• Reading time:2 min(s) read

Tayangan Perdana Frozen 2

FROZEN 2: Journey Into The Unknown

Malam tadi berpeluang menyaksikan Tayangan Perdana Frozen 2 di TGV Cinemas filem sekuel yang amat dinanti-nantikan oleh Ayra & Afya.

 

Memang best ceritanya!

Kisah di mana Elsa iaitu Ratu Arandelle hidup bahagia bersama adik tersayang Anna serta Kristoff (boyfriend Anna), Olaf & Sven.

Namun tiba-tiba ada suara misteri yang memanggil-manggil Elsa ke “Echanted Forest”

Siapakah suara misteri tersebut?

Bagaimana kapal ibu bapa Elsa karam masa Frozen 1?

Bagaimana Elsa dilahirkan dengan kuasa magik?

Mereka cuba mencari jawapan tersebut sehinggalah terungkai memori & kisah Arandelle zaman dulu.

Yang pasti…

1. Baju Elsa cantik-cantik!!

2. Lagu “Into The Unknown” yang akan terngiang-ngiang macam “Let it Go”

3. Olaf boleh masuk Maharaja Lawak

4. Suka tengok keletah sayang adik beradik antara Elsa & Anna dari kecil sampai besar

Disebabkan kami ada 2 anak dara jadi cerita Frozen nih sangat dekat di hati mereka. Peluk kiss, sayang-sayang macam Elsa & Anna.

Papepon marketing dia power. Jalan-jalan kat mall mana-manalah mesti jumpa je merchandise si Frozen 2 nih. Ayra dah tanya-tanya dress baru Elsa pakai tu hahaha bertabahla ayahnya.

Tumbler Air Frozen 2 TGV Cinemas ni pon cantik!! Isi air sejuk je tumbler ni pon bertukar warna!! Thank you staff TGV semalam bagi air extra lagi buat kami anak beranak.

P/s: Tunggu sampai abis!! Gigih kiteorang tunggu & enjoy lagu-lagu Frozen 2 tu sampai habis, Zyzool siap kira animation crew dia je 71 orang hahaha sebab nak tunggu END CREDITS SCENE punya pasal.

#Frozen2 #Frozen2Premiere #TGVCinemas #TGV

0 0 vote
Click a star to rate.
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments