Assalamu’alaikum… Haaa ada kisah sebenarnya kenapa mira tak up-up lagi Tips ke Bangkok hehehee nak tahu tak cerita? Ok post ni Mira tujukan buat suami tercinta Zyzool! Rare betul hadiah ulangtahun perkahwinan kali ni. Bukan emas permata tapi domain baru uolssss!!! Wahhhhh hadiah apakah ni?? Selamat Hari Kita ke 7 tahun Sayang!! Me love u!!
Sempena Ulangtahun Perkahwinan ke 7 tahun ni, Zyzool hadiahkan domain baru untuk website baru kami!!! Sebab tu Mira tak post pape sementara nak setting website baru ni. Banyak benda juga nak kena buat hehehe sebab semua kami buat sendiri. Zyzool uruskan bahagian teknikal manakala Mira makeup bagi website nih cantik & sedapla mata memandang. Inshaa Allah banyak sangat tips & pengalaman travel yang Mira tak saboo nak share dengan korang!! Huaaaaaa ok-ok nak tahu tak nama website baru kami???
Logo ni maksudnya bila Zyzool pakai topi tu maknanya nak gi travel lettew. Pastu lengkung tu maksudnya dia ajak Mira sekali travel bersama. Macam hug la giteww. Ayra & Afya mana?? Haaa Ayra & Afya kat tu haaa wakakakaka.
Begitulah kisah disebalik sebuah logo hehehe.. Tapi tulah logo je i mampu hadiahkan sob sob.
I tak tahu nak hadiahkan apa untuk suami i sempena Ulangtahun Perkahwinan kami kali ni
Lepas je design 1st draf Mira terus tunjukkan kat Zyzool!! Auwww Zyzool suka laaa! Pastu Mira ada la edit sikit bagi cantikkan lagi. Ekekekeke
Korang suka tak??? Hehehehe ececce
Korang tak suka takpe janji laki I sukaaa yedok?
Tak sangka dah 7 tahun kami layari bantera perkahwinan bersama… Doakan hubungan kami suami isteri berpanjangan hingga ke syurga ya ❤️
“Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu. Jadikanlah kami sebagai pasangan yang saling mencintai..”
Hi Mira n zyzool..cantik website baru uolss..akak love sangatt..tq selalu share tips2 travel yg sgt bermanfaat 💖
Hi kak! Alhamdulillah hehehe thank you kak!!