapi rupa-rupanya kejap je masa berlalu ya tahu-tahu dah kena kejar keretapi nak balik hehehe
Dalam ketapi anak-anak main UNO hehe! Memang happy masing-masing siap tanya bila nak repeat lagi naik ketapi katil hihihi
 
Anak-anak happy memang priceless!! Bukan jauh atau dekat jadi ukuran. Bak kata pepatah “It’s not the destination, it’s the JOURNEY!
4.3 39 votes
Click a star to rate.
>

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments