Alhamdulillah kami dapat exclusive preview invitation untuk masuk ke SEA LIFE Malaysia di LEGOLAND MALAYSIA hari ini. Bestnyer SEA LIFE Malaysia kini dibuka!! Untuk mereka yang memiliki Triple Pass (Pas Tahunan) telah dijemput untuk masuk secara ekslusif pada 7 dan 8 Mei 2019. Dan hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh masuk antara jam 3 petang hingga 5 petang.
Seronok betul Ayra & Afya menerokai SEA LIFE yang mempunyai pelbagai hidupan laut seperti kuda laut, pari & obor-obor.
Permainan interaktif juga disediakan membuatkan kanak-kanak lebih seronok menerokai hidupan laut ini.
Kami berpeluang untuk bermain semua permainan interaktif yang disediakan memandang hanya beberapa sahaja pengunjung dibenarkan masuk. Memang teruja la Ayra dapat bermain permainan tersebut
Korang yang berminat boleh dapatkan tiket masuk ke SEA LIFE Malaysia di laman web rasmi LEGOLAND MALAYSIA
Kalau korang nak lagi jimat apa kata beli Pas Tahunan dan boleh masuk ke dalam Taman Tema Legoland, Taman Air dan dapat akses secara percuma ke sini.
Masuklah berapa kali korang suka dalam setahun tu. Hihihi
Untuk keterangan lebih lanjut korang boleh terus ke laman web rasmi LEGOLAND MALAYSIA
Kami bertiga je harini, nanti boleh ajak Zyzool sekali pergi hujung minggu. Hihihi mesti Ayra & Afya tak sabar nak pergi lagi haha
Akuarium terbesar bertemakan interaktif pertama di Malaysia akan dibuka kepada orang ramai pada 9 Mei ini
Overall kiteorang seronok explore di sini. Nampak gayanya Ayra & Afya nak ajak lagi tengok hidupan laut di sini hehe. Happy Travel guys